12 Disember 2019

RATIB HADDAD



Assalammualaikum wbt...

Sejak setahun mengembalikan diri bersujud dan kembali padaNya dengan belajar  di Madrasah berhampiran tepat tinggal.Alhamdulillah,Allah bagi saya sembuh sebenar-sebenarnya dari segala gangguan .Syukur................Apa yang boleh saya katakan,wirid dan Ratib al Hadad yang ustaz dan ustazah bagi amalkan dengan bersanad ( amalkan setiap hari lepas solat.)..itulah powernya dan berkuasanya ayat Quran.Yang penting yakin bahawa Allah berkuasa atas segala-galaNya.Makhluk tak mempunyai kuasa,segala yang berlaku adalah ketentuanNya.DIA yang datang penyakit,dan DIA juga lah yang maha pemberi kesembuhan.Kita sebagai hambaNya yang kena berusaha mencari kesembuhan dariNya dan bersujud sebenar-sebenarnya pd Allahurobbi..Allah Maha Besar,Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Boleh dengar dalam you tube seperti kat atas tu...Atau anda boleh download dari pdf yang ada di website..Sape yang berminat nak yang dalam bentuk...boleh pm saya..nanti saya bagi dalam bentuk pdf..

*Note:Mula-mula saya amalkan,memang saya rasa sangat-sangat malas,mata mengantuk,dan terasa ada benda bergerak-gerak di bawah permukaan kulit dan saluran darah saya,tapi saya teruskan dan yakin bahawa Allah bersama saya..Saya baca wirid tu,sambil tadah air dalam bekas.Pastu air tu saya minum  sebagai air penawar.Saya cari kesembuhan sendiri dengan amalkan baca wirid ni.Tak perlu lagi jumpa para perawat sebab saya sudah yakin dengan aya-ayat quran setelah kembali belajar semula mencari diri saya yang hilang...*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails