29 Januari 2018

BEEF WRAP


Assalammualaikum wbt...

Hari ni saya sempat buat ni saje untuk bento ke pejabat saya..Tak sempat nak buat menu yg gempak2 .Dapat prepare menu yang simple2,janji perut kenyang.


BEEF WRAF

Bahan-bahan :

4 keping wrap missions (2 untuk saya,2 untuk hbby)
1/2  bj lobak putih , 1/2 biji lobak merah -hiris panjang2
1 bj bwg merah-hiris halus
2 keping burger daging (jenama abg burn yg tanpa lemak)- potong bagi kecil2
Daun salad,tomato ceri dan timun jepun- potong ikut suka untuk diletak sebagai hiasan dlm wrap
Secubit garam & secubit brown sugar,lada hitam

Cara-cara :

Inti :
Grill burger dalam non stik pan sampai masak,-->tak perlu letak minyak sebab akan minyak dr durger daging tu akan keluar.Masukkan bawang merah,lobak putih dan merah.Gaul sebati dan masak sampai bahan2 tu layu.Perasakan dengan gram,lada hitam dan brown sugar.

Masa wrap:
Letakkan salad atas wrap,masukkan tomato dan timun,baru letak inti atasnya.Gulungkan dengan kemas.

Masuk dalam bekas dan bawak bento ke tempat keje anda..siap..Makan bila anda dah rasa lapar...hehehehe

Sekian.

28 Januari 2018

BENTOBOX LAGI...............


Salam sejahtera semua....harap2 semuanya sihat.

Syukur alhamdulillah kerana diberikan kesihatan olehNya untuk berbento lagi ke pejabat..Menu ni dimasak penuh kasih sayang sebab sendirik nak makan dan  dimakan jugak oleh encik husband...Dan yg bagusnya,menu sihat yg dimasak sendiri tanpa wak aji dan perasa msg tu....hehehehe

Bento ke pejabat ni, memang complete dish untuk bekpes,lunch,snacking petang.....malam kang,makan lagi meal ni kalau ada baki lagi yang di simpan kat rumah untuk en husband.Oleh kerana en husband I dah jadi house husband sebab dia bekerja dari rumah,haruslah masak sekali lebih untuk dia kan.Dan ini memang jimat...Dah kira2,menu ni dalam rm20 untuk sekali makan dari pagi hingga ke petang/dinner..Sebab sekali gi supermarket atau pasar,Liza suka berbelanja untuk 1-2 minggu terus punya stok makanan..Jadinya dah budget macam tu,adalah dlm rm20 utuk 2 orang makan kalau masak sendiri setiap hari...




Malas nak tepek resepi...sebab menu nie paling simple...grill,kukus ,rebus....ikut suka hati kau nak buat camne...

Okay..sekian dulu....

Kalau i tak tepek menu bento dan menu masak2 kat rumah time cuti tu ,means that I is puasa dan masak ala kadar untuk alas perut..jadinya menu tak gempak sangat,I tak update dalam blog hokayyyy....





23 Januari 2018

NASI GORENG BUNGA KANTAN


Assalammualaikum wbt....syukur alhamdulillah,diberi kesembuhan dan kesihatan yg baik pada hari ini setelah hampir 2 hari kena vertigo...Dan syukur gak,hari ni dah lalu nak makan...hehehe

So, hari ni..Menu bento saya ke perjabat ......Nasi Goreng Bunga Kantan tanpa minyak,Ikan bakar sambal ,ulam timun dan kimchi..Buah persimon dan epal untuk snacking antara waktu makan dan petang.


NASI GORENG BUNGA KANTAN
(untuk 2 orang makan)

3 senduk nasi beras perang
1 btg bunga kantan-hiris halus
1bwg besar,3 ulas bwg putih-dihiris halus
Brokoli dan kobis bunga - ikut suka nak banyak mana untuk dimasukkan dlm nasi goreng tersebut
1 mangkuk kecil mix veggi-ada kacang pis,jagung dan carrot
Garam secukup rasa
2 sb lada hitam kisar
1 bj telur
2 sb air untuk menumis...hehehe..tanpa minyak hokayyy
trylah cuba kalo nak tau.....

Cara-cara:
2 sb besar air dimasukkan dlm kuali nonstik,masuk bahan2 yang dihiris halus.Masak sampai bahan ni sebati dgn air,baru masukkan sayur-sayur brokoli,kobis dan mix veggi.Bila sayur2 tersebut layu,masukkan garam dan lada hitam kasar.Akhir sekali masukkan nasi dan kacau hingga semua bahan sebati dan masukkan telur.Kacau hingga sebati dan masak.Kalau kurang masin,suka hati anda nak letak perasa atau kicap bagi nasi goreng ni rasa sedap...hehehe


Ikan bakar sambal tu,masak cam biasa .Cili kisar yang dah diperasakan garam dan asam jawa,lumurkan pd seluruh badan ikan,dan bungkus ikan tersebut dalam aluminium foil.Bakar dalam air fryer....boleh gak masukkan dalam oven atau bakar atas dapur gas.

********************************************

Okay..untuk mengalas perut yg lapar,bawaklah buah-buahan sebagai snacking kalau time waktu 1-2 jam lepas makan tengahari tu,tetiba rasa nak makan sesuatu..Jadi,kunyahlah sesuatu yang healthy....hahaha

Sekian....menu bento ke pejabat saya yg saya rasa healthy untuk saya..Kalau rasa ok,boleh gak anda cuba bawak bento dgn menu ni ke tempat keje anda plak.



22 Januari 2018

BILA KAU KENA VERTIGO...TERASA DUNIA BERPUTAR NI ,KAU YANG PUNYA....

tQ google..


Assalammualaikum wbt...

Semalam dan hari ni ,liza tak berbento....Semalam mc sebab di serang vertigo.Loya,nak muntah,kepala berputar,mata berpinar.........terasa bak dunia ni kau yang punya..hahaha..Semua berputar macam gasing..sib baik ada shuben,boleh tolong drive bawak gi klinik.

Dan,Liza hanya lalu makan bubur kosong jer...huhuhu..

Kalau sape2 nak tau apa itu VERTIGO...silalah rajin2 google yer..

Sekian,nak rest dulu..Tak bleh tengok pc dan hset lama2,mata masih lagi rasa berpinor dan kepala ada pusing sikit...

DOAKAN SAYA CEPAT SEMBUH YER DARI VERTIGO ni.....

TQ sudi baca...





20 Januari 2018

ASAM PEDAS KIMCHI


Assalammualaikum dan selamat petang hari Sabtu..

Hari minggu ni takde aktiviti bersiar2 atau window shopping dengan mrHbby..So,Liza praktikkan skill di dapur..hahaha

Ok..Menu hari tak berbento, just simple jer..

ASAM PEDAS KIMCHI

Bahan-bahan :

4 ketul ikan merah
2 senduk cili kering yg telah dikisar bersama 2 bj bawang merah ,6 ulas bwg putih,1 inci halia
2 cawan air
Garam secukup rasa
Gula perang secukup rasa
1 sb minyak zaitun untuk menumis
2 sb kimci dan sawi jeruk
1 bj tomato sbg hiasan

Cara-cara :

Tumis cili blender dgn minyak zaitun.Kacau hingga kering.Masukkan air ,kimci dan sawi jeruk.Tutup periuk bagi didih.Akhirnya masukkan ikan dan perasakan garam gula hingga air mendidih sekali lagi dan ikan masak sepenuhnya.Saya tak letak asam jawa sebab kimci dan sawi jeruk dah ada rasa masam.Hiaskan dengan tomato.Kalau sesiapa suka letak perasa ajinomoto/msg,silakan,ikut kesukaan masing.Saya memang tak suka guna msg.




Sila makan selepas 1 jam masak bagi ikan tu serap dan sebati kuahnya,barulah umpphhhh....Kimci tu saya tak reti nak buat,saya just beli kat pasaraya Tesco yang ada jual.Tapi sesiapa yg rajin nak buat kimci,silalah google resepinya.

Nilah kimci yang saya gunakan untuk asam pedas ni.

v
v
v
v





Daaaa...sekian.

Selamat berhujung minggu.




18 Januari 2018

SUP AYAM ORGANIK DENGAN ARROWHEAD


Hai....

Hari ni takde bento sebab I is puasa.So,buat menu buka pose yang paling simple dan yang penting #healthymeal.

Oleh kerana nak abiskan stok arrowhead yg dibeli,terpaksa lah buat menu sup ayam organik dengan arrowhead.Jadinya tak perlu lagi letak kentang..



Resepi Sup Ayam Organik dgn Arrowhead

Bahan-bahan :
Setengah ekor ayam organik 
4 bj arrowhead -belah 4
1 bj bwg merah,2 ulas bwg putih,1 inchi halia -hiris halus
2 sudu besar lada hitam kisar kasar
Brokoli ikut suka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:
Liza rebus semua bahan kecuali brokoli dalam periuk dengan air secukupnya.Bila dah didih dan arrowhead dah empuk,masukkan lada hitam , garam dan brokoli.No msg yer sebab sup tu dah rasa manis dengan rebusan ayam tu sendiri..

Senangkan................hahahaha

Pastu,Liza makan dengan 2 kpg roti wholemeal.Konon2 mau diet tanpa mkn nasi....hahaha.Tapi,sama je kalori nasi dan roti tu..

Untuk roommate ,Liza masakan seperiuk nasi..Tak abis,bole buat nasi goreng untuk sarapan dia nanti....

Sekian......chow dulu,


17 Januari 2018

CHICKEN RAMEN


Assalammualaikum wbt...

Apa khabar semua....??Jangan pernah jemu nak skodeng blog Liza ni yer...Maklumlah,time waktu bekerja Ahad -Khamis,Liza asyik tayang menu bento ke pejabat jer....hehehe..Saje jer sebab malas nak tepek aktiviti harian di pejabat sbb kalau namanya keje,bz memanjang dengan keje jer..Ni pun curi2 masa tuk update kat blog untuk tunjuk menu bento jer.....

Menu yg di masak untuk bawak bento ke pejabat ni,memang untuk pagi-tengahari-petang..Malam tu kdg2 minum susu low fat saje kalo lapar..Tengok keperluan perut...hahahaha

Sndwich tuna untuk menu pagi dan petang.Chicken ramen tu untuk menu tengahari.Buah-buah dan yogurt untuk snacking time....

Yang penting,menu ni bagi perut kenyang..bukan menu dieet sgt pun..hehehehe..Apa yang perlu diambil kira,bila kita masak sendiri di rumah,kita tau penggunaan garam gulan dan perasa.Tapi,menu Liza memang kurang garam dan gula.Perasa lagilah,tanpa perasa bagai dan MSG....Nak sihat punya pasal,apa yg kita makan itulah yg menentukan tahap kesihatan kita...YE TAK?????


Oklah,nak tepek menu chicken ramen yang Liza buat ni..



CHICKEN RAMEN

Bahan-bahan :
150 g Mee Ramen (contoh mcm dlm gambar atas tu)-cuci dengan air dan toskan
1 bj bawang merah, 2 ulas bwh putih,3 tgkai cili merah -dihiris halus
1 sb minyak zaitun
2 keping dada ayam-di potong dadu
Brokoli dan cendawan tiram -di potong dadu
1sk kicap manis
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1.Panaskan minyak zaitun dalam kuali .Masukkan bahan2 yg dihiris halus dan juga ayam.
2.Perasakan dengan kicap dan garam,baru masukkan sayur brokoli dan cendawan.
3.Masukkan mee ramen dan gaul rata.

Mee ni lagi sedap dari mee kuning biasa tu sebab takde rasa kapur....


16 Januari 2018

TORTILLA TUNA GULUNG

Assalammualaikum wbt...hai..selamat petang.

Menu bento saya pada hari ni,menu yang paling sempoi..tapi mengenyangkan...

v
v
v
v

 Tortilla Tuna  Gulung

Bahan-bahan
2 kpg tortila wrap 6 grains (jenama Mission )
4 sudu besar tuna in water (Liza guna  ayam brand)
2 bj bwg merah,2 ulas bwg putih dan 3 tgkai cili merah -hiris halus
1 sb minya zaitun
lada hitam dan gram secukup rasa

Cara-cara
 Tortila WRAP tu panaskan di atas kuali non stik tanpa minyak.Angkat dan ketepikan
Letak minyak zaitun dlm kuali.
Masukkan bwg merah,bwng putih dan cili merah yg telah di hiris.
Masukkan tuna dan kacau rata hingga sebati.
Perasakan dengan lada hitam dan garam.
Angkat dan biarkan sejuk.
Tortila tu di belah jadi kepingan kecil.Masukkan inti tuna yg sudah sejuk.
Dan gulungkan sehingga habis.





Condiments yg lain untuk dimakan sekali adalah,strifry arrowhead dengan kobis bunga,kacang peas dan jagung steam diperasakan dgn lada hitam dan garam.

Buah-buahan dan yogurt utk snacking...




Sekian...wassalam




15 Januari 2018

DAGING BLACK PEPPER WITH ARROWHEAD


Assalammualaikum wbt...

Apa khabar semua..moga berada dalam lindunganNya...
Hari ni takde bento sebab puasa..So,just sempat tepek menu berbuka pose hari.


Buah arrowhead @ngaku ni,hanya ada bila dekat2 raya cina,so...apa lagi ,belilah sekilo untuk buat masak2 dan makan2...hehehe

Ni menu buka puasa Liza tadi...just simple dish,yang penting kenyang dan memenuhi misi diet sihat...hahahaha



Resepi Daging Black Pepper with Arrowhead

Bahan-bahan:
 3/4 kilo daging batang pinang (cukup 2 org makan)
5 biji arrowhead -potong dadu
2 biji bawang merah,2 ulas bawang putih dan 3 tangkai cili merah - di racik halus
2 sb minyak zaitun untuk menumis
garam dan lada hitam (dikisar kasar) - secukup rasa
2 sb kicap manis cap kipas udang
1 cawan air

Cara-cara :

Tumiskan bawang2 dan lada yang di racik halus dalam kuali yg diletak minyak zaitun.Kacau sampai naik bau, masukkan daging dan masukkan arrowhead.Masukkan kicap dan air.Tutup kuali bagi daging empuk dan arrowhead masak dengan lembut.Perasakan dengan garam dan lada hitam .Matikan api bila daging sudah empuk dan lembut.Hidangkan panas2,boleh makan dengan nasi atau roti.

Pastu hiaslah bagi menarik untuk di makan...hehehehe





Sekian dulu.....

Selamat beradu...



14 Januari 2018

BUBUR OAT


Ni bento saya tengahari tadi.....baru sempat nak upload kat sini....


Resepi Bubur Oat 

Bahan-bahan
2 sudu besar rolled oat
1 cawan air
1 bj bawang merah,2 ulas bwg putih,2 tgkai cili merah - hiris halus
Kobis bunga dan brokoli- sebgai taburan hiasan atas,tp digoreng dulu
1 sb minyak zaitun
Lada hitam , garam -secukup rasa

Cara-cara
1.Tumis kan bawang merah,bwg putih dan lada dengan minyak zaitun.
2.Masukkan oat dan air
3.Kacau oat sebati hingga didih.Perasakan dengan garam dan lada hitam.
4.Gorengkan kobis bunga dan brokoli tanpa minyak dan taburkan dalam bubur oat.
5.Hidangkan dan makan masa panas-panas.

Sedap......lebih sedap dari bubur nasi biasa tu.




Cukup makan semangkuk tu untuk tengahari.Tahan kenyang sampai pukul 4 ptg..Kalau lapar lepas tu,makanlah buah plak...hahaha

Azam 2018 nie,mau makan yang healthy meal untuk comelkan body......

Sekian dulu...

GOOD MORNING,IT'S SUNDAY.........................

pic from google ..Tq google

Assalammualaikum wbt...Selamat pagi Ahad..Moga kita semua  berada dalam lindunganNya dan sentiasa sihat dan ceria selalu.

Setelah 5 hari outastation dan selama tu tak sempat nak update blog dan tunjuk menu bento ,so hari ni just tunjuk dulu menu sarapan Liza pada pagi ni..

Menu healthy diet...hahahaha☺☺☺


2 keping roti multigrain gardenia , 1 biji pisang , 1 sb peanut butter homemade , 1 cwn susu low fat FarmFresh.....ermmm,alhamdulillah,memang kenyang...

Kul 10.30am -11.00am ,kalau lapar,kunyah lah buah epal sebiji sementara nak tunggu makan tengah hari.

Dan semestinya,menu tengahari,Liza dah siap2kan bento dari rumah...

Nanti2,Liza teprk menu Bento tengahari hingga ke petang yang di bawa dari rumah.Target tahun 2018 nie,disamping berjimat bawak bento/bekal dari rumah,dapatlah eat healthy meal ,kurang2 boleh diet hingga dpt berat yang ideal..hahahaha.

Ok,chiaowww dulu..Nak buat keje dulu......


8 Januari 2018

SEMALAM DAN HARI NI PUNYA BENTO...


Assalammualaikum wbt...

Hai,ketemu lagi kita di hari bekerja  ni..hehehe.
Waktu cuti,jumaat dan sabtu,blog Liza akan bercuti dari mengepost pic2 makanan atau apa saje sbb tuan tanah nak berehat..hahaha..Time hari bekerja je,akan rajin mengepost menu2 BENTO/BEKAL  ke pejabat..

Menu bento untuk hari semalam,Ahad (7.1.2018 ) adalah seperti di bawah.

v
v
v
v

 Putu mayam homemade dan buah epal hijau untuk tengahari dan snacking petang.

Putu  mayam boleh ikut resepi ni..PUTU MAYAM

Saya jugak guna  cara paling mudah.

Bahan-bahan :
Bihun Faiza
Air (untuk merendam bihun)
Gula merah @ Melaka
Kelapa parut putih 


Cara-cara memasak :
Rendam bihun FAIZA dengan air sejuk selama 20 minit.
Toskan dalam penapis
Letakkan bihun Faiza yang telah di tos kedalam pengukus. Kukus selama 10 minit.
Hidangkan semasa panas dan makan bersama gula merah @ Melaka serta kelapa parut putih
  
ni bee hoon faiza yg saya guna
v
v
v

############################################

Dan ni bento saya pada hari ini(8.1.2018 )..... 






Saje nak berbento hari2 ke tempat keje..demi penjimatan di tahun 2018..hahahaha

Dan ni plak.....menu sarapan pagi saya di rumah sebelum ke pejabat.

v
v
v
v


Matcha Peanut butter homemade tu saya beli dari Dapur Sihat.....sape2 yang berminat tu,bolehlah jenguk dan beli..memang sedap,tanpa gula,yg penting healthy.

###########################################

Sekian dulu...



NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails