13 Disember 2019

CUTI-CUTI SAMBIL MENYIAPKAN INI



Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua.

Dah 2 hari cuti smata-mata nak siapkan benda alah ini..Syok sungguh memecahkan "otak" untuk menulis dalam jangkamasa yang pendek...Inilah dia buat kerja di saat-saat akhir.



12 Disember 2019

RATIB HADDAD



Assalammualaikum wbt...

Sejak setahun mengembalikan diri bersujud dan kembali padaNya dengan belajar  di Madrasah berhampiran tepat tinggal.Alhamdulillah,Allah bagi saya sembuh sebenar-sebenarnya dari segala gangguan .Syukur................Apa yang boleh saya katakan,wirid dan Ratib al Hadad yang ustaz dan ustazah bagi amalkan dengan bersanad ( amalkan setiap hari lepas solat.)..itulah powernya dan berkuasanya ayat Quran.Yang penting yakin bahawa Allah berkuasa atas segala-galaNya.Makhluk tak mempunyai kuasa,segala yang berlaku adalah ketentuanNya.DIA yang datang penyakit,dan DIA juga lah yang maha pemberi kesembuhan.Kita sebagai hambaNya yang kena berusaha mencari kesembuhan dariNya dan bersujud sebenar-sebenarnya pd Allahurobbi..Allah Maha Besar,Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Boleh dengar dalam you tube seperti kat atas tu...Atau anda boleh download dari pdf yang ada di website..Sape yang berminat nak yang dalam bentuk...boleh pm saya..nanti saya bagi dalam bentuk pdf..

*Note:Mula-mula saya amalkan,memang saya rasa sangat-sangat malas,mata mengantuk,dan terasa ada benda bergerak-gerak di bawah permukaan kulit dan saluran darah saya,tapi saya teruskan dan yakin bahawa Allah bersama saya..Saya baca wirid tu,sambil tadah air dalam bekas.Pastu air tu saya minum  sebagai air penawar.Saya cari kesembuhan sendiri dengan amalkan baca wirid ni.Tak perlu lagi jumpa para perawat sebab saya sudah yakin dengan aya-ayat quran setelah kembali belajar semula mencari diri saya yang hilang...*

11 Disember 2019

BERTAPA DI RUMAH...SYOKNYA CUTI


Assalammualaikum wbt dan selamat pagi

Saje nak habaq yang hari ni dan esok,saya cuti......Saya nak release stress sambil tengok tv...hahahha

Ok....

Kalau nak caya lagi,saya cuti  sambil cuci mata kat sini...

v
v
v

Penangan 12.12  yang akan bermula esok.....hahaha


Ok bye......



10 Disember 2019

MENU DIET SIHAT


Assalammualaikum wbt....

Apa khabar sahabat-sahabat alam maya...Semoga semuanya berada dalam lindungan Ilahi dan berada dalam rahmatnya.

Hari selasa yang malas ni,Liza malas nak taip panjang-panjang.

Biarlah gambar berbicara di blog ni...Kekangan masa dan tak dan nak berlama-lama depan pc..






Menu bekpes pukul 10 tadi...

Roti canadian purple + 1 sk chunky peanut butter + sebiji pisang  = sedap sangat...hahaha




v
v
v
v
v


 Dan menu lunch dan snacking 

Ayam steam brokoli kobis bunga=(segala mak nenek sayur masuk sekali,sebab malas nak masak sayur lain)..hahaha.




#Menudietsihat
#Misikebaya2020
#senangberibadah

Sekian dulu.....daaaa..selamat menjamu mata..


9 Disember 2019

BUKA BUKU BARU....,...SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN

Memori ---->Post saya pada 2014 yang paling mendapat view yang paling banyak....2083 view

Setelah 5 tahun berlalu.....dan nak masuk tahun 2020


Kini....saya menjadi pelajar semula....part time student..Semoga ALLAH memudahkan perjalanan saya menuntut ilmu ini semula.Dengan doa dan harapan,moga ilmu dunia yang dituntut ini ,memandu daku ke akhirat jua.....AMIN yra...

****************************************************



"Ya Allah....Janganlah Kau bebankan kami beban yang berat sebagaimana telah Kau bebankan kepada orang sebelum Kami....

"Ya Allah....Janganlah Kau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya...

Ampunilah kami dan rahmatilah kami.Engkaulah Penolong kami,maka, tolonglah kami....

-Al-Baqarah :286 


Assalammualaikum wbt......alhamdulillah kerana Allah masih memanjangkan usia ku untuk terus beribadah kepadaNya serta dapat aku menunaikan tanggungjawab pada keluarga tercinta yang banyak memberi ihsan dan kasih sayang selama sakit bertahun (misteri yg hampir terungkap ,alhamdulillah bila kita yakin padaNya dan berserah sepenuhnya pada DIA yg Esa)

*****************************************
3 bulan dulu, saya pernah mencoret kisah dalam DSG (doctorate support group di FB page...........page yg memang saya suka masuk sebab nak dapatkan motivasi bila saya down sangat2 time buat phd ) dan pic bawah ni screenshot dari post saya tu..


Dan dari kronologi pertanyaan tersebut, banyak feed back dan kata2 nasihat dan pendapat yg saya dapat dari rakan2 yang saya kenal di alam maya.....

Bole klik citernya kat ------->>>SINI

**************************************

Sekarang, PhD SAYA TAMAT SETAKAT ni........

Saya terpaksa menarik diri atas sebab yang saya rasa memang saya sahaja yang TAHU dan DIA ,SERTA SV saya sudah tak menyokong saya lagi bila saya nak mohon tangguh lagi 1 sem (cukupkan 2 semester kerana MAX tangguh di universiti saya belajar adalah selama 2 semester @1 tahun, tapi apa boleh buat...SV saya tidak menyokong dan dia yang suruh saya terus menarik diri- mungkin dia nak saya sihat sepenuhnya baru pikir habiskan phd, dan mungkin juga SV nak jaga reputasi dia dari memegang student lama2 ,tapi tak bleh graduate..........

(APA2 PUN,saya redha kerana perjalanan PhD Saya nie,hanya DIA YANG LEBIH MENGETAHUI kerana saya hanya merancang,tapi DIA perancang yang LEBIH HEBAT ......).Bukan senang saya nak buat keputusan ni kerana sebelum tu,saya minta petunjukNya...SETIAP HARI mengadu padaNya ...dan Alhamdulillah, DIA akhirNya berikan petunjuk pada SAYA bila saya rasa,keputusan yg dibuat nie memang betul2 dapat melegakan perasaan,jiwa,hati dan segala2 beban yang tertanggung selama ini....Redha dan yakin bahawa apa yg akan berlaku seterusnya,DIA yg berkuasa.

Biarlah saya rungkaikan satu persatu apa yang berlaku selama buat PhD hingga diuji dengan ujian yg Maha Hebat yang saya rasa sepanjang 37 tahun hidup di muka bumi ini...Insyaallah, akan saya rungkaikan sedikit demi sedikit perjalanan Phd saya selama 5 tahun (2009-2014)yang terpaksa di tamatkan setakat ini sahaja bersamaan tamatnya tahun 2014 yg lagi beberapa minggu akan menjelang 2015.

*******************************************
September 2009 

Saya memulakan pencarian ilmu di universiti tempatan di tanahair  shj.Sape yg kenal saya, mesti tahu kat mana Universiti tersebut........


Saya ambil bidang engineering, dalam bidang hidrology bandar ...........makanya research saya banyak bermain dengan air hujan,ambil data dalam "swale" (longkang berumput- yang kadang2 bila lepas hujan,saya jadi fobia nak masuk dalam longkang tersebut nak ambil data hujan dan aliran hujan,tapi apakan daya,niat saya masa tu memang saya nak siapkan research saya,jadi ...hujan ribut semua tu, saya  sanggup rempuh sambil di bantu oleh Mr hubby yg sama2 sanggup masuk longkang untuk membantu isteri dia ni amik data...sampai demam2 berhari2,belum baik demam,dah kena masuk swale balik nak amik data....huhuhu, sebab research saya bergantung pada hujan,masa hujan tulah,saya akn dpt banyak data untuk di analisis......

*************************
2010-2011

Dalam semester 3 tahun 2010, alhamdulillah sangat2 sebab masa defence proposal, saya lepas dan dapat teruskan reserch saya............bermula lepas inilah, berlaku sesuatu yang saya tak duga ...............bila beberapa kali masuk swale untuk ambil data, ada kisah yg tak pernah saya ceritakan...saya akan ceritakan, mungkin inilah penyebab asbab musabab saya jatuh sakit yg sampai2 sekarang(on and off baiknya...baiknya sekejap,pastu datang sakitnya balik...)


Inilah "swale" @longkang berumput - kawasan research saya..Ini masa tidak hujan,swale berada dalam keadaan kering......nampak cam cetek kan......tapi kalo penuh air hujan, tengok gambar kat bawah 

V
V
V


Kalo air penuh kat swale ni,bila masuk nak amik data...lebih kurang sejengkal lagi paras pinggang...dalam gak air nya...esoknya lepas masuk swale nie,boleh demam...

Liza pernah citer kat ----->>>SINI, ,......

Dan sejak beberapa kali masuk swale ni,segala2nya bermula......sakit2 yang melanda Liza seluruh badan rupa2nya bila berubat banyak tempat ,sebab asbab bermula dari masuk sini......Sesungguhnya apa yang berlaku,ada hikmahNya...HANYA DIA yang lebih mengetahui kerana apa yang berlaku,sudah tersurat....


***********************************

Sejak itu jugaklah, Liza jadi malas....sakit badan, badan seakan dicucuk duri,kepala sakit, badan berat selalu,bahu sakit2...segalanya2 sakit...

Mula2 tu ingat sakit2 sebab demam biasa jer...sebab lepas masuk longkang swale tu....akan demam seminggu...selsema, sakit kepala...lepak 2 minggu kat rumah tak pergi school......malas nak jumpa sesiapa....dok terperap kat rumah jer buat keje...itupun rasa gagahkan diri.....Pergi hospital dan klinik,Doktor cakap sakit demam biasa......

Tapi, satu hari tu.....walaupun sakit2 badan,terpaksa gagahkan diri jugak tuk gi melawat site....dah 2 minggu tak gi school dan site (almaklumlah,masa ni hujan dah tak selalu turun,jadi takdelah nak kena masuk swal amik data hujan)kiranya buat analisis sikit2...walaupun tak boleh buat sebab sakit2 jari2 jemari dan tulang temulang sakit bisa2 cam kena cucuk jarum berbisa,Liza gagahkan buat jugak...itupun tak boleh buat sebab kepala berat sangat cam nak pecah.)Pergi gak site masa tu,masih ingat lagi lagi....time tu nak dekat masuk zohor..(15 minit lagi nak zohor,Liza pi site tuk amik gambar....turun jer dari kerete (pi sorang2 masa ni sebab takde sape nak temankan,MrHubby keje part time kat kilang electronic-petang kul 7 baru balik),so time nak amik gambar tu kat site (1 site ni betul2 dekat dengan pokok besar - tak terpikir pun masa ni pokok besar tu berpenunggu,dlm hati just nak amik gambar-tup2 sekilas pandang ada BIAWAK KOMODO sebesar2 yg amat lalu merangkak sebelah Liza....sambil mengucap menyebut nama ALLAH sebab terperanjat sangat2,sebab masa turun kete memang tak nampak....(dalam hati siap cakap,aku tak ganggu KAU,KAU jgn ganggu aku, sambil teruskan snap gambar...) bila toleh balik kat tempat biawak tadi...sekelip mata hilang.....PELIK BIN AJAIB...pastu sayup2 suara azan zohor bergema...terus Liza pi masjid tersebut yg hanya sekankang kera jaraknya dari tempat site Liza tu...

Dan sejak itu....sakit misteri yang makin pelik bermula dan berlaku pada diri Liza....

Sejak itu jugak,Liza jadi malas,jadi sakit2 badan,bisa2 badan,bisa2 jari jemari,kepala cam nak pecah...bahu berat,pinggang sakit2.......Ya Allah masa nie rasa sakit yang amat sangat...Bila dengar ayat2 quran-ayat2 rukyah,badan2 semua makin sakit...pelik...bila gi hospital dan klinik,Doktor cakap ok..sihat..takde sakit2 apa.......

Sejak dari itu, pelbagai rasa pelik dan siap boleh nampak...mata Liza dah di buka hijab tuk nampak dan rasa.........nampak BENDA HITAM berlegar2 kat sebelah Liza bila time nak buat keje,time tulah,badan sakit,kepala sakit cam nak pecah.......rasa cam nak mati pun ada......

Masa nilah, bila mengadu PADA NYA,terlintas di hati untuk pergi ke darusyifa...masa tu duk kat perantauan(jauh dari family,hanya mengharap belas Mr hubby yg bantu-Mr Hubby banyak berkorban,dahlah masa pindah ke utara sana tu,Mr Hubby sanggup berhenti kerja tuk sama2 meneman kat sana,bila dia dpt keje part time kat sana pun terpaksa berhenti kerja untuk temankan Liza semula bila sakit2 ni menyerang Liza)....DEMI ALLAH,liza tak boleh duduk sorang2 sebab Liza boleh rasa kehadiran makhluk lain yg merenung dan memandang...sejak inilah jugak...segala progress kerja2 phd seakan terhenti seketika......

Bila beritahu masa mula2 kena pada SV,dia memang tak percaya...DIA ckp,LIZA beri pelbagai alasan dan suruh LIZA pegi psikiatrik..(mula2 sedih sgt2 sebab dari cara SV bercakap tu,mcmlah Liza ni sakit mental suh gi sana...)TAPI Liza redha dan yakin ,Liza tak sakit seperti yg dia ckp..Liza sakit lain sebab bila masuk website darusyifa dan Liza cuba buat seperti yg suruh diamalkan dgn ayat2 rukyah,tindakbalas yg berlaku seperti kena gangguan lain...

Dan sejak ini,bermulalah episod berawatan dengan ustaz2 darusyifa .........

(tak dapat nak cerita apa yg berlaku yg sebenarnya,cukuplah sekadar sebahagian shj yg dapat Liza kongsikan)

Bila dah mulakan rawatan, gangguan yg berlaku makin hebat.....gangguan ini memberi kesan yg lagi sakit pada diri Liza...................Ini buat diri Liza makin sakit,makin malas, makin sakit2lah bila habis berikhtiar dengan satu ustaz di darussyifa nie...Sampai satu peringkat nie, setiap kali buat rawatan, setiap kali tulah ,Liza akan meranung2 sakit dan meronta2 sambil menendang 5-6 orang ustaz tersebut...setiap minggu akan berkelakuan seperti itu....(memang tak sangka sangat2,gangguan tersebut memang dah makan dalam pd diri Liza-sebenarnya,masa rawatan tersebut,ustaz tersebut hanya membacakan ayat2 quran iaitu ayat2 rukyah yg selalu jugak Liza amalkan lepas solat,tapi time rawatan tersebut,Liza rasa macam bukan diri Liza yang kawal,seakan2 ada makhluk lain yang kawal diri Liza masa tu- bayangkan dengan kudrat yg tak seberapa ni, Liza boleh tendang husband,5-6 org ustaz yg pegang Liza masa tu- dari sudut mata,Liza boleh nampak kedua org tua Liza menangis menyaksikan kelakuan Liza masa tu----saya sedar masa tu,tapi DEMI ALLAH,SAYA TAK BOLEH KONTROL DIRI SAYA)

Sejak itu.......saya sakit sangat2...dan banyak tempat gi merawat diri setelah berbelas kali buat rawatan kat darusyifa tak menyembuhkan Liza...Liza cari alternatif lain...Hubby yg banyak membantu........

Progress phd banyak kelaut.............tinggalkan kesan tanpa ada progress......

*****************************
Walaupun sakit,Liza masih ada keyakinan untuk teruskan phd nie.....walaupun sakit,cuba gagahkan diri untuk teruskan kerja2 yang ada walaupun tak seratus peratus ikut piawaian yg di tetapkan...tapi Liza yakin dan berharap agar ada peluang untuk Liza......

******************************

Hujung tahun 2011

Setelah pelbagai usaha dilakukan untuk merawat diri ( masa ni memang tak terfikir pun nak tangguh pengajian,sebab memang tak mahu orang lain tahu  apa  yang berlaku pada saya-lebih2 lagi majikan (universiti tempat saya kerja)..sebab saya pernah hubungi bahagian unit cuti belajar universiti saya kerja, mendukacitakan mereka nak surat dari pakar psikiatrik mengatakan saya tak sihat untuk teruskan phd,baru boleh minta tangguh)...huhuhu...Masalahnya,saya tahu saya tak sakit secara saintifik,tapi saya sakit cara lain...sebab saya sendiri yang boleh tahu..ikut naluri hati saya, saya teruskan phd saya seperti biasa tanpa sapa2 tahu saya sakit sebab saya tak ada bukti nak tunjuk..sebab saya pergi merawat diri di tempat2 seperti klinik darusyifa dan ustaz2 yg saya tahu dari pendapat2 jiran2 di sana.......makanya,memang takde BUKTI...BUKTI saya hanya Mr Hubby,Ibu Bapa sahaja yang tahu KEADAAN saya macam mana ketika membuat rawatan..Hatta SV saya pun tak tahu keadaan saya macam mana.......hanya kawan2 di bilik postgraduate saya sahaja yg tahu saya macam mana.

Pernah satu ketika, ada satu kawan yg tengah buat MASTER masa tu (saya dah lama tak datang bilik postgraduate yg di khaskan buat saya- bilik tu muat untuk 10 org-rata2 yg duduk dlm bilik tu adalah pelajar2 MASTER dan PHD dari school yang sama dengan saya..Jadi,mereka2 lah yg kadang2 tahu serba sedikit cerita saya...).Dan ada satu adik ni, dok sebelah dengan partition saya....cerita dengan saya(memandangjkan saya lama tak dtg opis, jadi dia bertanya secara in personal dgn saya,...dia mcm tahu saya sakit...dan akhirnya saya bercerita...saya memang tak mampu nak simpan rahsia,sebab memang saya sakit sangat masa tu......dan rupa2nya...akhirnya dia pun bercerita dgn saya- SEMASA KETIADAAN saya, (adik ni ada kelebihan boleh nampak alam lain kerana dia ni pernah jugak sakit bertahun2 akibat gangguan makhluk halus- akhirnya bercerita pada saya- DIA nampak makhluk berbulu lebat dok berdukung kat badan saya,padanlah saya sakit2 bahu ketika itu ..... dia nampak juga makhluk tu dok BERTINGGONG atas meja study saya masa saya tiada--masa tu nak masuk waktu maghrib--tinggal dia sorang dlm bilik tu)..Dan akhirnya, apa yg ADIK tu nampak...sama seperti apa yg USTAZ beritahu pada saya semasa saya membuat rawatan......ya Allah...memang saya tak sangka..SAKIT2 SAYA SELAMA INI,APA PENYEBABNYA.....

Dan sejak itu hingga ke hari nie (2014)---->SAKIT2 saya sentiasa jer ada.....KEJAP BAIK,KEJAP DATANG BALIK.......sejak dari ITU, SAYA TAHU..SAKIT SAYA BUKAN SETAKAT DARI PENYEBAB AKIBAT GANGGUAN KAT SITE,TAPI ADA PENYEBAB LAIN......YG HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU.......

*************************
Bila dah masuk kerja semula  (2013-2014)

Sakit2 saya kejap ok,kejap tak ok....Dan SEJAK DARI TARIKH ini, SAYA HANYA BERSERAH PADANYA......JIKA INI DUGAAN KECIL YANG "DIA" BERI PADA SAYA untuk saya hadapinya bersama SUAMI,IBU BAPA DAN ADIK2 SAYA....SAYA REDHA....

Dan yang herannya SAKIT2 saya nie DATANG tidak menentu...BILA SAYA NAK BUAT KERJA2 PROGRESS PHD YG MAKIN KE LAUT.....masa tulah sakit2nya datang...seolah2 macam ada SUATU ARAHAN DAN SURUHAN BUAT SAYA SAKIT SANGAT2 BILA NAK SIAPKAN KERJA2 PHD DAN SLOWKAN KERJAYA SAYA.......

Sekarang nie,saya dah tak larat nak pikir benda2 nie...SAYA REDHA JE SEKARANG NIE, KERANA SAYA YAKIN...SEGALA YANG BERLAKU NI ADA HIKMAHNYA...DAN KEBERGANTUNGAN SAYA PADA NYA semakin KUAT KERANA SAYA YAKIN BAHAWA DIA PERANCANG TERHEBAT BUAT SAYA.....WALAU MACAM MANA HEBAT SEKALIPUN SAYA MERANCANG TUK HABISKAN PHD SAYA, TAPI KALO "ALLAH" MERANCANG UNTUK MENDUGA SAYA DENGAN DUGAAN TERHEBAT ...SAYA REDHO KERANA BUKAN SEMUA ORANG boleh merasa apa yg saya alami....HANYA ORANG2 YANG BENAR2 KUAT DAN HEBAT BOLEH MENGATASI DUGAAN INI, .....

Dan alhamdulillah, kerana perjalanan phd saya yg penuh liku yg saya rasa paling hebat saya alami kerana hanya saya yg rasa macam mana saya boleh nampak LEMBAGA2 yg tak sepatutnya saya nampak,tapi SAYA nampak,sakit2 yg saya rasa, sampai satu tahap, nak pergi berwuduk nak bersolat pun terpaksa hubby papah,...apa lagi yang saya BERHARAP.....

SAYA BERHARAP SANGAT KEREDHAAN DARI NYA ..MOGA ADA REZEKI UNTUK SAYA DI BERI KESIHATAN YG BAIK,SEMBUH DENGAN SEBENAR2 SEMBUH.............


APA YG BERLAKU PADA SAYA NIE, BENAR2 MENYEDARKAN SAYA BAHAWA BILA KITA KEMBALI PADANYA DAN BERSERAH SEPENUH JIWA PADANYA...INSYAALLAH,DIA AKAN BERI KETENANGAN YANG TERBAIK..WALAUPUN PADA SATU PERINGKAT, HAKIKAT SEBENARNYA, SAYA TAK BOLEH MENAMATKAN PhD SAYA...

SAYA REDHA KERANA PERJALANA PHD SAYA PENUH SUKA DAN DUKA...HANYA SAYA SORANG YG MERASA PENGALAMANNYA..DAN SYUKUR KERANA SAYA HAMBANYA YANG TERPILIH UNTUK MERASA NIKMAT SAKIT DAN DUGAAN INI...

**************************

MOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN SAYA DUNIA DAN AKHIRAT...MOGA ADA PELUANG PHD KEDUA UNTUK SAYA NANTI SEKIRANYA SAKIT INI SEMBUH DENGAN IZIN ALLAH..


****************
## Takde sapa nak sakit masa buat Phd , takde sape yg TAK NAK DAPAT TITLE Dr bila buat Phd...TAPI SAPELAH SAYA untuk MENOLAK KETENTUANNYA...SAYA HANYA HAMBANYA YG HANYA DI BERI PINJAMAN SEKEJAP DI DUNIA INI UNTUK MENIKMATI KEINDAHAN HIDUP INI BERSAMA KELUARGA DAN KAWAN TERCINTA... BILA2 SAYA AKAN DI JEMPUT,.......

Jadi, SAYA YAKIN BAHAWA APA YG BERLAKU NI ADA HIKMAHNYA yang MENANTI SAYA DI SANA...

DOAKAN YG TERBAIK BUAT SAYA YER....


***************************
Sekarang nie, PhD bukan segala2nya buat saya lagi....NO PHD, IS NOT END OF THE WORLD ..(itulah salah satu kata2 sorang panel yg menjadi penguat semangat saya utk meneruskan kehidupan ini.Panel tersebut merupakan seorg prof yg menemuduga saya bila skrg nie saya terpaksa bersoal jawab dgn pihak majikan -tempat saya kerja-sebab tak dapat habiskan phd ontime.Phd bukan segala2nya buat saya sekarang...tanggungjawab saya sekarang,mencari kebahagian sendiri bersama keluarga dalam keredhaan dan keberkatan Allah...Hidup kat dunia ni hanyalah sementara dan pinjaman sahaja, tanggungjawab saya pd DIA,pd suami dan ibu bapa serta adik2 adalah yg lebih utama.Rezeki saya ALLAH yg bagi, sekiranya tindakan tatatertib di kenakan kpd saya oleh Universiti tempat saya mencari rezeki, saya redha (tapi saya memang yakin,sekiranya saya yg telah disahkan jawatan sebagai pekerja tetap sejak 2004, dikenakan tindakan buang kerja kerana tak abis Phd), SAYA REDHA KERANA MUNGKIN INI BUKAN REZEKI SAYA......Sapelah saya ni di mata MEREKA2 yg BERADA DI ATAS SANA....(terasa diri ini macam pesalah besar bila kena bersoal jawab mengadap PANEL2 yg dilantik oleh org2 ATAS!!!!!!!!!!!!! ....

SESUNGGUHNYA ADA LAGI YG LAGI BERKUASA DARI MEREKA2 ITU...

SALAH SAYA KER SEBAB SAKIT???SALAH SAYA KER SEBAB TAK DAPAT HABIS PHD???SALAH SAYA KER SEBAB TAK DAPAT GELARAN DOKTOR????
SEMUA YG BERLAKU INI,ALLAH YANG TENTUKAN......SAYA HANYA MERANCANG,TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN.KALAU DIA KATAKAN "KUN FA YAKUN"......MAKANYA,JADILAH......

KESIHATAN DAN KEREDHAAN DARINYA YANG SAYA HARAPKAN SEKARANG NI....ALHAMDULILLAH,KERANA DUGAAN INI, MEMBUATKAN DIRI SAYA SEMAKIN DEKAT DAN KEMBALI PADANYA.....

Allah maha benar dan janjiNya BENAR.dia TIDAK AKAN MENGUJI KITA KECUALI SESUAI DENGAN KESANGGUPAN DIRI.Siapakah lagi pelindung dan penyelamat kita selain ALLAH Yang Maha Berkuasa?Maka, andai sesekali diri diuji, usah cepat mengalah.Mohonlah kepadaNYA.mOGA RAHMAT DAN HIDAYAHnYA SENTIASA MEMAYUNGI KEBERKATAN PERJALANAN HIDUP KITA.

-Ustaz Kasim Elias : TUHAN SEDANG MENGUJI KITA -


*Terima kasih banyak pada MrHubby yang banyak membantu semasa sakit - sesungguhnya Allah telah mengurniakan saya seorang suami yg sangat banyak berjasa dan berkorban pada saya, dia lah penyelamat saya dan tulang belakang saya untuk menempuh dugaan ini dengan penuh sabar dan tabah...dialah yg mengadap saya bila saya dlm keadaan bukan saya,benci dan menyampah saya pada dia ketika saya sakit,dia redha menerima saya seadanya...ketika saya tiba2 seakan macam org lumpuh,dialah  peneman setia mendukung saya .ALLAHUAKBAR....SUBHANALLAH, Allah memang MAHA ADIL,dia BAGI SAYA peneman yg boleh menjaga saya walau susah dan senang...
**Buat, mak ayah dan adik2......terima kasih atas kasih sayang yg di beri...










19 November 2019

MENU EAT CLEAN - BENTO KE PEJABAT


Assalammualaikum wbt..Selamat Petang..

Permulaan memulakan blog ni dengan aktiviti utama Liza sejak dulu...masak-masak dan makan..hahahaha..
Tapi kali ni sejak awal Oktober,Liza dan 4 orang sahabat syurga telah buat group eating clean.Konsepnya -eat clean sambil mengurangkan berat badan...Setiap hari,kami bergilir-glir masak untuk 5 orang termasuk diri sendiri,pastu masuk bekas dan bg setiap antara kami berlima.Dan hari ni,tugas Liza masak...so,masak untuk 5 orang termasuk suami punya...hahaha.(I puasa ,tapi still masak dengan testernya adalah suami.....)

Menu simple jer hari nie  :  
Karbohidrat : Nasi parboiled + taj mahal , 
Protein :Ikan caru asam pedas kimchi , 
Sayur :Kacang botol tumis air  
Buah : Epal merah  
Desert : Puding rotiwholemeal kurma with dark coklat








Dah dipotong masuk ke bekas kecil untuk 4 sahabat syurga saya....


Bento untuk 4 orang sahabat saya.....


Esok turn sahabat saya yg lain buat bento untuk saya plak dan 3 rakan yg lain...Esok saya tunjuk kat sini yer...

Daaa..sekian dulu........Semoga kami semua dilimpahkan rezeki yg banyak asbab memberi makan pada kawan2 yang lain......Aminnn..






17 November 2019

ASSALAMMUALAIKUM......I'm BACK


Assalammualaikum wbt....

Hai semua....setelah setahun dua bulan berehat panjang kerana macam-macam dugaan melanda empunya diri...Makanya,blog ni pun terpaksa berehat jugak..Tanggal 17.11.2019 ni,Liza bertekad kembali untuk memeriahkan kembali blog yang tak seberapa ni demi semangat yang baru lagi-lagi 2020 akan muncul meraikan pertambahan usia jugak........Dan kerana blog ni sudah berusia hampir 10 tahun kerana masih ingat lagi,mula2 belajar nak buat blog ni masa baru2 mendaftarkan diri menjadi pelajar postgraduate.Disana lah bermulanya kisah blog Sweet Lizahanum ni yang melakarkan pelbagai kisah suka,duka,manis dan pahit....
Dan 2020 yang akan menjelma ,azam dan tekad untuk memeriahkan kembali blog Sweet Lizahanum ini akan dipermudahkan Allah.

Tunggu.....💖💖💖💖💖

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails