Memaparkan catatan dengan label ROTI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ROTI. Papar semua catatan

3 Julai 2014

ROTI JALA & KARI DAGING


Roti jala and the geng....

Nie n3 tertunggak...semalam punya cerita menu.

Malas nak tulis panjang2,sebab jari jemari pun pose...jadinya dia pn malas nak taip lebih2...
so....

biarlah gambar berbicara sendiri.........

hasil air tangan orang malas...camnielah jadinya...


Daaa......




Roti Jala ....ermmmm malas nak lipat elok2,...biar nampak rambu rambanya...baru ada feel nak makannya nanti bila cicah kari kat bawah nie...

v
v
v
v
v
v


Kari daging


Sekian dulu....

Selamat berbuka

17 Januari 2014

TORTILA GULUNG


Assalammualaikum dan salam sejahtera...Moga pagi Jumaat yang mulia nie,semuanya berada dalam lindunganNya....insyaallah...AMIN.

Pagi hari cuti nie,layan jelah menu orang malas....................resepi yg mudah,so malas nak tepek resepi kat sini....anda carilah sendiri yer..berlambak resepinya kat laman2 web........almaklumlah zaman IT...INFO di hujung jari sajer.................hehehe





Lawankan dengan Kopi Radix (for my H) dan untuk diri sendiri plak,minum AIR SUAM PANAS jer(dlm TUPPY princess tu)............konon2 diet gula bagai,tapi tu tengok kandungan karbo yg tinggi dlm tortila tu..............hahaha...takpe,menu sampai tengah hari nie......berbaloi kenyang...


Daaaa..............sekian dulu..


20 Julai 2013

ROTI HIMPIT SEMPOI...ALA2 ROTI HIMPIT AYAMAS TU.......


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...........

Baru sempat nak tepek menu berbuka hari nie.....

Dah 10 hari berpuasa, 10 hari jugak lom menjejakkan kaki ker Bazar Ramadhan...sebab tahun nie mencabar diri sendiri agar masak menu2 sempoi jer tuk berbuka tahun nie...gi  Bazar nanti,macam2 yang nak di beli...last2 masuk cik tong kalo tak abis....kan membazir namanya...masak sendiri boleh budget dan agak2 cukup untuk sampai ke sahur atau tak.....hehehe

Dan kalo Liza tak update menu berbuka kat blog nie, tu tandanya hari tu masak yg memang sempoi, yang malu nak tunjuk kat blog...

Ok...menu yang sempoi nie memang teramat sempoi...walaupun balik keje dekat kul 5.30,sempat gak prepare menu2 yang simple dan sedap kat tekak sendiri....janji boleh makan....

Jom layan gambar2 yang tak semewah orang lain berbuka sampai 3-4 jenis lauk.....sempat masak 2 jenis jer...kalo terlebih rajin,paling banyak pun 3 jenis...hahaha


Bahan-bahannya yang mudah :

3 ketul roti 
3 btg sosej berkeju jenama SAUDI GOLD
Daun salad
1 biji tomato
Mayonis
Sos cili

Cara-caranya yg lagi sempoi :

Kukus sosej tersebut sehingga masak( dia mengembang -sila jangan membayangkan yg bukan-bukan yer...hehehe).Susun daun salad atas roti yang di belah tanpa memutuskan kedua-duanya.Letak tomato,dan letak sosej kukus tadi.Letak mayonis dan sos cili ikut kretiviti anda......Siap.....senang bangat,maklumlah orang yang membuatnya pun suka yang mudah dan pantas.Tapi ...sedap di makan....


Dan sempat gak buat menu sempoi lagi mengenyangkan perut seperti picture kat bawah............

######################################################






Dan...telah membuktikan yang orang berkerjaya pun boleh masak seperti suri rumah sepenuh masa gak..cuma rajin dan malas jer yang membataskannya...sekian dulu....

Wassalam......daaaa....nak tido dulu, esok pepagi nak bangun sahur......

12 Julai 2013

ROTI SARDIN BUNGA


Selamat malam sume....

Nak tunjuk kat sini  menu orang malas dan sempoi....



Bahan-bahannya :

10 keping roti gardenia
acuan mufin
inti sardin - ikut suka anda nak wat camne,buat cam inti tuk sandwich pun bleh...

Cara-cara : Susun roti kat acuan mufin seperti gambar kat bawah,letak inti sardin kat tengah2nya.Pastu bakar.Setkan dalam masa 20 minit dengan suhu 150 darjah......Jangan sampai garing sangat,nanti roti keras.
Siap dah menu orang sempoi dan malas,janji boleh di makan....hahaha.





****************************************************************


Menu berbuka hari nie jugak  :


Oleh kerana kejadiannya yang membukit sangat,tapi rasanya memang sodap...mungkin sebab di kukus dengan suhu yang tinggi jadi dia naik dengan memberangsangkan...bentuk cam cendawan pun ada......


Anda google lah resepinya yer.....Liza ikut kat SINI...tapi buat versi kecik2 kat acuan kecik2...




Menu sempoi untuk orang yang malas cam saya...tapi sebab mak ayah ada kat rumah ,terpaksa merajinkan diri gak membuat menu yang sempoi ini dengan penuh rasa keikhlasan, barulah aroma kesedapannya terserlah...hahahhaha...



SEKIANNNNNNNNNNNNNNNN




3 Julai 2013

BEBOLA ROTI GORENG BERKEJU




Assalammualaikum wbt...

Lama tak tunjuk menu masak apa hari nie.....????Hehehe...so, layan jelah menu minum petang merangkap malam nie...Mak Liza punya resepi masa belajar kat KEMAS....boleh tengok resepi lama Liza yang di tepek kat sini (Kat resepi nie,macam mana tah gambar yang ada di blog nie terhilang dan terdelete.........huhuhu) dan boleh jugak jengok kat  blog HANAMEMORIES yang buat lagik cantik dengan menggunakan resepi mak Liza nie.

Bahan-Bahan 

14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil 
2 biji telur (saiz besar) 
3 batang cili merah (potong kecil2) 
1 biji bawang besar (dadu halus2) 
sedikit daun sup/bawang (hiris) 
2 sudu teh serbuk lada putih

3-4 keping keju cheddar yg dihancurkan 
garam secukup rasa
perasa ikan bilis 
minyak utk menumis 


Cara: 


Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar.  Kemudian masukkan telur,  cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang dan jugak keju. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan  lada putih serbuk .Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari. 







Selamat menjamu mata.......................bebola roti nie tak membentuk bulat2 dengan cantiknya sebab tuan yang buat,malas nak gentel betul2...bulatkan ala kadar jer...janji boleh goreng dan makan...

Daaaa.........selamat malam.




24 Mei 2013

GARLIC BREAD AND POTATO SOUP


 Assalammualaikum wbt dan salam pagi Jumaat .Selamat bercuti dan merehatkan diri di rumah masing-masing..Dan alhamdulillah,lama tak berupdate blog yang sweet ini dengan n3 masak memasak.So,hari cuti nie sempatlah buat apa yang patut dan panaskan dapur dengan aktiviti sarapan pagi tadi.Dan ,menu sarapan untuk hari cuti ni....menu western yang tak berapa gempak.Maklumlah,empunya diri makin bz bila dah mengajar balik nie....kdg2,mrH makan apa yang ada jer kat dapur....bini dia dah balik keje kul 6.30 ptg hari2 dah malas nak masak...kadang2 makan maggi jer,kesian kan.....Paling baik pun,Liza sempatlah order jer kat restoran...nasi ayam atau nasi daging merah USA....isteri mithali kan,kenalah buat camtu.........hahahaha


 
POTATO SOUP 

5 biji kentang sederhana-dibuang kulit 
1 biji bawang merah 
1 ulas bawang putih 
1/2 tin susu cair
1 sudu besar mentega
1 sk lada hitam
garam/gula secukup rasa
1/2 kiub pati ayam
1 sb herba oregano
1 sb tepung jagung 

Caranya:
Rebus kentang hingga empuk dan ketepikan.Lenyekkan kentang hingga halus.Tumis bawang merah dan bawang putih menggunakan mentega dalam periuk. Masukkan  susu cair.Masukkan pula kentang yang dah lenyek tadi.Perasakan dgn garam gula, lada hitam dan kiub ayam.Masukkan tepung jagung.Kacau hingga sedikit pekat atau ikut citarasa.Hidangkan masa panas....


GARLIC BREAD
1 batang roti perancis - di potong kecil (dapat 9 potongan kecil)
1 sb mentega
2 ulas bawang putih-di parut halus
1 sk herba oregano

Cara - Campurkan bawang putih yang telah diparut ke dalam mentega.Masukkan herba oregano untuk dapatkan baunya.Gaul rata dan akgirnya sapuan mentega bawang putih ini di sapu atas roti perancis yang telah di potong kecil.Susun dalam dulang pembakar dan masukkan dalam oven selama 3 minit .Siap di hidangkan untuk di makan bersama POTATO SOUP.


Roti nie terlama sikit membakar diri dalam oven...jadi,memang nampak rentung sikit.....sakit gigi kalo makan gitu saje...tapi kalo dah celup dalam sup,ok jerlah........SEDAPPPPPPPPPPPPPPP. MrH puji sedap sebab dia kata dah lama tak makan apa yang Liza masak...huhuhu.Perli tu, sebab lama tak masak.............




Oleh kerana guna laptop hubby,my "watermark"yang cun tu  kat laptop sendirik...jadi,sume gambar2 nie takdelah watermark yg cun tu.........
Apa2 pun............hari nie nak rehat puas2......

Daaaa..........

4 Disember 2012

PIZZA LIZZA....guna PEMANGGANG AJAIBKU


Assalammualaikum...wbt..

Apa khabar semua kengkawan...Lama benor blog nie menyepi seketika...Dan alhamdulillah,tuan tanah dah semakin sihat dan boleh meneruskan kerja dgn izinNya....dan bulan Januari 2013 nanti, Liza akan naik keje semula sebagai tenaga pengajar setelah bercuti lama mengejar ilmu.....Insya-Allah,DIA permudahkan segala urusan....Buat pengetahuan semua,giveaway yang Liza anjurkan untuk kengkawan tu, HOLD dulu sbb Liza akan buat GIVEAWAY yg lebih gempak dengan hadiahnya yg lagi menarik kerana ada souvenir dari oversea yang akan menyusul...Liza akan umumkan dalam waktu2 yang terdekat nanti sempena ANNIVERSARY BLOG dan juga ULANGTAHUN SERTA DOA KESYUKURAN kelahiran Liza....Untuk folower dan juga bukan follower...sesape jer boleh join.TUNGGGGGGGGUU

So...layan dulu PIZZA LIZZA nie yang dibuat untuk berbuka semalam...
So simple and easy tuk orang yang kurang rajin macam saya..............hehehe







BAHAN-BAHANNYA:


Tumis bahan-bahan yang telah sediakan seperti :
Daging kisar,mix veggie,sos PREGO,bawang merah dan putih -yg dicincang halus,serbuk cili satu sudu.Perasakan dengan garam dan gula.Gaul sebati hingga masak dan
sejukkan.


Flexi pastry (sebab Liza malas nak uli roti-guna yang sedia ada di kedai,guna jenama KAWAN),chicken hotdog dipotong halus,sepeket keju mozarela ,dan oregano tuk tabur kat atas topping nanti.


Taburkan seperti gambar atas nie..
Dengan guna PEMANNGAN AJAIB ARE IKAN nie...masak PIZZA nie tak tunggu lama...5 minit dah siap...


Ready untuk di bakar ...letak kat dapur gas jer...Pastikan tutup yer....pastu terbalikkan pemanggang di belah satu lagi ..biar bahagian TOPPING PIZZA masak dengan garing....Saya suka bahgian TOPPINGnya garing...terasa mozarelanya yg garing dan sedapp jer bila masuk kat molot...



Siap di masak dengan jayanya ...hanya 5 min sahaja...mudah dan takyah guna oven yg bagak besar tu kalo setakat yang nak makan pizza Lizza nie hanya 2 orang sahaja kat rumah.


Ok...choww dulu...





13 Mac 2012

KRAKER LAPIS DAGING

Assalammualaikum dan slamat malam........

Dah lama tak nunjuk n3 masak memasak...So,oleh kerana rajin malam nie,menu makan malam yg sempat Liza buat seperti kat bawah yer....Ramai kengkawan blogger masakan dah banyak menayangkan kat blog masing2....Liza jer yg ketinggalan ketapi tuk tayangkan kat sini...huhuhu..Takpe,...........biar lambat asalkan selamat..(hahahaha,tak masuk/kena langsung utk n3 nie)

Jom layan gambar nie je yer...resepi seperti kat SINI, tapi Liza gantikan roti dengan biskut kraker cap ping pong.Resepi sempoi untuk orang tak rajin macam I...hehehe

Kalo nak tengok yg lagi best punya resipi,boleh tengok Norzailina Nordin.



Bahan-bahan :sumber resipi dari SINI

1 bungkus biskut krim kraker 
400 g daging kisar 
3 biji kentang-dipotong dadu kecil2
2 sb rempah kurma-bancuh dgn sedikit air
1 sb serbuk cili
1 biji bawang besar dicincang halus
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin susu cair
Keju mozarela -ikut suka nak letak kat atas biskut  -Liza tak letak sebab malas nak beli
3 sb minyak zaiton untuk menumis
Garam dan gula

Cara-cara:

Untuk inti: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan merah hingga naik bau.Masukkan rempah kurma dan serbuk cili.Kacau rata dan masukkan daging.Perasakan dengan garam dan gula.Masak hingga kering dan sejukkan.

Untuk roti lapis :  Biskut direndam sekejap dalam susu  cair ,susun biskut  di bahagian dasar loyang hingga tiada ruang kosong.Taburkan inti daging di atasnya .Buat lapisan seperti kaedah tadi hingga abis semua bahan-bahan tadi.Bakar dalam oven selama 45 minit atau sehingga masak.Hidangkan dengan sos yg anda suka.Makan gitu saje pun sodap.....





Sebelum di bakar dalam oven


Ngah membakar diri...............




24 Februari 2012

SWEET BUN....EDISI LAYAN GAMBAR JER YER.....










Malas nak tepek resepi sebab ikut bulat2 dari ebook ROS JINTAN MANIS ...........Tapi sebab tak rajin sangat,Liza main letak kat BM jer....Dia yg tolong uli......

Dan hasilnya seperti gambar kat atas,dan memang sedap dan lembut jer.Kuar dari oven panas2, 3 ketul roti boleh habis dlm masa 5 minit...Gelojoh kan...hehehhee...

Daaaa..............selamat malam..




17 Disember 2011

ROTI LAPIS DAGING


Assalammualaikum wbt semua..........moga sihat2 selalu..


Ermm menu nie Liza buat petang semalam sebab nak beri kepada kawan yang banyak membantu...Resipi yang mudah dan sempoi untuk orang2 yang tak rajin sesangat sejak akhir2 ni disebabkan tak berapa sihat,tapi gagahkan jua kalo bab2 makan nie...hehehehe.




Meh layan resepi nie....


Siap di potong dan masuk bekas untuk 2 orang kawan Liza.

Bahan-bahan :
1 bungkus roti gardenia yg kecil 
400 g daging kisar 
2 sb rempah kurma-bancuh dgn sedikit air
1 sb serbuk cili
1 biji bawang besar dicincang halus
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin susu cair
Keju mozarela -ikut suka nak letak kat atas roti 
3 sb minyak zaiton untuk menumis
Garam dan gula

Cara-cara:

Untuk inti: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan merah hingga naik bau.Masukkan rempah kurma dan serbuk cili.Kacau rata dan masukkan daging.Perasakan dengan garam dan gula.Masak hingga kering dan sejukkan.

Untuk roti lapis :  Roti gardenia direndam sekejap dalam susu  cair ,susun roti  di bahagian dasar loyang hingga tiada ruang kosong.Taburkan inti daging di ataskan.Lapiskan plak dengan keju mozarela.Buat lapisan seperti kaedah tadi hingga abis semua bahan-bahan tadi.Bakar dalam oven selama 45 minit atau sehingga masak.Hidangkan dengan sos yg anda suka.Makan gitu saje pun sodap.....


Sebelum masuk oven......Oleh kerana malas nak simpan keju mozarela yg berbaki tu,Liza letak kat atas roti tu penuh2...biar mewah dengan keju...huhuhu


Lepas kuar oven....oleh kerana berangan sekejap,roti tu hangus sebelah...tapi ,kalo ikut tekak Liza,yg hangus2 tu lagi sodap....garing jer....



NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails