START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

4 Februari 2011

NASI DAGANG & THE FAMILY

Assalammualaikum................selamat petang sume.Cuti2 macam nie watpe?Oleh kerana semalam dah penat berjalan dan bermandian kat LWOT, so ari nie dok kat rumah jer.Buat apa yg patut.Jadi,merajinkan diri masak Nasi Dagang & The Family  tuk menu tengahari nie.Jom layan resepi yg Liza amik dr majalah Mingguan Wanita dulu2 yg disimpan sebagai koleksi.Tahun 2009 punya kalo tak silap............Takpelah,kat dlm myresipi pun ada,bole gak kengkawan sekodeng kat situ....




NASI DAGANG - ditanak (malas nak kukus2) 

3 cawan beras (guna 2 cwn beras perang +1 cwn beras basmathi) 
Santan pekat +air(sesuaikan dengan sukatan nasi )

1 sudu garam 
1 1/2 in halia-dihiris halus memanjang 
5 ulas bawang merah dihiris 
3 ulas bawang putih dihiris 

sejemput halba


Cara: 

  •  Bersihkan beras. Masukkan beras, halba dan bahan hiris ke dalam rice cooker. 
  • Masukkan santan pekat + air. Gaul rata semua bahan. Masukkan garam 
  • On rice cooker dan biarkan sehingga nasi masak . Bila sudah masak, gaul rata nasi dagang. Boleh dihidangkan.




KARI IKAN TONGKOL

5 ketul ikan tongkol 
1 santan pekat 
2 cawan air

2 biji cili merah dibelah dua 
1 keping asam keping 
garam secukup rasa 

Bahan kisar 
2 ulas bawang putih 
5 ulas bawang merah 
1 sudu teh lada hitam 
1 1/2 inci lengkuas 
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu serbuk kunyit 
1 peket kerisek

Cara: 
  • Masukkan santan bersama bahan kisar, asam keping dan garam ke dalam periuk. 
    Panaskan dan dikacau selalu 
  • Bila kuah sudah cukup mendidih, masukkan ikan tongkol dan biarkan reneh seketika. 
  • Masukkan serbuk cili dan kerisek kelapa. Kecilkan api. 
  • Renehkan selama 20 minit/ sehingga kuah pekat dan naik minyak 




ACAR TIMUN


1 biji timun - potong memanjang
1/2 batang carrot - potong panjang dan hiris nipis
1/8 biji nenas - hiris nipis dan kecil2
1 biji cili merah - buang biji dan hiris halus
1 labu bawang besar - hiris halus
2 sudu besar gula
1 sudu besar air masak
1 sudu kecil garam

Cara Menyediakan:

Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk dan gaul rata.Cukup 1 sudu besar air masak sahaja sebab bahan2 nie nanti akan berair.

3 ulasan:

TiKa LEh berkata...

nmpk sedap gak..dh lme xmkn nasi dagang..

Nieza berkata...

wah sedapnya nasi dagang....terliur dh nengoknya ni...hehe

Adzriel AB berkata...

ish...lapor dibuatnya

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails