Memaparkan catatan dengan label KUIH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIH. Papar semua catatan

7 Januari 2016

2016......AZAM BARU DAN CABARAN BARU.................


Assalammualaikum wbt.....

Lamanya I tak sempat update blog nie.....nampak sangat malas dan bz...hehehe.
Apa khabar sume kawan2..harap2 semuanya sihat walafiat dan sentiasa dilimpahi rahmatNya...Amin

Alhamdulillah ,memulakan tahun 2016 dengan ditambahkan usia yang semakin bertambah nombor .Birthday yang disambut pada 3 Jan setiap tahunmembuatkan diri ini semakin matang..sesuailah dengan peningkatan usia.Dan alhamdulillah kerana DIA masih memberi ruang dan waktu untuk terus beribadah padaNya,pada ibu bapa,adik2,suami dan anak2 didik sekalian serta tak lupa juga untuk memberi bakti pada pihak majikan.Alhamdulillah......syukur atas rahmatNya.



Apa-apa pun,azam dan cabaran tahun 2016 ini semakin mencabar....moga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat ku.

Okaylah......sampai sini dulu teaser pertama di tahun 2016 nie,meh Liza payung gambar sikit utk tatapan semua...hehehehe


****************************************************

Taraaaaa.......................donut bulat gebus  yang tak de bentuk orang malas jer buat cam nie..hehehe

v
v
v
v


v
v
v
v


Makan panas-panas lepas kuar dari kuali sebelum tapau ke opis.......perggghhhhh.Malas nak cakap,rasalah sendiri dengan buat sendiri...hehehe

Apa-apa pun,bentuk tu tak penting,yg penting masuk mulut sedap jer dan mengenyangkan........Tahun nie takdenya nak diet2...belasah jer makan,janji sihat...hehehehe.Makan selagi boleh makan.  :)



1 Julai 2014

KUIH NAGA SAKTI????????EHHH...SILAP,NAGA SARI


Assalammualaikum...............

Puasa pertama dan kedua,dapatlah bersama2 dengan mak ayah....hari nie dah berbuka berdua jer dengan Hb...so,makanan pun tak meriah cam makan beramai2...janji alas perut...

Malas nak taip panjang2....biarlah gambar berbicara...daa....


Resepinya : 


KUIH NAGASARI

Bahan-bahan:

1½ cawan  tepung beras
2½ cawan santan pekat + 2 cawan air
½ cawan  gula pasir
1 helai daun pandan disimpul
1 sudu teh garam
pisang montel secukupnya (belah dua)- apa2 pisang pun bole
daun pisang secukupnya- dilayurkan terlebih dulu




Cara:



  1. Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan daun pandan di dalam periuk.
  2. Kacau di atas api yg sederhana selama kira-kira 20 minit sehingga adunan pekat dan masak.(mcm masak bubur som2 tu)
  3. Bubuh 2 sudu makan adunan di atas daun pisang yg telah dilayurkan dan tekankan sekeping pisang keatasnya. Bubuh lagi 1-2 sudu makan adunan diatasnya bg menutupi pisang tersebut lalu bungkuslah dgn rapi.
  4. Kukus hingga masak selama kira-kira 30 minit. 



Sebelum di kukus 



Siap di kukus 

 Tunggu masa untuk ngappppp.......


Sekian...selamat berterawih

1 Februari 2013

TAUHU BAKAR SAYUR


Assalammualaikum wbt...

Nie menu tertunggak...sejak bz ngan keje,masak memasak ala kadar jer.Mood malas memanjang jerk....kalo datang rajinnya baru masak.Nie pun buat benda alah nie pun sebab ada permintaan dari rakan opis.Memasing bawak "potluck" memasing,jadi kitorang makan sama2 bila time BRUNCH...


Menu simple nie hasil ujikaji bila makan kat restoran CHINESE MUSLIM kat area sini, so bila makan...Liza main agak2 jer rasanya camne...masa tu makan dgn 2 orang member opis nie kat restoran CHINESE MUSLIM tu....so kitorang teka2 lah bahan2 yang terkandung dalamnya.....dan akhirnya, kengkawan cabar suruh buatnya utk makan2...so...buatlah jugak dengan bahan2 yang main agak2...hehehe.Walaupun tak sama dengan resepi asal yang di makan kat restoran tu...tapi kengkawan cakap SEDAPPP...hahahaha.Bangga sekejap..(tak taulah kalo diorng nak jaga hati,tapi diorang makan banyak plak tu bila bawak kat opis...rasanya not BAD lah tu kan.....)


Nie resepinya :

3 keping tahu lembut - di hancurkan 
mix veggi - blender halus
bawang merah 2 biji -blender halus
2 biji lada merah- diblender halus
100 g udang basah - buang kulit dan cincang halus
daun bawang dan daun sup- di cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
1 sk Lada sulah 
bawag goreng sebagai hiasan
1 biji lada merah di hiris halus sebagai hiasan
sos cili sebagai pencicah

Cara :
Tauhu lembut di hancurkan.Bahan- bahan yang di blender halus dan di cincang halus,di masukkan sekali dalam tauhu yang telah di hancurkan.Gaul sebati . Masukkan garam ,gula dan lada sulah sebagai perasa.Adunan yang telah di gaul rata dan sebati,di sudu kan masuk dalam acuan kuih cara @ acuan muffin kecil.Ditabur dengan bawang goreng dan akhirnya di bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 20 minit.
Siap dan boleh dihidang dengan sos pencicah kesukaan anda.




Siap...dan akhirnya jadi jugak ikut resepi sendiri dengan merasa menu restoran tu dulu..............






19 Januari 2013

POPIA BAKAR KETAM


Assalammualaikum wbt....

Menu nie n3 tertunggak malam tadi punya....oleh kerana inti utk CRAB  STICK CHEESE PIE  ada lebih , so mlam semalam mengerjakan plak utk POPIA BAKAR KETAM .Menu  bakar2 nie utk orang berdiet...hahaha

Layan gambar2 kat bawah jer yer sebab resepinya yang memang mudah











21 Julai 2012

KUIH DADAR SARDIN


Assalammualaikum wbt.....


Layan gambo je yer.....Tuan tanah malas nak bercerita panjang....
Pastu malas nak tepek resepi....boleh cari resepi kat internet yer...berlambak2...
Resepi yang mudah dan simple dan bole dipelbagaikan....

Daaaa.................selamat berterawih......






20 Julai 2012

BLUEBERRY CHEESE TART...


Assalammualaikum dan salam hari jumaat..........

Nie pun menu tertangguh gak...cer tengok tarikh kat gambar tu...hehehhee.So,jangan ditanya lagi sebab memang dah takde jejak dia......

Dan,first time gak merajinkan diri membuatnya....

ikut resipi bulat2 dari Anna Qawinna...almaklumlah sekarang nie Liza memang suka terjah kat blog Anna yg sekarang makin maju bisnes Kek dan Cookiesnya itew.Tahniah............jadi ,Liza tak teragak2 untuk mencubanya untuk diri sendiri ...




So...oleh kerana malas nak tepek resepinya kat sini,anda bole lah terjah ke blog AnnaQawina yer.....

Nak tau camne rasanya,boleh buat sendiri atau paling malas pun...tempah dengan Anna....(hehehe...Anna,akak tolong promote)





First step : Buat shell tart dulu.....pelbagai size,buat tuk makan sendiri 


Isi plak dengan inti  blueberry 



Pastu...lapiskan plak dengan cheese filling.................



Dan akhir sekali...decorate plak dengan corak2 kat atas filling cheese tu.....pastu masuk oven dan bakar dalam 5-10 min.

Siap dan boleh dimakan panas2.............




18 Julai 2012

POPIA BAKAR


Assalammualaikum wbt...

Alhamdulillah....walaupun dah lama tak update menu2 masak dan makan sejak tak sihat dan bertapa jap mencari penawar diri.....hari nie gagahkan diri tuk update apa yang patut......Jangan di tanya ada lagi atau tak sebab menu tertunggak ni dah hampir seminggu berlalu...Tinggal jejak gambar jer........




Menu popia seperti bahan2 yang biasa cuma nie,Liza bakar dalam oven guna acuan mufin.



Guna kulit popia saiz sederhana .Pastikan ada dua lapisan kulit popia di bahagian bawah sebelum letak inti bagi memastikan inti tidak terlerai / bobos  setelah siap di bakar.



Bila dah siap letak inti, ponjotkan seperti gambar di atas ini dengan di sapu air bancuhan sedikit tepung atau telur.

Pastu, bakar dalam oven selama 20 minit.



Da.............nie yang dah siap di bakar......

Sedap di makan panas2 dan yang penting kurangkan lemak dalam badan kerana makan  makanan yang di bakar tanpa menggoreng guna minyak.....hehehehe







19 Mac 2012

KUIH ABUK-ABUK LOMPANG


Assalammualaikum.................

Ni menu tertunggak semalam,dan baru sempat nak tepek kat sini.Selalu kalo buat kuih abuk-abuk nie,Liza bungkus dengan daun pisang.Tapi disebabkan takde daun pisang,guna jer acuan lompang nie.Malas pun satu sebab takyah nak cucuk lidi.....

Daaa........layan je lah yer.Jangan ditanya sebab dah jadi baja.....kuakuakua...

Ok,copy paste dari resipi kat SINI



Bahan-bahan ( 20 biji  acuan lompang kecil)

3 cawan sagu biji. (1 cawan warna merah,1 cawan wrna hijau,1 cawan warna putih- memang beli yg dah ada warna)
3 cawan kelapa parut putih 
3 sudu makan gula merah dan gula pasir -ikut suka nak letak banyak mana
secubit garam. 
acuan lompang


Cara-cara 
  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2. Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  4. Masukkan setengah campuran sagu ke dalam acuan. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan separuh lagi  campuran sagu untuk menutupnya.
  5. Buat hingga habis. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.



Baru kuar dari kukusan


Sebelum di kukus


4 Ogos 2011

KUIH BOM KELEDEK INTI KACANG HITAM

Assalammualaikum....

Baru berkesempatan nak tepek menu buka puasa tadi...
Sempoi dan mudah.............
Malas ,nak celoteh banyak,layan gambar je lah yer....


Guna bijan hitam......bijan yg warna biasa takdak...huhuhu




Oleh kerana menu yang mudah di buat,Liza tak tepek resipinya......Macam buat kuih bom biasa,cuma Liza gunakan keledek ungu yang direbus ,dilenyek dan tambah sedikit tepung gandum bagi memudahkan untuk di uli bulat2.....dan guna inti kacang hitam
Pastu ganti bijan putih biasa kepada bijan hitam........
Memang sedap sebab bukan Liza puji,tp mrH yg puji...hehehe.Dia kata lain dari yang lain.



Sebelum di goreng....sekali pandang cam telur asin, 2 kali pandang.............?????



17 Mei 2011

PUTU MAYAM




Assalammualaikum dan salam sejahtera di hari cuti 
wesak ini....

Pagi tadi Liza cuba buat try test putu mayam hasil dr tangan sendirik...hehehe.Ikut resepi dari buku masakan IndiaMamak...senang jer bahan2nya...selama nie beli dari gerai mamak dan kat pasar2 malam jer.So,kerana nak uji bakat sendiri...manalah tau(kot2 satu hari diberhentikan keje,at least ada gak bakat nak beniaga putu mayam nie...hahahaha).

Siap beli lagi acuan pelbagai guna yg bole wat 
maruku sekali tu seperti kat bawah nie......



Acuan yg di beli semata2 nak cuba buat putu mayam sendiri...hehehe







BAHAN-BAHAN:

500g tepung beras

1 liter air

100 gram kelapa parut

100 gram gula merah
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1 liter air yg telah didih di campurkan dengan garam dan tuang ke dalam tepung beras. Gaul sehingga sebati.
Perapkan adunan selama 2 jam.
Panaskan pengukus.
Masukkan adunan tepung beras ke dalam acuan seperti di atas tu.Guna bahagian yg lubang2 kecil. Tekan ke dalam pengukus. Kukus selam 5 minit.
Setelah masak, hidangkan bersama gula merah dan kelapa yang 
digaul dengan garam.





Adunan tepung beras yang dah dibancuh dengan air panas dan garam.Pastu perap dalam 2 jam....



Ni Liza cuba try test dulu kat dalam dulang sebelum betul2 di tekan ke dalam pengukus.....


Pastu makan panas2....perggghhh.Nak tau, cuba sendirik.....

Daaaaa..........


NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails