Memaparkan catatan dengan label NASI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASI. Papar semua catatan

23 Mei 2018

NASI JAGUNG & THE GENG--->RAMADHAN #6


Assalammualaikum wbt....

Hari ni baru sempat nak tayang menu iftar semalam.Menu tak berapa nak diet...hehehhe..Balik-balik keje jer semalam,buka esbok tengok ada susu cair dan  kernel  jagung,terus terlintas idea nak buat Nasi Jagung sempoi ni.Sebab apa sempoi....sebab takde tumis-tumis, terus masuk semua bahan dan tanak macam nasi biasa. Jadi jugak macam nasi jagung yg kena tumis bahan dulu tu.Yang ni tak payah,macam main campak-campak je bahan dalam periuk,pastu tanak nasinya...

Dan yang paling bestnya,kat rumah ni ada pembantu chef dapur bertauliah,segala bahan macam bawang dan ayam,telah siap disediakan sebelum Liza sampai rumah,makanya tugas memasak terus menjadi mudah...πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„



NASI JAGUNG 
Bahan-bahan :
2 cawan beras basmathi -bersihkan dan toskan
1 btg serai diketuk
1 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih-mayang halus
 Buah pelaga, kayu manis,cengkih -agak2/ikut suka nak letak berapa 
Susu cair 1 cawan + 2 cawan air 
1 setengah cawan kernel jagung
Garam secukup rasa
1 sb minyak jagung

Caranya : Campurkan semua bahan dalam periuk nasi.Perasakan dengan garam.Kacau-kacau bagi sebati.Masak macam nasi biasa.Memang sempoi dan mudah...hahaha.


AYAM KURMA
Bahan-bahan :
2 ketul ayam bahagian dada-potong kiub
1 bj bawang merah dan 2 ulas bwg putih-hiris halus
2 cawan air-dicampurkan dengan 2 sb rempah kurma dan serbuk cili 
2 bj kentang  dibelah 6
1 bj lobak merah-dipotong kiub
Buah pelaga,cengkih,kayu manis-ikut suka byk mana anda mau letak
1 sb minyak zaitun
Gula perang dan garam secukup rasa
1/2 cawan susu cair

Caranya :
Tumis bawang merah,bawang putih dengan minyak zaitun.Masukkan air yang dicampur rempah kurma .Masukkan kentang,lobak merah dan ayam.Perasakan dengan garam dan gula.Masak sampai semua bahan empuk.


PENCUK NENAS &EPAL HIJAU

Bahan-bahan:
7  ketul nenas yg dah siap dipotong- jadikan ketulan kecil
1 biji epal hijau-potong kiub
1 bj lada merah-hiris halus
1 bj bawang merah-hiris halus
Gula perang dan garam secukup rasa

Caranya :
Semua bahan dicampurkan dan digaulkan sebati.





Selamat berbuka untuk hari ini.


Sekian






23 April 2018

NASI DAGING BURGER HOMEMADE




Assalammualaikum wbt...

Throwback semalam------>Menu berbuka puasa semalam,baru sempat nak update kat sini.

Menu paling simple dan sihat....takde goreng-goreng punya....hahaha


Nasi Daging Burger Homemade

Beras perang - 2 cawan kecil (cwn yg dpt kalo beli periuk nasi tu )
1 bawang besar-hiris halus
3 ulas bawang putih -hiris halus
2 batang cili merah -hiris halus
3 btg cili padi -hiris halus
Kobis dan carrot-dihiris halus (goreng atas kuali nonstik tanpa minyak)
Garam  secukup rasa
3 cwn kecik air (ikut cwn yg guna utk sukat beras)
Cara -cara :Masukkan semua bahan dlm pressure cooker , macam masak nasi biasa,masukkan semua sekali bahan yg dihiris kecuali kobis dan carrot bersama garam .15 minit siap masak.Nasi yang telah dimasak,digaulkan dgn kobis dan carrot yang telah digorng tanpa minyak.


Bahan-bahan Burger Homemade :

1/2 kilo daging tanpa lemak-guna btg pinang
2 ulas bwg putih,1 bwg besar -dipotong besar
1 sudu besar lada hitam serbuk
Garam & gula perang secukup rasa

Cara-cara :
Semua bahan yang dikisar sekali dalam food prosesor.
Pastu,buat bulat dan leperkan macam burger.Dapat dalam 4 keping saiz burger kat pasaran tu.Pastu bakar dalam air fryer atau bakar atas kuali non stik.

***Nota tangan : Menu ni boleh dimakan untuk 2-3 orang makan,jadinya,sila jangan melantak sorang-sorang kalo nak diet****😍😍😍😍


Tadaaaaaa...siap.

Hidangkan nasi bersama burger homemade.Menu sihat untuk sape2 yang berdiet..hahahaha
Hiaskan dengan daun salad untuk bagi ceria bila nak makan..Burger tu potong panjang2 bagi senang nak makan.

3 biji kurma tu untuk permulaan makan bila azan dah berkumandang

v
v
v
v


Sekian,.....
(sambil memikir,nak masak menu sihat apa untuk berbuka petang nanti......😍😍😍😍)


7 Mac 2018

NASI GORENG KIMCHI / KIMCHI BOKKEUMBAP/ κΉ€μΉ˜λ³ΆμŒλ°₯..........bento saya hari ini



Assalammualaikum wbt...

Apa khabar semua..semoga sihat hendaklah.Alhamdulillah,hari ni baru berkesempatan dan rajin nak update blog ni..Terbengkalai sebentar dengan kekangan keje ..Apa2 pun,malas nak komen banyak2,meh lah tengok menu bento saya ke pejabat untuk hari ni .Khas dibuat dengan penuh rasa kecintaan untuk menjamu selera selepas abis kelas mengajar hari ni..hahahaha (poyo je ayat)

Selamat melayan mata tengok menu yang tak berapa nak best ni yer......



Bahan:


2 cawan nasi

1 cawan kimchi - cincang

1 biji bawang merah-cincang halus
2 ulas bwg putih-cincang halus


1/4 cawan air/jus kimchi


1/2 cawan isi daging (guna burger abg burn)- potong kecil 

1 tbsp minyak zaitun (tapi saya tumis guna air kimchi tu sbb tak mu guna minyak )



tabur atas :

Telur mata 

Bawang goreng

Sedikit seaweed dan lada hitam kasar



Cara:

1. Panaskan kuali,masukkan air kimchi 3 sd besar
2. Masukkan bawang erah dan puting yang dicincang halus.Masukkan isi daging burger dan  goreng isi daging sehingga masak
3. Masukkan kimchi, goreng sebentar.
4. Masukkan jus kimchi,  nasi. Kacau rata
6. Hidang, taburkan  bawang  goreng dan seaweed. Hias dengan telur mata.





Ok......chow dulu,jap lagi nak pi meeting plak.....

Sekian dulu.


******************************************************





23 Januari 2018

NASI GORENG BUNGA KANTAN


Assalammualaikum wbt....syukur alhamdulillah,diberi kesembuhan dan kesihatan yg baik pada hari ini setelah hampir 2 hari kena vertigo...Dan syukur gak,hari ni dah lalu nak makan...hehehe

So, hari ni..Menu bento saya ke perjabat ......Nasi Goreng Bunga Kantan tanpa minyak,Ikan bakar sambal ,ulam timun dan kimchi..Buah persimon dan epal untuk snacking antara waktu makan dan petang.


NASI GORENG BUNGA KANTAN
(untuk 2 orang makan)

3 senduk nasi beras perang
1 btg bunga kantan-hiris halus
1bwg besar,3 ulas bwg putih-dihiris halus
Brokoli dan kobis bunga - ikut suka nak banyak mana untuk dimasukkan dlm nasi goreng tersebut
1 mangkuk kecil mix veggi-ada kacang pis,jagung dan carrot
Garam secukup rasa
2 sb lada hitam kisar
1 bj telur
2 sb air untuk menumis...hehehe..tanpa minyak hokayyy
trylah cuba kalo nak tau.....

Cara-cara:
2 sb besar air dimasukkan dlm kuali nonstik,masuk bahan2 yang dihiris halus.Masak sampai bahan ni sebati dgn air,baru masukkan sayur-sayur brokoli,kobis dan mix veggi.Bila sayur2 tersebut layu,masukkan garam dan lada hitam kasar.Akhir sekali masukkan nasi dan kacau hingga semua bahan sebati dan masukkan telur.Kacau hingga sebati dan masak.Kalau kurang masin,suka hati anda nak letak perasa atau kicap bagi nasi goreng ni rasa sedap...hehehe


Ikan bakar sambal tu,masak cam biasa .Cili kisar yang dah diperasakan garam dan asam jawa,lumurkan pd seluruh badan ikan,dan bungkus ikan tersebut dalam aluminium foil.Bakar dalam air fryer....boleh gak masukkan dalam oven atau bakar atas dapur gas.

********************************************

Okay..untuk mengalas perut yg lapar,bawaklah buah-buahan sebagai snacking kalau time waktu 1-2 jam lepas makan tengahari tu,tetiba rasa nak makan sesuatu..Jadi,kunyahlah sesuatu yang healthy....hahaha

Sekian....menu bento ke pejabat saya yg saya rasa healthy untuk saya..Kalau rasa ok,boleh gak anda cuba bawak bento dgn menu ni ke tempat keje anda plak.



20 Julai 2013

ROTI HIMPIT SEMPOI...ALA2 ROTI HIMPIT AYAMAS TU.......


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...........

Baru sempat nak tepek menu berbuka hari nie.....

Dah 10 hari berpuasa, 10 hari jugak lom menjejakkan kaki ker Bazar Ramadhan...sebab tahun nie mencabar diri sendiri agar masak menu2 sempoi jer tuk berbuka tahun nie...gi  Bazar nanti,macam2 yang nak di beli...last2 masuk cik tong kalo tak abis....kan membazir namanya...masak sendiri boleh budget dan agak2 cukup untuk sampai ke sahur atau tak.....hehehe

Dan kalo Liza tak update menu berbuka kat blog nie, tu tandanya hari tu masak yg memang sempoi, yang malu nak tunjuk kat blog...

Ok...menu yang sempoi nie memang teramat sempoi...walaupun balik keje dekat kul 5.30,sempat gak prepare menu2 yang simple dan sedap kat tekak sendiri....janji boleh makan....

Jom layan gambar2 yang tak semewah orang lain berbuka sampai 3-4 jenis lauk.....sempat masak 2 jenis jer...kalo terlebih rajin,paling banyak pun 3 jenis...hahaha


Bahan-bahannya yang mudah :

3 ketul roti 
3 btg sosej berkeju jenama SAUDI GOLD
Daun salad
1 biji tomato
Mayonis
Sos cili

Cara-caranya yg lagi sempoi :

Kukus sosej tersebut sehingga masak( dia mengembang -sila jangan membayangkan yg bukan-bukan yer...hehehe).Susun daun salad atas roti yang di belah tanpa memutuskan kedua-duanya.Letak tomato,dan letak sosej kukus tadi.Letak mayonis dan sos cili ikut kretiviti anda......Siap.....senang bangat,maklumlah orang yang membuatnya pun suka yang mudah dan pantas.Tapi ...sedap di makan....


Dan sempat gak buat menu sempoi lagi mengenyangkan perut seperti picture kat bawah............

######################################################






Dan...telah membuktikan yang orang berkerjaya pun boleh masak seperti suri rumah sepenuh masa gak..cuma rajin dan malas jer yang membataskannya...sekian dulu....

Wassalam......daaaa....nak tido dulu, esok pepagi nak bangun sahur......

10 Ogos 2011

NASI GORENG CENDAWAN HITAM

Menu berbuka pose tadi yang di makan bersama Kerutup Ikan dan Sambal terung pipit.Menu ringkas yg  sesuai tuk 2 orang makan ...........malas nak celoteh banyak2,layanz gambar je yer..................




























BAHAN-BAHAN:(2 org makan)
2 cawan nasi putih 
2 biji bawang besar hiris halus
3 ulas bawang putih cincang
* segenggam  ikan bilis - boleh juga gunakan udang kering
* 1/2 sudu teh sudu serbuk lada hitam
* tumbuk bersama ikan bilis, cendawan dan lada hitam
 4 biji cendawan hitam kering direndam sebentar dan dipotong halus
Brokoli  2 tangkai  - potong halus
Telur 1 biji


CARA-CARANYA :
Masak macam nasi goreng biasa






7 Ogos 2011

BERIANI KAMBING & NASI HUJAN PANAS

Assalammualaikum........

Menu berbuka pose hari nie.....hidangan  beriani kambing yang di makan bersama nasi hujan panas.



BERIANI KAMBING


Bahan-bahan:
(sumber : Rasa.com.my)



1 kg daging kambing
250gm bawang besar | dimayang
250gm rempah beriani
100gm rempah tumis
150gm gula Melaka
100gm daun ketumbar
100gm daun pudina
300ml minyak sapi
250ml madu
250ml puri tomato
250ml sos tomato
250ml sos cili
175ml susu cair
Garam secukup rasa


Bahan kisar:
200gm bawang merah
150gm bawang putih
150gm halia
100gm kunyit hidup
100gm buah keras
150gm cili merah
150gm cili hijau
4 batang serai
Cara memasak


1. Pijarkan minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan bawang besar serta bahan kisar sehingga garing.
2. Kemudian masukkan rempah beriani dan rempah tumis. Kacau rata sehingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan daging kambing dan gaul sebati.
4. Masukkan pula puri tomato, sos tomato, sos cili, madu, gula Melaka dan susu cair. Didihkan. Tambahkan sedikit air jika perlu.
5. Akhir sekali, perasakan secukupnya dan apabila kuah hampir kering, taburkan daun pudina dan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan.



 Pastu makan dengan nasi hujan panas dan acar nenas................................



Nasi hujan panas yang terlebih letak warna merah.........
Jadi merah membara....hehehe.Pastu guna beras Taj mahal sebab beras basmathi habis plak,tapi sedap gak guna beras ni....



Beriani kambing dan rakan2...................


NASI HUJAN PANAS
sumber : Rasa.com.my

Bahan-bahan:
2 cwn beras basmathi -Liza guna beras Taj mahal1/2 cawan susu cair
2 cwn air
2 ketul kiub ayam
2 helai daun pandan
Pewarna merah dan hijau
secukupnya

Bahan tumis:1cm halia
2 ulas bawang putih
½ biji bawang besar
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan hias:Bawang goreng secukupnya
Kismis secukupnya

Cara memasak:1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang.
3. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
4. Masukkan beras dan gaul rata.
5. Masukkan air dan susu cair, kiub ayam dan daun pandan. Masukkan nasi dan tanak sehingga masak.
6. Bila nasi kering, letakkan 1 hingga 2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau di tempat yang berasingan. Bila sudah masak, gembur-gemburkan nasi tu.






Acar timun nenas

5 Ogos 2011

FRIED CARROT CAKE


Assalammualaikum..........

Menu berbuka pose semalam untuk hari ke 4,Liza memberanikan diri membuat fried carrot cake nie.Dah lama intai kat dapur MG nie,cuma kiv dulu sebab tekak belum terasa lagi nak makannya.Tapi semalam...balik dari school awal kul 3.30ptg,so merajinkan diri sambi2 menyahut cabaran yang merenyahkan nie.Taklah susah sangat pun,cuma nak memarut carrot putih tu je leceh,pastu lepas kukus nak tunggu sejuk plak.Tak sabo nak goreng carrot cake nie,so tak sejuk lagi dah di potong.Makanya,anda bole lihat carrot cake yang cam hancus tu bila dah goreng.Pepun,memang terbaik dan sodap betul......cuma kalo anda nak cuba,biar carrot cake tu sejuk betul2 baru bole potong dadu...hehehe.



 (SUMBER RESIPI : Bro Rozzan dan Mat Gebu )


Bahan Utama :(Liza buat separuh dari resipi nie)


5 camca besar minyak masak
1 camca besar cincangan bawang putih
200 g parutan lobak putih

Bahan Perasa (disatukan) :
600 ml air
1 camca besar gula
1/2 camca besar garam
1 camca besar serbuk lada sulah

Bahan Pemekat (dibancuh) :
350 g tepung beras
25 g tepung ubi
500 ml air

Bahan Sambal :
20 tangkai cili kering, potong kecil*
3 biji bawang besar*
2 camca besar ikan bilis*
2 camca besar udang kering*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Lain :
2 - 3 biji telur
1 camca besar bawang putih 
2 camca besar chye poh (lobak masin ), potong kecil2
Sedikit kicap manis
Sedikit sweet sauce 
Hirisan daun bawang/daun sup/cili
Bawang goreng

Cara membuatnya :

  1. UNTUK CARROT CAKE :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan parutan lobak putih, masak sekejap. Tambah bahan perasa dan kacau. Masukkan bahan pemekat dan masak sambil terus mengacau hingga adunan pekat. Tuang dalam loyang ( 8 x 8 x 3) inci yang telah disapu mentega, ratakan dan kukus 30 minit atau hingga masak. Sejukkan betul2 sebelum dipotong kecil.
  2. BAHAN SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga garing, tambah sedikit air, masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan.
  3. PENYEDIAAN FRIED CARROT CAKE :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis 1/2 camca besar bawang putih dan masukkan chye poo. Masukkan 200 - 300 g carrot cake yang telah didadu tadi bersama 2 - 3 camca besar sambal dan kacau rata. Kemudian pecahkan telur dalam kuali yang sama lalu digaul rata. Kemudian masukkan sweet sauce dan sedikit kicap manis, kacau lagi hingga rata. Rasa jika ok boleh diangkat. Tabur dgn hirisan daun bawang/daun sup, bawang goreng dan hirisan cili kalau suka.



Inilah carrot cake yang lepas dikukus.....1st time buat, makanya tak berapa kental dan lembut sangat2 sebab maybe tak sabo2 nak potong dan goreng.
Walau macam mana renyahnya keje2 kat dapur, hasilnya memang sedap...hehehe.Tak caya boleh buat dan cuba sendiri.Rupa macam lontong yang lembut,tapi bila rasa,ada rasa carrot putih tu.Yang penting, carrot putih nie dah tak rasa cam bau hancing tu........



19 Jun 2011

NASI GORENG CLAYPOT


Assalammualaikum dan salam hujung minggu.....

Menu sarapan pagi nie dan tengahari...hehehe.Merangkap 2 dlm 1...maklumlah,empunya diri malas nak masak 2-3 kali,so makan je lah apa yang mampu di buat.....

Nasi goreng  yg dimasak dalam claypot......dan mendapat pujian dari sang pemakan yang mengatakan nasi goreng nie lain dari yang lain...huhuhu.Selama nie,dia makan nasi goreng yg selalu Liza buat tu tak berapa nak sedap kot...tu yg tak penah puji.....hahhaha.Wat everlah,janji bole di makan dan sedap kat tekak dia dan tekak Liza.....




NASI GORENG CLAYPOT - (2 org makan)



Bahan:
  • 1 sudu makan minyak sayur
  • 1 biji bawang besar - cincang kasar
  • 2 ulas bawang putih -cincang halus
  • 2 sudu kecil  lada hitam-ditumbuk halus
  • 6-7 ketul bebola ikan
  • 1 cwn beras  & sukatan air ikut beras
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap manis
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan kacang peas
  • bawang goreng tuk hiasan
  • serunding ikan-siap sedia dlm peket
Cara membuat:
  1. Panaskan minyak sayur dalam claypot, lalu masukkan bawang besar dan bawang putih, tumis hingga harum dan layu.
  2. Masukkan fish ball dan lada hitam yang ditumbuk.Kacau rata.Masukkan sos tiram, kicap  manis dan garam.Masukkan kacang peas dan masukkan beras dan kacau rata.Masak hingga mendidih, lalu tutup claypot, kecilkan api, masak hingga nasi masak.
  3. Tabur bawang goreng  dan hiaskan dengan serunding ikan sebagai hiasan.
  4. Makan masa panas2...memang umppphhhhh

2 Mei 2011

SPECIAL OCCASION TODAY................


 Assalammualaikum..............






Layan gambar dan resepi yg ada yer......hehehe




Resepi dari MyRESIPI dan Liza wat separuh jer sebab yg  tukang makannya kami berdua dan rezeki untuk jiran sebelah umah jugak...hehehe

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 1/2  tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye
  • 2 cawan beras basmathi
  • 2 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
  • ½ cawan susu cair
  • ½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit halia*
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak jagung
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • sedikit garam
  • kisar bahan yg bertanda *


Cara-cara

  1. Basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
  2. Panaskan mentega dan minyak dlm periuk. Kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. Tumis hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
  4. Setelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
  5. Setelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masaklah hingga tanak.
  6. ***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. Hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu.








Malas nak tepek resepi pulut kuning dan geng2 nya ini........hehehe.










NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails