Memaparkan catatan dengan label BENTO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BENTO. Papar semua catatan

3 Mei 2018

GRILL SALMON & THE GANG......


Okay.....

Lunchbox I hari ni paling simple------>Grill Salmon and The Geng.(Air lemon,buahan,salmon ,sayuran)...Ermmm cukup lengkap dengan piramid makanan yang memerlukan karbo,protein,fiber...dan yang penting,cukup dengan keperluan kalori diri sendiri.



Grill Salmon & The Gang 
(2 orang makan)

2 ketul ikan salmon - (perapkan dengan 2 sk lada hitam kasar,1 sk serbuk kari ikan,garam secubit,gula perang secubit)-->pastu grill dalam kuali nonstik hingga masak
Kacang edamame-rebus dalam 7-10 minit dengan garam secukup rasa.Jangan rebus terlalu lama tau.
Timun jepun dan tomato cerri -sebagai hiasan dan ulaman
Keledek oren 2 biji & 2 biji kentang -rebus hingga empuk (letak garam dlm air rebusan tu yer

Bahan2 yang dah siap,disatukan dlm bekas dan hias ikut suka mata dan tekak sendiri...hahaha.

Okay,siap..boleh bawak bekal ke pejabat.
v
v
v
v
v

Selamat menjamu mata 

************************************

2 Mei 2018

TUNA AVOCADO SALAD---->BENTO DIET KE PEJABAT HARI NI


Assalammualaikum wbt...

Ketemu lagi kita dlm blog yg sweet ni...hahaha

Hari ni baru sempat tunjuk menu ke pejabat hari ni...Kalau dah beberapa hari tak tunjuk tu,maksudnya memang I masak yang simple2 dan bodoh2 gitu,kalo tak rajin lagi,kiranya,I makan kat luar je lah....Tapi kadang2 tu,bosan gak makan kat luar lagi2 nak cari menu diet eat clean yang kurang minyak,kurang garam,no sugar...memang susah.Kalo mood rajin,masaklah seadanya ikut selera tekak nak  makan...

Ok..hari walaupun pepagi ada bengkel jadual waktu dan kelas ,dengan mood rajin,saje je lah I masak menu selera anak tekak ni.Konon2 menu diet eat clean nak ikut bideo omputih nie.....NatashaKitchen,tapi Liza telah melayukan sikit dengan tambah cili merah dan lada hitam banyak...
,

TUNA AVOCADO SALAD
1 tin tuna in water (jenama ayam brand )
1 bj bawang merah,3 ulas bwg putih,3 bj lada merah -hiris halus
2 bj avocado - (Liza terbeli yang belum masak sgt,jadinya nak bagi tak keras,Liza fry kat dalam pan dgn olive oil)
Jagung dalam tin - bukan yg manis tu yer.
1 btg timun jepun-potong kiub
2 sb jus lemon
Garam secukup rasa
2 sk Lada hitam kasar
2 sb minyak zaitun
5 bj tomota ceri-belah 2 sebagai hiasan.
Daun salad sebagai hiasan

Cara-cara : diolah ikut citarasa melayu..hehehe

Tuna tu,Liza panaskan dalam kuali nonstik (sbb I suka makan makanan yang dah dimasak ,tak suka dari tin terus makan...lagi pun perut I tak tahan makan benda yang mentah2..harus dilayurkan dulu bagi panas kat kuali....πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„),masukkan bahan-bahan dihiris tu,masukkan avocado,timun jepun,jagung.Gaul sampai sebati .Off kan suis dapur induction.Last sekali campurkan garam,lada hitam,jus lemon dan minyak zaitun.Gaulkan lagi sampai sebati dan rasanya secukup rasa.Hiaskan dengan tomoto ceri timun jepun dipotong bulat dan daun salad.Dilawankan dengan roti wholemeal.

Siappppp

V
v
v
v
v
Inilah hasilnya bila dah di letak dalam bento untuk di bawak ke pejabat.


Abis je kelas kul 1 pm tadi....harus melantak macam orang kelaparan....

Tinggal bekas dan sudu garpu je tau.....hahahaha
v
v
v
😊😊😊Puas dapat makan bento sendiri


*****************************************************

Dan yang ni plak untuk mrHbby yang sekarang kerjanya bermula dari 8.00am-5.00pm,kerjany kat rumah..Zaman la nie,kerja dari rumah.(bukan goyang kaki je tau,)goyang kaki,perut,tangan dan otak,income pun dapat.Tu yang kekadang,Liza pun jeles....😍😍😍,sbb boleh dapat income double triple dari gaji I sebulan.Dan yang paling I suka,semua kerja-kerja rumah--->menyapu,basuh baju,sidai baju,lipat baju,cuci toilet--->dia yang buat.Tugas I just masak je...senang kan...hehehe.Tq hbby.
v
v
v
Dia pun terpaksa merelakan tekak dia ikut tekak I...hahahaha
Kang petang-petang nanti kul 3-4pm dia lapor,pandai-pandailah dia pi cari nasi.Maklumlah,perut orang lelaki ni,kena isi nasi gak baru puas....😎😎😎😎





25 April 2018

SPICY TUNA WRAP---->BEKAL KE PEJABAT


Assalammualaikum wbt.....

Hari ni wat menu sihat lagi untuk bekalan ke opis I .Paling senang dan mudah,....😍😍😍😍

SPICY TUNA WRAP
(2 orang makan)

2 kpg multi grain wrap (jenama Mission)
1 bj bwg merah ,2 ulas bwg putih-cincang halus
1 sb serbuk cili paprika
1 bj cili padi-cincang halus
1 sb minyak zaitun utk menumis
5 sb tuna in water (buang airnya )
Garam bukit secukup rasa
Cili benggala,timun dan salad -untuk hiasan sampingan

Cara-cara:
2 kpg wrap tu di panaskan atas kuali tanpa minyak-->letak tepi sementara nak masak inti tunanya
Panaskan minyak zaitun,masukkan semua bahan yang dicincang halus dan tuna.Masukkan garam.Kacau hingga sebati dan tutup api setelah siap masak.

Inti tuna yang dah siap,diletakkan atas wrap dan gulung.Potong ikut suka anda agar senang nak masuk mulut nanti.Hiaskan ikut suka mata anda...hehehe.

Siapppppppp....

Wrap dalam pinggan ni untuk mrHby......


Untuk I punya...cam pic kat bawah tu....πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Selamat mencuba resepi sihat yang mudah...




Ni menu sihat saya ke pejabat.Menu untuk lunch.Di lawankan dengan air lemon madu.Buah epal untuk snacking.
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



Takde alasan untuk tidak bawak bekal ke pejabat.Mood rajin I buat ,kalo M besar,I main tunjuk2 je kat cafe......hahaha

Menu bekpes saya kul 7.30am tadi cam kat bawah ni,malas nak tepek resepi sbb makan sandwich ayam homemade jer (burger ayam homemade tu,dah buat siap2 masa hari cuti dok rumah,pastu frozenkan)...Nak makan,terus masak kat air fryer.Tak menarik sgt kat mata orang lain sebab hanya menarik kat perut saya dan mrHby je...😍😍😍
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Dan menu lunch saya tu,dimakan pkl 1.00pm selepas habis kuliah mengajar tadi....Kira ngam2 ngah lapar...hehehe


Daaaaa...........sekian dulu





7 Mac 2018

NASI GORENG KIMCHI / KIMCHI BOKKEUMBAP/ κΉ€μΉ˜λ³ΆμŒλ°₯..........bento saya hari ini



Assalammualaikum wbt...

Apa khabar semua..semoga sihat hendaklah.Alhamdulillah,hari ni baru berkesempatan dan rajin nak update blog ni..Terbengkalai sebentar dengan kekangan keje ..Apa2 pun,malas nak komen banyak2,meh lah tengok menu bento saya ke pejabat untuk hari ni .Khas dibuat dengan penuh rasa kecintaan untuk menjamu selera selepas abis kelas mengajar hari ni..hahahaha (poyo je ayat)

Selamat melayan mata tengok menu yang tak berapa nak best ni yer......



Bahan:


2 cawan nasi

1 cawan kimchi - cincang

1 biji bawang merah-cincang halus
2 ulas bwg putih-cincang halus


1/4 cawan air/jus kimchi


1/2 cawan isi daging (guna burger abg burn)- potong kecil 

1 tbsp minyak zaitun (tapi saya tumis guna air kimchi tu sbb tak mu guna minyak )



tabur atas :

Telur mata 

Bawang goreng

Sedikit seaweed dan lada hitam kasar



Cara:

1. Panaskan kuali,masukkan air kimchi 3 sd besar
2. Masukkan bawang erah dan puting yang dicincang halus.Masukkan isi daging burger dan  goreng isi daging sehingga masak
3. Masukkan kimchi, goreng sebentar.
4. Masukkan jus kimchi,  nasi. Kacau rata
6. Hidang, taburkan  bawang  goreng dan seaweed. Hias dengan telur mata.





Ok......chow dulu,jap lagi nak pi meeting plak.....

Sekian dulu.


******************************************************





4 Februari 2018

LEMPENG KIMCHI ...bento lagi


Assalammualaikum wbt...

Hari ni saya berbento lagi ke pejabat..

Menu simple ala2 korea dan jepun yang telah di melayukan.
Yang penting,saya masak dengan penuh kasih sayang untuk suami makan dan jugak saya.Tiada msg,kurang garam dan gula..

Menu #sihatdankurusbermuladaridapur
#cabaran365hari

Kimchijeon (Lempeng Kimchi )



Bahan-bahan :
Kimchi (perahkan sikit jus dia supaya tak basah sangat, potong kecik-kecik)
Daun bawang dan daun kucai -ikut suka nak letak banyak mana
Cili merah / cili hijau -hiris halus
2 sudu besar tuna in olive oil
Tepung wholemeal- 2 senduk
Lada sulah @ Lada hitam
Garam
1 biji telur
1 bj bwg merah-hiris halus



Cara-caranya :
1. Perah kimchi tu sampai agak-agak kering
2. Potong kimchi supaya halus .
3. Masukkan semua bahan dan adunkan semua bahan-bahan sehingga sebati...jangan terlalu cair, pastikan sedang elok macam nak buat cekodok atau lempeng biasa tu.
4. Campurkan bahan-bahan (adunan + basah)
5. Dalam pan non stik yang leper, panaskan sedikit minyak zaitun dan goreng adunan tadi.. (guna kaedah goreng telur dadar)
6. Pastikan adunan yang kita masak tu tak terlalu tebal melainkan kalau anda suka makan yang tak garing la.



Siap dan dah boleh makan.Boleh cicah dengan sos cili..




######################################################



3 Februari 2018

KACANG POOL WITH EGG IN D'HOUSE


Assalammualaikum wbt.....

Baru sempat nak update blog setelah beberapa hari pi outstaion/bercuti...Dan baru berkesempatan nak upload menu diet #cabarankurus365  dan #misikurusbermuladaridapur...

Ok...menu breakfast tadi.Menu paling simple setelah abis workout dengan berzumba.

Foul With Egg in d'house
1 tin kacang pool -buang airnya,ambil kacang sahaja dan hancurkan
1 tin chick peas(kacang kuda)-buang airnya,ambil kacang sahaja dan hancurkan
2 sudu besar rempah kari daging adabi
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam, ditumbuk halus
2 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
Garam dan gula perang/stevia secukup rasa
Minyak zaitun 1 sb untuk menumis
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN :
Sebarang jenis roti(Liza guna roti multigrain wholemeal-GARDENIA)
Bawang besar, didadu kecil
Cili hijau/cili merah, dipotong
Limau kasturi, dibelah 2
Telur mata lembu

Cara-cara : Tumis bahan yg dikisar dengan minyak zaitun.Masukkan serbuk kari,ketumbar,jintan manis.Kacau sebati dan masukkan.Perasakan garam gula.Liza tak guna daging pun sebab nak makan kacang pool tanpa daging.Hidangkan kacang pool dengan telur mata lembu dan ditabur bawang merah,cili merah dan limau kasturi.


Inilah kacang yang digunakan untuk buat kacang pool simple....



29 Januari 2018

BEEF WRAP


Assalammualaikum wbt...

Hari ni saya sempat buat ni saje untuk bento ke pejabat saya..Tak sempat nak buat menu yg gempak2 .Dapat prepare menu yang simple2,janji perut kenyang.


BEEF WRAF

Bahan-bahan :

4 keping wrap missions (2 untuk saya,2 untuk hbby)
1/2  bj lobak putih , 1/2 biji lobak merah -hiris panjang2
1 bj bwg merah-hiris halus
2 keping burger daging (jenama abg burn yg tanpa lemak)- potong bagi kecil2
Daun salad,tomato ceri dan timun jepun- potong ikut suka untuk diletak sebagai hiasan dlm wrap
Secubit garam & secubit brown sugar,lada hitam

Cara-cara :

Inti :
Grill burger dalam non stik pan sampai masak,-->tak perlu letak minyak sebab akan minyak dr durger daging tu akan keluar.Masukkan bawang merah,lobak putih dan merah.Gaul sebati dan masak sampai bahan2 tu layu.Perasakan dengan gram,lada hitam dan brown sugar.

Masa wrap:
Letakkan salad atas wrap,masukkan tomato dan timun,baru letak inti atasnya.Gulungkan dengan kemas.

Masuk dalam bekas dan bawak bento ke tempat keje anda..siap..Makan bila anda dah rasa lapar...hehehehe

Sekian.

28 Januari 2018

BENTOBOX LAGI...............


Salam sejahtera semua....harap2 semuanya sihat.

Syukur alhamdulillah kerana diberikan kesihatan olehNya untuk berbento lagi ke pejabat..Menu ni dimasak penuh kasih sayang sebab sendirik nak makan dan  dimakan jugak oleh encik husband...Dan yg bagusnya,menu sihat yg dimasak sendiri tanpa wak aji dan perasa msg tu....hehehehe

Bento ke pejabat ni, memang complete dish untuk bekpes,lunch,snacking petang.....malam kang,makan lagi meal ni kalau ada baki lagi yang di simpan kat rumah untuk en husband.Oleh kerana en husband I dah jadi house husband sebab dia bekerja dari rumah,haruslah masak sekali lebih untuk dia kan.Dan ini memang jimat...Dah kira2,menu ni dalam rm20 untuk sekali makan dari pagi hingga ke petang/dinner..Sebab sekali gi supermarket atau pasar,Liza suka berbelanja untuk 1-2 minggu terus punya stok makanan..Jadinya dah budget macam tu,adalah dlm rm20 utuk 2 orang makan kalau masak sendiri setiap hari...




Malas nak tepek resepi...sebab menu nie paling simple...grill,kukus ,rebus....ikut suka hati kau nak buat camne...

Okay..sekian dulu....

Kalau i tak tepek menu bento dan menu masak2 kat rumah time cuti tu ,means that I is puasa dan masak ala kadar untuk alas perut..jadinya menu tak gempak sangat,I tak update dalam blog hokayyyy....





23 Januari 2018

NASI GORENG BUNGA KANTAN


Assalammualaikum wbt....syukur alhamdulillah,diberi kesembuhan dan kesihatan yg baik pada hari ini setelah hampir 2 hari kena vertigo...Dan syukur gak,hari ni dah lalu nak makan...hehehe

So, hari ni..Menu bento saya ke perjabat ......Nasi Goreng Bunga Kantan tanpa minyak,Ikan bakar sambal ,ulam timun dan kimchi..Buah persimon dan epal untuk snacking antara waktu makan dan petang.


NASI GORENG BUNGA KANTAN
(untuk 2 orang makan)

3 senduk nasi beras perang
1 btg bunga kantan-hiris halus
1bwg besar,3 ulas bwg putih-dihiris halus
Brokoli dan kobis bunga - ikut suka nak banyak mana untuk dimasukkan dlm nasi goreng tersebut
1 mangkuk kecil mix veggi-ada kacang pis,jagung dan carrot
Garam secukup rasa
2 sb lada hitam kisar
1 bj telur
2 sb air untuk menumis...hehehe..tanpa minyak hokayyy
trylah cuba kalo nak tau.....

Cara-cara:
2 sb besar air dimasukkan dlm kuali nonstik,masuk bahan2 yang dihiris halus.Masak sampai bahan ni sebati dgn air,baru masukkan sayur-sayur brokoli,kobis dan mix veggi.Bila sayur2 tersebut layu,masukkan garam dan lada hitam kasar.Akhir sekali masukkan nasi dan kacau hingga semua bahan sebati dan masukkan telur.Kacau hingga sebati dan masak.Kalau kurang masin,suka hati anda nak letak perasa atau kicap bagi nasi goreng ni rasa sedap...hehehe


Ikan bakar sambal tu,masak cam biasa .Cili kisar yang dah diperasakan garam dan asam jawa,lumurkan pd seluruh badan ikan,dan bungkus ikan tersebut dalam aluminium foil.Bakar dalam air fryer....boleh gak masukkan dalam oven atau bakar atas dapur gas.

********************************************

Okay..untuk mengalas perut yg lapar,bawaklah buah-buahan sebagai snacking kalau time waktu 1-2 jam lepas makan tengahari tu,tetiba rasa nak makan sesuatu..Jadi,kunyahlah sesuatu yang healthy....hahaha

Sekian....menu bento ke pejabat saya yg saya rasa healthy untuk saya..Kalau rasa ok,boleh gak anda cuba bawak bento dgn menu ni ke tempat keje anda plak.



17 Januari 2018

CHICKEN RAMEN


Assalammualaikum wbt...

Apa khabar semua....??Jangan pernah jemu nak skodeng blog Liza ni yer...Maklumlah,time waktu bekerja Ahad -Khamis,Liza asyik tayang menu bento ke pejabat jer....hehehe..Saje jer sebab malas nak tepek aktiviti harian di pejabat sbb kalau namanya keje,bz memanjang dengan keje jer..Ni pun curi2 masa tuk update kat blog untuk tunjuk menu bento jer.....

Menu yg di masak untuk bawak bento ke pejabat ni,memang untuk pagi-tengahari-petang..Malam tu kdg2 minum susu low fat saje kalo lapar..Tengok keperluan perut...hahahaha

Sndwich tuna untuk menu pagi dan petang.Chicken ramen tu untuk menu tengahari.Buah-buah dan yogurt untuk snacking time....

Yang penting,menu ni bagi perut kenyang..bukan menu dieet sgt pun..hehehehe..Apa yang perlu diambil kira,bila kita masak sendiri di rumah,kita tau penggunaan garam gulan dan perasa.Tapi,menu Liza memang kurang garam dan gula.Perasa lagilah,tanpa perasa bagai dan MSG....Nak sihat punya pasal,apa yg kita makan itulah yg menentukan tahap kesihatan kita...YE TAK?????


Oklah,nak tepek menu chicken ramen yang Liza buat ni..



CHICKEN RAMEN

Bahan-bahan :
150 g Mee Ramen (contoh mcm dlm gambar atas tu)-cuci dengan air dan toskan
1 bj bawang merah, 2 ulas bwh putih,3 tgkai cili merah -dihiris halus
1 sb minyak zaitun
2 keping dada ayam-di potong dadu
Brokoli dan cendawan tiram -di potong dadu
1sk kicap manis
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1.Panaskan minyak zaitun dalam kuali .Masukkan bahan2 yg dihiris halus dan juga ayam.
2.Perasakan dengan kicap dan garam,baru masukkan sayur brokoli dan cendawan.
3.Masukkan mee ramen dan gaul rata.

Mee ni lagi sedap dari mee kuning biasa tu sebab takde rasa kapur....


16 Januari 2018

TORTILLA TUNA GULUNG

Assalammualaikum wbt...hai..selamat petang.

Menu bento saya pada hari ni,menu yang paling sempoi..tapi mengenyangkan...

v
v
v
v

 Tortilla Tuna  Gulung

Bahan-bahan
2 kpg tortila wrap 6 grains (jenama Mission )
4 sudu besar tuna in water (Liza guna  ayam brand)
2 bj bwg merah,2 ulas bwg putih dan 3 tgkai cili merah -hiris halus
1 sb minya zaitun
lada hitam dan gram secukup rasa

Cara-cara
 Tortila WRAP tu panaskan di atas kuali non stik tanpa minyak.Angkat dan ketepikan
Letak minyak zaitun dlm kuali.
Masukkan bwg merah,bwng putih dan cili merah yg telah di hiris.
Masukkan tuna dan kacau rata hingga sebati.
Perasakan dengan lada hitam dan garam.
Angkat dan biarkan sejuk.
Tortila tu di belah jadi kepingan kecil.Masukkan inti tuna yg sudah sejuk.
Dan gulungkan sehingga habis.





Condiments yg lain untuk dimakan sekali adalah,strifry arrowhead dengan kobis bunga,kacang peas dan jagung steam diperasakan dgn lada hitam dan garam.

Buah-buahan dan yogurt utk snacking...




Sekian...wassalam




NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails