Memaparkan catatan dengan label WESTERN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WESTERN. Papar semua catatan

4 Julai 2014

CRISPY CROUTON & MUSHROOM SOUP WITH OLIVE OIL & PASTA RONGGENG


Assalammualaikum dan salam pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini...Apa khabar kawan alam maya semua?Liza doakan agar semuanya berada dalam keadaan yang baik dan dipermudahkanNya....insya Allah.

Pagi2 nie baru sempat nak buat tayangan menu berbuka semalam.Dan sehingga semalam,Liza and Hb belum lagi menjejakkan kaki ke bazar ramadhan..memang tak akan jejak .Lebih2 lagi sekarang nie,dah 2 kes berlaku tentang keracunan di bazar ramadhan .Tobat Liza nak beli kat bazar bila mana tahun lepas,beli hanya sekali jer..tup2 malang tak berbau diri sendiri kena food poisoning...2 hari cirit birit...sib baik tak masuk spital..tu pun sebab minum air soya punya pasal dan makan rojak asma...

So...untuk keselamatan diri sendiri dan family tersayang..marilah masak menu sendiri walaupun simple ya amat....hatta masak telur kicap sekalipun,still berbaloi perut kita yang nak makannya......hehehe

Oklah,takmo bebel2 di bulan rahmat nie....meh layan menu western yg Liza buat tuk buka semalam....


Masa tengok rancangan Giada at Home kat foodchannel astro tu, nampaklah mek Giada tuk masak soup cauliflower dengan crouton nie...terliur beb walaupun puasa...so dengan ngada-ngadanya, Liza pun buat gak Crispy Crouton nie...tapi lawankan dengan mushroom soup with olive oil...memang marbeles Hb cakap...kekeke

Resepi Crispy Crouton tu punyalah sonang....lebihan roti yang hampir nak tamat tarikh luputnya tu,Liza potong kiub kecik2,tabur garam sikit,tabur lada hitam ,gaul2 kan atas dulang pembakar,dan bakar dalam oven lebih kurang 10-15 minit pada suhu 100 darjah celcius..atau ikut keranggupan yang anada nak....hasilnya memang walllah....


Resepi : Mushroom Soup Olive Oil 
(sumber resepi :SINI)

BAHAN-BAHAN MUSHROOM SOUP :

250 g cendawan butang jenis segar -tapi saya beli yg kaler kelabu 
800 ml air
250 ml susu sejat IDEAL
1 kiub ayam "Maggi"
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 1/2 olive oil 
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA 


Cendawan dibasuh dan toskan. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan.


Panaskan minyak zaitu dlm kuali , masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata2. Gunakan api kecil.


Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.(tapi Liza tak kisar sebab nak makan hirisan cendawan tersebut dengan bawang2 yang ada)

 Masak hingga pekat. Tambah sedikit garam sekiranya perlu.Hidang dan tabur sedikit cincangan daun parsley dan  serbuk lada hitam .



Menu western yang lain untuk menu semalam cam bawah nie 



Pasta ronggeng ???????????? Nantikan resepinya nanti...hehehe



PASTA RONGGENG



Hahahaha...nama tak bleh tahan...saje bikin gempak...saje menterbalikkan perkatang GORENG jadi sedap sikit kepada RONGGENG.....baru ada commercial value...hehehe


Resepi sempoi jugak.....main campak2 dan siap..


Resepi Pasta Ronggeng 

1/2 peket pasta ( rebus dan didihkan dengan air panas bagi lembut)
1 biji bawang merah -kisar dengan cili kering
2 ulas bawang putih - kisar dengan cili kering
1/2 cawan daging kisar
2 sudu minyak zaitun untuk menumis
4 sudu besar cili kering yang dikisar
6 sudu puri tomato
1 cawan mix veggie
garam gula secukup rasa
1 sudu kicap manis
Daun bawang dan daun sup -sbg hiasan
2 btg cili nerah-hiris halus sbg hiasan
Bawang goreng di tabur sbg hiasan


Cara-cara:

Tumiskan cili kering yg dikisar bersama2 bawang merah dan putih dengan minyak zaiun dalam kuali.Masukkan daging kicar,kacau hingga daging masak sedikit.Masukkan mix veggie serta taburkan garam gula dan kicap manis.Akhir sekali,masukkan pasta dan gaul rata.Siap hidang dengan hiaskan dgn daun bawang,daun sup dan cili merah yang dihiris halus.Tabur juga bawang goreng.








7 Jun 2014

PUMPKIN SOUP , GARLIC BREAD & SPAGGHETI BLACK PEPPER

Assalammualaikum..............wbt

Hari nie saya malas nak taip panjang2..............

Biarlah gambar berbicara di sini untuk jamuan mata anda semua......................

Menu hari nie semuanya berasaskan western.


Walaupun malas,tapi kena masak jugak sebab kalo makan kat luar pun..tak tau nak makan apa....bosannnn kadang2 tu kalo makan kat luar.Apa2 pun,memasak nie terapi diri...berpeluh2 kat dapur tu dah terbuang ;ah jugak kalori2 yang ada di badan nie...hehehehe..Yelah tu kan.....


Apa2 pun....

JOM MENJAMU MATA ye







RESEPI PUMPKIN SOUP

Bahan-bahan:

1/2 biji labu manis- direbus dan dilecek 
1/2 cawan susu sejat
1/2 cawan air
garam dan gula-secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung-tuk pekatkan kuah
1 labu bawang merah-didadu halus-halus
1 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam di tumbuk kasar
1 sudu kecil oreganu leaf
2 sudu besar minyak zaitun tuk menumis

Cara-caranya :
1.Tumis bawang merah dan bawang putih dengan 2 sudu besar minyak zaitun
2.Masukkan labu manis yang telah dilecek(saya tak blender pun sup labu ni bg halus sebab saya suka yang ada rasa2 kasar bawang) 
3.Masukkan susu sejat dan air
4.Kacau sampai didih.
5.Perasakan dengan garam dan gula serta lada hitam
6.Masukkan tepung jagung bagi pekatkan kuah
7.Masukkan oreganu leaf 
8.Tutup api bila dah didih sup labu ni

Boleh di hidangkan dengan roti bawang putih

Garlic bread - tengok resepi kat SINI 





















SPAGHETI GORENG BLACK PEPPER

1/2 bungkus spagheti San Remo - rebus hingga masak
Daging kisar -ikut suka nak berapa banyak banyak
1 labu bawang merah - di dadu halus
1 ulas bawang putih- di ketuk dan cincang halus
3 sudu besar lada hitam kasar
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar minyak zaitun utk menumis
Taugeh dan bawang goreng tuk hiasan

Cara-cara :
1.Tumis bawang merah,bawang putih dengan minyak zaitun
2.Masukkan daging kisar.
3.Perasakan dengan garam dan gula
4.Masukkan lada hitam
5.Akhir sekali masukkan spagheti dan taugeh.
6.Kacau rata dan tutup api .
7.Hiaskan dengan bawang goreng





15 Januari 2014

LAMANYA TAK TUNJUK MENU MAKANAN....................


Assalammualaikum wbt....

Alhamdulillah, bertemu lagi di tahun baru di hari ke 15....Dan selama betapa hingga bersarang blog nie,baru berkesempatan nak tunjuk menu apa yang patut di awal 2014 nie.....
Apa2 pun...layan jelah gambo yang tak seberapa nie dengan resepi yang di cilok dari blog ni jgak..KLIK SINI



 Gambar semasa nak membakar je ada...gambar yang dah masak tak sempat snap sebab kamera tetiba buat hal......takpelah,janji dah masuk perut kami berdua.......

Makaroni Bakar 


Bahan :
250gm macaroni (rebus hingga lembut dan toskan) 
200gm ayam kisar 
1 ulas bawang putih (cincang halus) 
1 biji bawang besar (potong dadu) 
2 s/b cili kisar/cili boh
1 s/b tomato sos
sayur campur
100gm cendawan tiram-dipotong halus
sedikit garam & gula
sedikit oregano kering 
sedikit butter utk menumis 
2 biji telur 
Mozarela Cheese -di parut



Cara :
1. Panaskan butter, tumis bawang putih dan bawang merah 
2. Masukkan ayam kisar, kacau hingga ayam masak .
3. Tambah cili kisar dan tomato sos, kacau lagi .Masukkan sayur campur 
     dan cendawan
4. Masukkan makaroni yg telah direbus, gaul rata .Tambah garam, 
    gula dan oregano kering 
5. Tutup api dan masukkan kedalam bekas yg boleh dibakar .
6. Pukul telur, curahkan keatas macaroni  dan taburkan cheese sehingga 
     menutup macaroni 
7. Bakar hingga cheese cair selama 20 minit.
8. Siap utk dihidangkan.Dan berbaloi makan masa panas2....





14 Disember 2011

BEEF LASAGNA


Sebelum masuk oven..............

Malas nak tulis n3 panjang2,biarlah gambar berbicara sendiri................







Lepas kuar oven................





Ngapp kali pertama.................




Dan akhir sekali...ngapp kali kedua.........................resepi yg sedap nie Liza skodeng kat SINI.Malas nak tepek resepi itew,silalah melawat blog resipi rakan kite tu yer.......





NOtE:( Walaupun sakit2 badan masih terasa lagi  sebab DIA ikut semalam itew (CITER INI) dan hari nie Liza gagahkan diri dgn berani gak gi school,still balik rumah nie sakit2 tu terasa,pulak tu tak dapat nak jumpa ustaz yg selalu merawat sebab ustaz tengah cuti2 malaysia bersama family,terpaksa Liza merawat diri sendiri dgn ayat2 ALLAH...,pedulikan benda itu dan sakit2 itu......

walaupun sakit2,tapi makan tetap menten makan...hahahha.Makan nak hidup tapi bukan hidup untuk makan yer...hehehehe.biar orang nampak kite sihat sesihatnya,tapi hakikat sebenarnya,hanya ALLAH saje yg maha mengetahui)...Daa....

SEKIAN



1 Jun 2011

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS



Assalammualaikum dan salam sejahtera......

Hari nie baru sempat nak tepek menu malam tadi.Liza konon2 nak diet,so makan benda2 yang bakar2 jer.Ala2 mat salleh celup...hahaha.Takde ikut resipi mana2,main tibai jer letak rempah2 yang ada kat rumah nie,perap dalam setengah jam pastu bakar....hahaha.Memang simple dan mudah.....sesimple orangnya.....janji makanan tu mengenyangkan perut.
Jom tgok gambar je yer sebab takde resipi yg nak diletak kat sini.




Jagung pun main bakar kat kuali non stik...hehehe...memang hentam kromo je Liza nie,janji masak gak jagung tu.Samapi berair kuali tu sebab Liza tutup permukaan jagung tu dengan tutup periuk........


Pepun,menu yang main tibai letak rempah nie pun jadi gak......abisss....


Daaaa......nak sambung keje....hehehe






16 Mei 2011

PENNE MEATBALL & FRUIT COCKTAIL WITH NATA DE COCO



 Menu makan malam yg ringkas dan mudah .................janji mengalas perut.Dan yang penting,semua bahan2 yang diperlukan dah tersedia di dapur .....



Pastu lawankan dengan fruit cocktail with nata de coco........Beli yg dalam tin,pastu tuang dalam mangkuk dan sejukkan................terasa nyaman.......tapi tak bleh lawan yg ada kat umah Naz.Yang tu lagi meriah.....Tak dapat makan yg mcm kat umah Naz,dpt pekena  seperti kat bawah nie pun dah syukur....hehehe.Insyaallah,esok2 nanti,cuba plak yg macam kat umah Naz tu....




Nyaman tekak pekena benda alah nie..........................







14 Februari 2011

CHICKEN LASAGNA & KELEDEK REBUS




Assallamualaikum dan salam sejahtera...


Semalam terpandang  lasagna kat umah kak Naz.Nampak memang menyelerakan.So,hari nie tuk buka pose tadi Liza wat lah  lasagna gak .Tapi cuma tukar daging tu ker ayam....Memang Liza ikut bulat2  resepi dari kak Naz.Dan memang sodapppp........hehehe.Time kasih yer kak Naz,malas nak tepek resepi.Kengkawan bole skodeng kat rumah Kak Naz yer....



Disebabkan guna loyang kuih je,jadi dapat 3 lapisan jer.....Tapi memang berbaloi,sodap..





Yang nie masa menunggu tuk membakar diri dlm oven...

pastu menu buke pose lagi satu.......











11 Disember 2010

GRATTIN

Projek pagi tadi punya menu.........ngah rajin...wat lah apa yg patut.
Malas nak tulis panjang2...layan gambo dan resipi yg Liza amik dari Rizanie.



Tunggu masa untuk di masuk dalam oven





Baru kuar dari oven...........................





Makan masa panas2........................




Bahan-bahan : sumber rujukan Riezanie 

Isi

  • Bawang
  • Ayam cincang- ikut suka nak berapa banyak
  • Kentang - 6 biji sederhana besar
  • Garam secukup rasa
  • 1 sb lada sulah
  • 1 cawan susu segar
  • Carrot- di potong dadu
  • 1 sudu besar tepung jagung
Topping

  • Dry oregano leaves
  • Mozarella cheese


Cara-cara

  • 6 biji kentang tu liza rebus dulu pastu lenyek-jgn sampai halus sgt
  • Hiris bawang 
  • Tumis bawang dan masukkan ayam cincang.
  • Apabila agak masak,masukkan kentang,garam dan lada sulah.
  • Masukkan susu segar dan masukkan carrot.Kacau sehingga masak.
  • Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air terlebih dahulu.
  • Masak sehingga pekat.
  • Tuangkan inti ke dalam casserole dan taburkan oregano dan mozarella cheese yang telah diparut
  • Bakar di dalam oven yang bersuhu 150C sehingga kekuningan




Photobucket


14 Oktober 2010

MAKARONI BAKAR

Menu untuk buka pose hari nie Liza wat Makaroni Bakar dan juga Kuih Nagasari.Makeroni tu Liza saje2 wat ikut rasa hati sendiri dan bahan2 nya pun main hentam kromo letak dalam resipi nie,janji seimbang dan cukup zat.Hahahaha.....

Okaylah,kite layan resepi yang tak seberapa nie yer.Dan meh tengok gambar yg sempat Liza amik sebelum berbuka tadi..




Menunggu masa tuk membakar diri dalam oven...........


Lepas kuar dari oven...memang nampak terbakar sungguh...huhuhu



Dah potong sikit...tapi dlm tu still nampak cam tak membakar.
Takpelah,janji makaroni dah masak...hehehe


Makeroni Bakar



Bahan :
250gm macaroni (rebus hingga lembut dan toskan)
200gm ayam kisar
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 s/b cili kisar/cili boh
1 s/b tomato sos
sayur campur
100gm cendawan tiram-dipotong halus
sedikit garam & gula
sedikit oregano kering
sedikit butter utk menumis
2 biji telur
Mozarela Cheese -di parut




Cara :
1. Panaskan butter, tumis bawang putih dan bawang merah
2. Masukkan ayam kisar, kacau hingga ayam masak .
3. Tambah cili kisar dan tomato sos, kacau lagi .Masukkan sayur campur
     dan cendawan
4. Masukkan makaroni yg telah direbus, gaul rata .Tambah garam, 
    gula dan oregano kering
5. Tutup api dan masukkan kedalam bekas yg boleh dibakar .
6. Pukul telur, curahkan keatas macaroni  dan taburkan cheese sehingga
     menutup macaroni
7. Bakar hingga cheese cair selama 20 minit.
8. Siap utk dihidangkan.Dan berbalo makan masa panas2....




NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails