19 November 2019

MENU EAT CLEAN - BENTO KE PEJABAT


Assalammualaikum wbt..Selamat Petang..

Permulaan memulakan blog ni dengan aktiviti utama Liza sejak dulu...masak-masak dan makan..hahahaha..
Tapi kali ni sejak awal Oktober,Liza dan 4 orang sahabat syurga telah buat group eating clean.Konsepnya -eat clean sambil mengurangkan berat badan...Setiap hari,kami bergilir-glir masak untuk 5 orang termasuk diri sendiri,pastu masuk bekas dan bg setiap antara kami berlima.Dan hari ni,tugas Liza masak...so,masak untuk 5 orang termasuk suami punya...hahaha.(I puasa ,tapi still masak dengan testernya adalah suami.....)

Menu simple jer hari nie  :  
Karbohidrat : Nasi parboiled + taj mahal , 
Protein :Ikan caru asam pedas kimchi , 
Sayur :Kacang botol tumis air  
Buah : Epal merah  
Desert : Puding rotiwholemeal kurma with dark coklat








Dah dipotong masuk ke bekas kecil untuk 4 sahabat syurga saya....


Bento untuk 4 orang sahabat saya.....


Esok turn sahabat saya yg lain buat bento untuk saya plak dan 3 rakan yg lain...Esok saya tunjuk kat sini yer...

Daaa..sekian dulu........Semoga kami semua dilimpahkan rezeki yg banyak asbab memberi makan pada kawan2 yang lain......Aminnn..






17 November 2019

ASSALAMMUALAIKUM......I'm BACK


Assalammualaikum wbt....

Hai semua....setelah setahun dua bulan berehat panjang kerana macam-macam dugaan melanda empunya diri...Makanya,blog ni pun terpaksa berehat jugak..Tanggal 17.11.2019 ni,Liza bertekad kembali untuk memeriahkan kembali blog yang tak seberapa ni demi semangat yang baru lagi-lagi 2020 akan muncul meraikan pertambahan usia jugak........Dan kerana blog ni sudah berusia hampir 10 tahun kerana masih ingat lagi,mula2 belajar nak buat blog ni masa baru2 mendaftarkan diri menjadi pelajar postgraduate.Disana lah bermulanya kisah blog Sweet Lizahanum ni yang melakarkan pelbagai kisah suka,duka,manis dan pahit....
Dan 2020 yang akan menjelma ,azam dan tekad untuk memeriahkan kembali blog Sweet Lizahanum ini akan dipermudahkan Allah.

Tunggu.....💖💖💖💖💖

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails