18 Mac 2010

APAM ENO

Assalammualaikum dan selamat pagi ......

Masa masuk blog kawan2,banyaklah yang buat apam eno nie.Memandangkan ramai yang membuatnya,hati ini terdetik gak nak cubanya.Ini first time aku membuatnya.Memang favorite ku time2 mude dulu Apam tepung beras nie.Tapi kat Johor, lebih dikenali sebagai Apam Eno,sebab jiran sebelah rumah dulu suke buat kuih nie dan berjual,jadi dah terbiasa memanggilnya dgn nama Apam Eno. Tapi bile dah dok jauh di Utara nie, nak mencarinya di pasar-pasar malam sukar di temui. So, bile masuk tengok blog kawan2, apam eno dan menjadi trend, so....apalagi...aku pun cubalah try walaupun ini first time mencubanya.Dan minta izin dari Kak Watie untuk C n P resepinya yang mudah diikuti terutamanya orang malas cam saya nie...huhuhuhu


Apam tepung beras/eno  ~by Kak Watie



Bahan-bahan:


1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno
kelapa parut


Caranya:


Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan gula, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (saya perap 2 jam je sebab dah tak sabar nak mengukusnya dan di makan). Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam .


Gambar nie di ambil sewaktu nak mengukusnya.......tunggu air di kukusan mendidih sebelum mengukusnya.Sebenarnya tak sabar nak menunggu apam nie masak sebab dah lama bebenar nak makannya sebab susah nak jumpa kat utara nie yg menjualnya,so bila dah jumpe resepi dari Kak Wati,haaaa...apalagi,aku pun cuba,try test....hehehe.



Betapa tak sabarnya diriku ini ....siap tunggu dan snap gambar apam nie sewaktu mengukusnya........hahahaha.10 minit lagi time nie untuk siap mengukusnya....Nak tau apa rasanya...maklumlah,first time buat.....hehehe.



Dah siap mengukusnya dan masih lagi dalam periuk kukus....tapi tulah, tak mekar dan kembang cam rakan2 blog lain buat.Tapi takpe,janji sodappppp di makan walaupun first trial.....




Nielah hasilnya setelah diletak kepala parut yang diletak garam.....Adalah rasa masam,manis dan masin....kire seimbanglah......Dan yang pentingnya sodappp di anak tekakku.Walaupun tak secantik apam rakan2 blog,tapi bolehlah...maybe second and third trial nanti marveles lah...Lagipun warna Apam Eno yang ku buat nie tak meriah. Tu pun sib baik ada serbuk coklat,kalo tak memang warna apam eno nie putih sesuci salju.....dan warna coklat tu menjadi penyelamat dan yang penting Apam Eno perasa coklat.........hahahaha.Lain kali nak letak warna hijau merah.....mesti cantik dan meriah......hahahaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails