4 Februari 2018

LEMPENG KIMCHI ...bento lagi


Assalammualaikum wbt...

Hari ni saya berbento lagi ke pejabat..

Menu simple ala2 korea dan jepun yang telah di melayukan.
Yang penting,saya masak dengan penuh kasih sayang untuk suami makan dan jugak saya.Tiada msg,kurang garam dan gula..

Menu #sihatdankurusbermuladaridapur
#cabaran365hari

Kimchijeon (Lempeng Kimchi )



Bahan-bahan :
Kimchi (perahkan sikit jus dia supaya tak basah sangat, potong kecik-kecik)
Daun bawang dan daun kucai -ikut suka nak letak banyak mana
Cili merah / cili hijau -hiris halus
2 sudu besar tuna in olive oil
Tepung wholemeal- 2 senduk
Lada sulah @ Lada hitam
Garam
1 biji telur
1 bj bwg merah-hiris halus



Cara-caranya :
1. Perah kimchi tu sampai agak-agak kering
2. Potong kimchi supaya halus .
3. Masukkan semua bahan dan adunkan semua bahan-bahan sehingga sebati...jangan terlalu cair, pastikan sedang elok macam nak buat cekodok atau lempeng biasa tu.
4. Campurkan bahan-bahan (adunan + basah)
5. Dalam pan non stik yang leper, panaskan sedikit minyak zaitun dan goreng adunan tadi.. (guna kaedah goreng telur dadar)
6. Pastikan adunan yang kita masak tu tak terlalu tebal melainkan kalau anda suka makan yang tak garing la.



Siap dan dah boleh makan.Boleh cicah dengan sos cili..




######################################################



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails