Memaparkan catatan dengan label APAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label APAM. Papar semua catatan

17 Mac 2013

APAM BALIK



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...

Hari nie pekena APAM BALIK nie untuk minum petang hingga ke malam nie sebab Liza malas nak masak yang berat2 sebab hanya kami berdua saje ....Lagipun my lalink kata dia tak nak makan malam,just makan biskut dan roti yang ada kat rumah...hahaha.Lagilah Liza suka,sonang koje ,takyah nak masak2.....




  Oleh kerana malas nak tepek resepi sebab senang jer bahan2nya,...bolehlah tengok resepin yang dolu2 penah Liza tepek kat blog nie....Boleh sekodeng kat SINI.


Daaaa........


Wassalam



29 Disember 2012

APAM SALJU


 Assalammualaikum...wbt...dan salam petang Sabtu...

Kat sini baru jer lepas hujan lebat....hujan rahmat...dan plak tu,Liza wat Apam Salju...memeang marvelesmakan masa panas2 dalam waktu hujan lebat................pergggghhhh...10 ketui masuk  tembolok I tawww....

Gambar atas dan bawahnya nie,masa lepas kuar dari periuk kukus...menunggu sejuk,tapi sebab Liza tak suka sangat cicah dengan kelapa,makan jer waktu panas2 nie...memang sedap....nampak meriahkan warna warni APAM SALJU nie...hehehe...



Resepinya,Liza skodeng dari blog Hana tapi resepi asal dari Cha myresepi...Oleh kerana Liza suka kaler maler...so jadilah apam nie warna-warni seperti gak kehidupan Liza yang penuh warna warni ...penuh suka duka dan pilu......huhuhu..Pernah gak buat APAM nie kat SINI, tapi bila cuba resepi dari HANA dan Cha,lagi sedap ok......Cubalah try test...hehehe

Apa-apa pun,terima kasih pada penyumbang resepi...memang marveles.....


Resepinya  :
sumber dari Hana & Cha

Bahan-bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar ( Liza tak guna )
  • 3/4 cwn gula pasir  
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.Liza bahagiakan adunan kepada 3 bahagian dan letak 3 warna ikut warna kegemaran.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.



Wallaweiiiiiiiiiiiii...memang sedap...



Chow dulu............


3 Disember 2011

APAM POLKADOT ...DOT..DOT..DOT...


Assalammualaikum wbt....
Apa khabar sume?Harap2 sihat hendaknya...Hari nie baru sempat nak update blog dgn n3 menu makanan.Rata2 ramai dah yang mencuba dan tayang apam polkadot nie kat blog masing2...Liza jer yang ketinggalan ketapi wat apam polkadot nie...huhuhu.




 Apam polkadot...first time buat,memang tak mengecewakan.Rupa2nya mudah jer bahan2 yg nak disediakan tu,cuma leceh nak piping wat polkadot dia je tu....Tapi alhamdulillah,tak mengecewakan.Sodap kat tekak sendiri dan ahli keluarga yg lain...hehehe




Liza ikut resepi dari pelbagai sumber.So,oleh kerana malas nak tepek resepi,anda bolelah lihat kat Myresipi yer.Liza guna filling blueberry.......dan letak esen vanila nak hilangkn bau telur tu.





19 April 2011

APAM NASI


Assalammualaikum...................
Apam yg dibuat untuk buke pose semalam......Liza amik resepi dari majalah wanita dolu2 punya.Simple jer....Jom layan gambo dan resepi yg adoo yer....



Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan nasi sejuk + 1/2 cawan air - diblender halus
1 cawan air + 1 paket yis kering (mauripan)
1 cawan gula (Liza kurangkan kepada 1/2 cawan jer...)
Pewarna merah dan kuning

Cara-caranya:
  • Gaul semua bahan menjadi sebati dan tidak bergentel-gentel
  • Bubuh pewarna merah dan kuning (ikut suka anda yer,nak bubuh atau tak)
  • Biarkan kembang dalam 20-25 minit 
  • Pastu kukus sampai masak
  • Taburkan dengan kelapa parut yg digaul garam.









10 Julai 2010

APAM BALIK

Haaaaaaa.......pagi nie teringin bebenor tekak Liza nak makan apam terbalik.....hehehe.Semalam ingat nak singgah pasar malam kat area sini,nak pi beli apam terbalik kat situ...tapi niat di hati terbantut sebab cari2 parking,takde kotak yang kosong...malas nak parking jauh2 semata2 nak beli apam terbalik nie...huhuhu.

So,apalagi,sib baik kat umah Liza nie memang tersedia bahan2nya...memang saje beli bahan dapur awal bulan dengan stok yang banyak,dan lagipun masa makayah ada,dah planning nak cuba buat apam balik nie sendiri...kirenya memang stok yg ada tersimpan baik...hehehehe.Hari nie baru guna stok yg dibeli tu untuk buat APAM TERBALIK di pagi hari Sabtu utk menu sarapan pagi....hahahaha.

Apam balik yang tak balik2 ................sampai hangus berjemur dlm kuali.....hehehe


Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
½ camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil pewarna kuning
1 biji telur
1 ½ cawan air
½ camca kecil baking powder
1 tin jagung manis


bahan tabur
1 cawan kacang tanah (dikisar)-  (saya beli je yang dah kisar kat 
    supermarket)
1 tin jagung
1 cawan gula
Sedikit mentega


Cara:
Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan mesin lagi supaya ianya tidak bergentel. Ambil satu senduk(liza guna cawan kecik jer) dan tuangkan ke dalam kuali (non stick)kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Masaklah hingga kekuningan.


Kacang tanah ready made yang dah dikisar.........(huhuhu,senang dan mudah untuk orang malas cam saya)


Jagung manis dalam tin yang digunakan tuk menambah kesedapan apam terbalik tu..............hehehe.Liza suka letak jagung banyak2 sikit,baru ada ummmphhhh rasa dia. Kalo beli kat gerai/pasar malam...ciput jer dia letak......hahaha

Bancuhan adunan apam balik yang memang cukup2 dapat 4 keping apam balik saiz sederhana besar





Haaaaaa.........tengok tu,betapa banyaknya Liza letak jagung , taburan kacang dan gula kat apam terbalik tu...huhuhu. I like it ! Barulah ummmphhh masa makan apam terbalik nie..............hahahaha

APAM BALIK.................

18 Mac 2010

APAM ENO

Assalammualaikum dan selamat pagi ......

Masa masuk blog kawan2,banyaklah yang buat apam eno nie.Memandangkan ramai yang membuatnya,hati ini terdetik gak nak cubanya.Ini first time aku membuatnya.Memang favorite ku time2 mude dulu Apam tepung beras nie.Tapi kat Johor, lebih dikenali sebagai Apam Eno,sebab jiran sebelah rumah dulu suke buat kuih nie dan berjual,jadi dah terbiasa memanggilnya dgn nama Apam Eno. Tapi bile dah dok jauh di Utara nie, nak mencarinya di pasar-pasar malam sukar di temui. So, bile masuk tengok blog kawan2, apam eno dan menjadi trend, so....apalagi...aku pun cubalah try walaupun ini first time mencubanya.Dan minta izin dari Kak Watie untuk C n P resepinya yang mudah diikuti terutamanya orang malas cam saya nie...huhuhuhu


Apam tepung beras/eno  ~by Kak Watie



Bahan-bahan:


1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno
kelapa parut


Caranya:


Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan gula, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (saya perap 2 jam je sebab dah tak sabar nak mengukusnya dan di makan). Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam .


Gambar nie di ambil sewaktu nak mengukusnya.......tunggu air di kukusan mendidih sebelum mengukusnya.Sebenarnya tak sabar nak menunggu apam nie masak sebab dah lama bebenar nak makannya sebab susah nak jumpa kat utara nie yg menjualnya,so bila dah jumpe resepi dari Kak Wati,haaaa...apalagi,aku pun cuba,try test....hehehe.



Betapa tak sabarnya diriku ini ....siap tunggu dan snap gambar apam nie sewaktu mengukusnya........hahahaha.10 minit lagi time nie untuk siap mengukusnya....Nak tau apa rasanya...maklumlah,first time buat.....hehehe.



Dah siap mengukusnya dan masih lagi dalam periuk kukus....tapi tulah, tak mekar dan kembang cam rakan2 blog lain buat.Tapi takpe,janji sodappppp di makan walaupun first trial.....




Nielah hasilnya setelah diletak kepala parut yang diletak garam.....Adalah rasa masam,manis dan masin....kire seimbanglah......Dan yang pentingnya sodappp di anak tekakku.Walaupun tak secantik apam rakan2 blog,tapi bolehlah...maybe second and third trial nanti marveles lah...Lagipun warna Apam Eno yang ku buat nie tak meriah. Tu pun sib baik ada serbuk coklat,kalo tak memang warna apam eno nie putih sesuci salju.....dan warna coklat tu menjadi penyelamat dan yang penting Apam Eno perasa coklat.........hahahaha.Lain kali nak letak warna hijau merah.....mesti cantik dan meriah......hahahaha.

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails