26 September 2018

2 September 2018

APA ITU "SICK BUILDING SYNDROME"



Nak tau lagi maklumat lanjut,boleh klik link ini  SBS1  , SBS2 dan SBS3




Contoh SBS pada kesihatan manusia...pic from google



******************************************************************************


Dan apa yang telah berlaku pada diri ini kerana telah di masukkan ke wad selama 6 hari dan mc dari bekerja hampir 
3 minggu termasuk yang I cuti sendiri kerana disebabkan terkena jangkitan kuman pada paru-paru/radang paru-paru/acute bronkitis....Padanlah demam ,batuk dari awal tahun 2018 ini(baik sendiri sebab pergi klinik), dan paling teruk sejak awal bln 7 hari tu, deman on off walaupun dah refer ke 3 buah klinik ,still batuk berkahak tak baik-baik.Makin teruk adalah.Dan paling teruk berlaku dalam sejarah hidup selama 41 tahun ni,kena sesak nafas malam2 buta dan ke emergency akhirnya.Itu yang I kena tahan wad.

Dan doktor yang merawat kata sbb 'SBS' setelah I ceritkan keadaan persekitaran di tempat kerja dan dirumah.Memandangkan kita pekerja yg terikat dengan 8jam ditempat kerja selama 5 hari dan hanya berada dirumah selama 2 hari sahaja,jangkitan penyakit ini diandaikan oleh doktor ,dpt ditempat kerja.Ini dah semestinya,sebab masuk jer kat bangunan opis tempat kerja I tu,otomatik dada rasa sesak,batuk dan macam nak selesema.Nak kena pakai topeng tutup hidung dan mulut tu...(takkan lah selama kita bekerja dan dok bilik sendiri tu,nak kena pakai mask je kan......isshhhh)



Benda alah nielah yang ada di dalam bilik opis saya....Cer teka apa benda alah itu???.............😒😒😒😒😒




******************************************************
Mohon kawan2 di alam maya ini doakan saya moga diberi kesembuhan olehNya dan dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.



Abaikan tangan I yang bengkak tu sebab masuk air4 botol,tapi ada yg last botol tu,jarumnya terlari sikit,Jadinya tangan I jadi bengkak dan bisa2,terpaksa cabut air dulu sebab tak boleh tido malam kerana tangan bengkak dan bisa2....Jarum tu dah di cucuk kat tempat baru....


Sakit ini adalah ujian dari Allah.Bersyukurlah atas nikmat yg DIA beri selagi kita boleh bernafas di muka buumi yang bertuah ini.Ameen

DOAKAN YANG TERBAIK BUAT SAYA YER


Sekian.


6 Ogos 2018

HIKMAH SAKIT..........................



Bila diri diuji dengan sakit yang tak nampak....Demam,batuk dan selsema hampir sebulan.Ujian darah,air kencing semua dah buat...negatif dan darah normal,takde jangkitan kuman..Tapi bila kau diuji dengan sakit yang tak nampak,hanya ALLAH lebih mengetahui.......Sakit itu penghapus dosa2 kecil,bersyukurlah Kamu kerana diuji ..Itu tandanya DIA sayang....

Bersabarlah dan redha....Ikhtiarlah selagi mampu.Sakit dulu kembali semula ...Allahuakbar..

Doakan yang terbaik buat saya...



17 Julai 2018

MENU DIET TUNGGU GAJI.....



Entry cuci mata........

Lamanya tunggu gajiiiiiiiii masuk....hahahaha

16 Julai 2018

THROWBACK------->KUNDASANG,SABAH



Assalammualaikum wbt...

Percutian singkat selama 4 hari 3 malam memandangkn mrHb mau ketemu abang2nya sebelum syawal berakhir,dapatlah jugak dilaksanakan.Mak ayah mertua Liza dah lama tiada,hampir 8 tahun,jadinya selama ni hanya beraya di JB kat rumah mak ayah sahaja.Kalau ke KK pun singgah rumah adik bongsu Liza yag mengajar di sana,jdnya adalah rumah persinggahan..tak perlu tido hotel....Sejak 2017 dia dah berpindah semula ke semenanjung,kalo ke KK,Liza dgn mrHb akan balik dalam 4 h3 mlm je sbb mau jimat hotel.Wlpun ada abang2 ipar kat KK dan Ranau,takkan nak menumpang bermalam rumah diorang plak kan..Kita pandai2lah cari rumah penginapan sendiri,tak mau susahkan orang lain....😍😍


Pekan Nabalu.....singgah sini sebab mau cari toilet.

Sepanjang perjalanan dari Airport KK ---Kundasang, kitorang sewa kereta VIVA jer. Boleh tgok DAENGRENTCAR untuk sewa kereta.Memang terbaik gak servis kereta sewa diorang.VIVA putih bawah nilah kereta yang kitorang guna sepanjang 2 hari perjalanan KK-KUNDASANG-KK

Pic : Ihsan dari facebook Daeng Car Rental & Tours


Kat Kundasang,kami sewa kat Kinabal Pine Resort.Pemandangan kat sini memang TERBAIK......Bilik pun cantik...Sesuai untuk yang nak honeymoon.Sejukkkkk sgt hingga ke tulang sumsum..hahaha.😁😁😁


Ni bilik resort yg kami tempah...semalam RM217 temasuk dinner dan breakfast .Memang berbaloi2...Dan yg penting,dlm bilik ni hanya ada kipas jer,takde aircond sebab original aircond dari luar...hehehe



Masa bergambar ni,pukul 4 ptg,dengan angin yg bertiup kencang,suhu sejuk,memang tak boleh lama2 kat luar ni..tak tau la suhunya berapa masa  tu,


mrHb I pemalu,jadinya dia suruh tutup muka dia.....hahahaha.Gunung Kinabalu tu dilitupi kabus yg tebal,tak nampak sangat puncak dia...



Ni gambar pemandangan puncak Kinabalu yang sempat diambil pada pukul 6.30am 14.7.2018....kabus tak kelihatan,jadinya puncak Gunung Kinabalu jelas kelihatan



Desa Dairy Farm.....New Zealand Malaysia,cuma tak snap pun gambo2 lembunya...hehehe.Puncak Kinabalu memang nampak jelas dari kawasan sini.



Cukuplah gambar2 yang ada.....malas nak taip panjang2.....

Sekian.....Baiiiii.

9 Julai 2018

MENU KEMBALI INSAF SETELAH RAYA.......




Hai...kembali ketemu lagi di alam maya ni...hehehe

Saje nak tepek menu kembali insofff setelah pulun beraya.Raya kan sebulan,tapi sib baik kembali insaf start 1 julai....hahaha

Menu ni di ulang kembali untuk tatapan perut sendiri setiap 3 hari dengan motto "Kembali Ramping Lepas Raya"...hahahahahπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„hampehhhhh.Rotate menu ni ikut kerajinan I tau.

Masa puasa, turun 4kg,raya menimbun berat 1 kg...hampehhh tul,diet kelaut.

1 julai baru kembali insoffffff...

2 hari lagi akan melencong ke KK,harap2 misi kembali ramping ni tak tergugat......


sekian..baiiiiiii.

2 Julai 2018

BILA AKU DAH TERJATUH CINTA DENGAR SUARANYA.......



Syiok weiiii,melayan suara dia nie time menanda paper exam ni...hahahaha

Bye.......

ITS MONDAY........



26 Jun 2018

AIDILFITRI 2018 & EXAM

Assalammualaikum wbt & Salam sejahtera...

Hampir 3 minggu tak update blog...baru hari ni berkesempatan nak tulis apa yang patut.Masih dalam mood Hari Raya,rasanya mood nak buat keje pun masih kelaut dalam.Nak update blog pun malas.

Sekarang kat sini,tengah mood final exam menanda,jadinya bz jadi pengawas exam dan sibuk nak menanda paper student.

Aidilfitri 2018 ni,di sambut macam tahun2 lepas..Sambut raya di rumah mak ayah sebab mak ayah mertua dah hampir 6 tahun ke rahmatullah,jadinya en somi relahati merayakan setiap tahun raya di rumah mak ayah I kat JB...😍😍😍😍

Malam nak raya tu meriah sebab masa tulah sibuk memasak juadah raya untuk pagi raya.Penat usah dikira,memang penat.Tido 2-3 pagi tu dah jadi kebiasan setiap tahun,maklumlah setahun sekali..Apa-apa pun,raya pun dah lepas,tggal saki baki raya dan saki baki kuih raya...hahaha.Rayakan sebulan,so..kita enjoy membesarkan perut ye......😊😊😊😊

Gambar-gambar raya masih tersimpan rapi dlm kamera,lom sempat nak buat photobook..biarlah dulu.Nak tepek kat sini pun malas..biarlah rahsia..hahaha

Ok...sampai sini dulu.Mau sambung buat keje...

Pada pelajar2 saya sekali..Good Luck for your exam.



1 Jun 2018

BISKUT RAYA DIET------>BISKUT BADAM COKELAT


Assalammualaikum wbt....

Dah hari ke 16 ramadhan hari ni.Dan selama tu,tak sempat nak update blog ni.Berbuka pun dengan makanan yang simple2,jadinya menu yang pernah dan berulang2 ditayangkan kat blog.Makanya,berehatlah dulu dari mengupdate blog yang tak seberapa ni

Hari ni lepas subuh,sempat buat biskut untuk diri sendiri yang berdiet...hahaha
Biskut Badam ni tak guna gula kastor@gula putih,takde tepung gandum,takde telur,dan tak guna butter...hahahaha. Nilah hasil resepi yg di google untuk biskut yang no gluten,no white sugar....
Liza cuba try test untuk makan sendiri dulu.Dah siap biskutnya,tak boleh nak merasa..Tunggu berbuka puasa dulu baru bole rasa.



Okay,resepinya ni main try and error. Guna gula perang,tepung ubi kayu,tepung kentang,tepung jagung
 --->campuran tepung2 ni,tepung yg organic,no GMO yer pastu tanpa butter/margerin,Liza guna minyak sayuran/jagung dan serbuk koko.

**Campuran tepung gluten free  - 2 cawan tepung ubi,1 cawan tepung beras,2 cwn tepung jagung non GMO , 1/2 cawan tepung kentang****


BISKUT BADAM COKLAT

1 1/2 cawan tepung gluten free  
3/4 cawan brown sugar/organic molasses sugar-kisar halus
4 sb serbuk badam
4 sb badan cincang halus
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sk baking powder
 minyak jagung 

Cara : Gaul tepung gluten free bersama serbuk koko.Masukkan serbuk badam,baking powderdan  juga gula perang.Kacau hingga sebati.Masukkan minyak jagung sikit-sikit.Gaul sebati hingga membentuk doh dan boleh di gentel  .Buat bentuk bulat dan tekan dengan garpu.Dalam masa yang sama,panaskan oven 180 darjah celsius dengan api bawah.Oven dah panas boleh masukkan adunan biskut tadi.Set masa dalam 10-15 minit hingga biskut masak keperangan . 


Ok,selamat menjamu mata dulu.....daaaaa



23 Mei 2018

NASI JAGUNG & THE GENG--->RAMADHAN #6


Assalammualaikum wbt....

Hari ni baru sempat nak tayang menu iftar semalam.Menu tak berapa nak diet...hehehhe..Balik-balik keje jer semalam,buka esbok tengok ada susu cair dan  kernel  jagung,terus terlintas idea nak buat Nasi Jagung sempoi ni.Sebab apa sempoi....sebab takde tumis-tumis, terus masuk semua bahan dan tanak macam nasi biasa. Jadi jugak macam nasi jagung yg kena tumis bahan dulu tu.Yang ni tak payah,macam main campak-campak je bahan dalam periuk,pastu tanak nasinya...

Dan yang paling bestnya,kat rumah ni ada pembantu chef dapur bertauliah,segala bahan macam bawang dan ayam,telah siap disediakan sebelum Liza sampai rumah,makanya tugas memasak terus menjadi mudah...πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„



NASI JAGUNG 
Bahan-bahan :
2 cawan beras basmathi -bersihkan dan toskan
1 btg serai diketuk
1 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih-mayang halus
 Buah pelaga, kayu manis,cengkih -agak2/ikut suka nak letak berapa 
Susu cair 1 cawan + 2 cawan air 
1 setengah cawan kernel jagung
Garam secukup rasa
1 sb minyak jagung

Caranya : Campurkan semua bahan dalam periuk nasi.Perasakan dengan garam.Kacau-kacau bagi sebati.Masak macam nasi biasa.Memang sempoi dan mudah...hahaha.


AYAM KURMA
Bahan-bahan :
2 ketul ayam bahagian dada-potong kiub
1 bj bawang merah dan 2 ulas bwg putih-hiris halus
2 cawan air-dicampurkan dengan 2 sb rempah kurma dan serbuk cili 
2 bj kentang  dibelah 6
1 bj lobak merah-dipotong kiub
Buah pelaga,cengkih,kayu manis-ikut suka byk mana anda mau letak
1 sb minyak zaitun
Gula perang dan garam secukup rasa
1/2 cawan susu cair

Caranya :
Tumis bawang merah,bawang putih dengan minyak zaitun.Masukkan air yang dicampur rempah kurma .Masukkan kentang,lobak merah dan ayam.Perasakan dengan garam dan gula.Masak sampai semua bahan empuk.


PENCUK NENAS &EPAL HIJAU

Bahan-bahan:
7  ketul nenas yg dah siap dipotong- jadikan ketulan kecil
1 biji epal hijau-potong kiub
1 bj lada merah-hiris halus
1 bj bawang merah-hiris halus
Gula perang dan garam secukup rasa

Caranya :
Semua bahan dicampurkan dan digaulkan sebati.





Selamat berbuka untuk hari ini.


Sekian






22 Mei 2018

UDANG SWEET SOUR--->#RAMADHAN KE 5 #


Assalammualaikum wbt..

Ketemu lagi kita di hari ke 6 Ramadhan..Semoga berat anda semua makin turun..hehehe.6 hari posa ni,berat I turunlah jugak,2 kg....yahoooooo.......Yang penting,makan masakan sendiri.Jangan jejakkan kaki ke basar ramadhan,nanti semua mau di beli.....πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ.Lagi satu,jangan minum air manis.Sebab Liza dah 5 bulan tak minum air manis(adalah cheat jugak minum air manis,teh o gula perang dan air buah),itu satu kelebihan lah jugak berat berkurang.Makan nasi still makan,beras perang@ basmathi---->yang penting,hanya sepenumbuk/segenggam tangan sendiri......Kuih muih makan 2 ketul kalau teringin bebenor..hahaha.


Dapur induksi ni memudahkan proses memasak walaupun Liza sampai di rumah pukul 5.45pm.Walaupun waktu bekerja dari 8.00am -4.30pm,tapi sebab Liza masuk office lewat,makanya,pulanglah lewat kan.
Berjasa sungguh dapur induksi Philip tu tau...Memudahkan kerja memasak dan yang penting bil elektrik setiap bulan tak tinggi mana.Tak pernah mencecahkan RM80 walaupun 100% penggunaan peralatan elektrik termasuk aircond kat rumah ni.Mungkin sebab penghuninya hanya berdua sahaja kot....sebulan sekali baru mak ayah dan adik beradik bertandang ke rumah.
Cerita  mengapa Liza terpaksa guna Induksi ni, boleh tengok kat post ni----->POBIA PUNYA  PASAL ......😊😊😊

Menu simple untuk kami berdua.Yang penting kenyang dan menyihatkan sebab masak sendiri . Pernah 2 tahun lepas beli makanan kat bazar ramadhan,kena food poisoning...memang serik sangat2...3 -4 hari demam dan perut sakit sgt2 .


Sekarang dah hampir 3 tahun tak jejak kaki ke bazar ramadhan kalau musim puasa sebab dah serik.Biarlah masak sesimple mana,janji kita tau cara kita masak kat rumah,bersih.No gula,no perasa ajinomoto,less salt,dan yg penting guna minyak zaitun kalo nak tumis2 bahan.Goreng ayam ikan guna air fryer....

Oklah,malas nak celoteh panjang2..cukup sampai sini dulu.
Nah resepi Udang Sweet Sour sempoi.

UDANG SWEET SOUR 
10-13 ekor udang putih saiz sederhana--buang kepala dan dibersihakan
*1 bj bawang holland-potong dadu
*2 ulas bwg putih-hiris halus
*2 biji lada merah-hiris halus
*Separuh lada benggala hijau,merah & kuning - potong dadu
Gula perang- secukup rasA
1 sb cili sos +1 sb tomato sos +100ml air masak
2 ketul nenas-potong dadu
10ml minyak zaitun untuk menumis

Cara-cara:
Tumiskan bahan-bahan yang bertanda * dengan minyak zaitun dalam kuali nonstik.Kacau hingga naik bauk.Masukkan nenas,perasakan dengan sos cili,sos tomato dan perasa dengan gula perang.Liza tak letak garam sebab sos cili dan tomato tu kiranya dah ada garam tersembunyi..hahaha.Mau rasa manis2 tu,Liza letak gula perang secukup rasa.Akhir sekali baru masukkan udang.Gaul rata hingga sebati .Jangan masak udang lama2,nanti keras.Agak2 nampak udang dah masak,offkan dapur induksi.


Sekian.........





21 Mei 2018

MENU IFTAR SEMPOI ....

Assalammualaikum wbt...

Salam #5 Ramadan # buat semua..Moga  hari ni lebih baik dari hari semalam.Dah 5 hari puasa baru Liza nak update blog.Maklumlah,sambut ramadan pertama hingga ke 3 di rumah mak ayah,takdelah menu yang bebenor best nak tunjuk.Maklumlah masak pun sesimple dan tak gempak...hahahaha.Kat rumah mak ayah,makan menu yang tak berapa nak diet..hahaha.Main bedal je semua.

Bila balik rumah sendiri, masaklah sesimple mungkin dan menepati citarasa diet Liza...hahaha.MrHbby pun terpaksa merelakan tekaknya makan menu yang simple,janji kenyang...πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„


Nak kata menu diet,tak jugak lah sebab ada Sambal Tumis Mak Jah yang di import dari rumah mak,siap frozenkan.Tapi nasi goreng and mix veggie tu di goreng tanpa minyak...hahaha.Macam mana tu....cubalah try test.Goreng bahan2 nasi  tu tanpa minyak,letak garam dan cili padi  secukup rasa,masukkan nasi,bagi gaul sampai sebati.Tutup api,nak bg nampak tak kering,tuang sesudu kecik minyak zaitun(kurang kolestrol)..kacau sebati..Taraaaaa.........nampak jadi mcm nasi goreng...
Samalah gak macam mix veggie tu..😁😁😁
Ikan tenggiri tu perap dengan garam secukup rasa, serbuk cili,serbuk kunyit dan kari.Pastu masuk air fryer,set masa 20 minit dgn suhu 160 darjah...
Sib baik mrHbby jenis tak kisah...dia makan jer tolak batu kayu..hahaha

Cukup lengkap dengan karbo,protein,sayur dan buah untuk fiber....dan air masak dlm 2L ..Takde air manis yer.Manisan dah boleh dapat dari 3 biji kurma....
Cukuplah tu...😊😊😊



Tu throwback menu semalam.Untuk hari ini,tak tau plak menu apa yang mau dibuat.....

Sekian dulu......





17 Mei 2018

SALAM RAMADHAN 1439H





Alhamdulillah..............
Dipertemukan Ramadhan kali ini dengan dikurniakan kesihatan yang baik..
Didoakan semua rakan-rakan dapat menempuh cabaran berpuasa sepanjang Ramadhan ini dengan diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Aminnnn..YRA



4 Mei 2018

TAUHU BERGEDIL VERSI SIHAT


Assalammualaikum...wbt..

Selamat berhari minggu....(Jumaat kat sini cuti..hehehe).
Pagi ni,Liza ngah mood rajin yang teringin mau makan makan viral tu---->Tauhu Berdegil.
Tapi ,Liza buat versi diet sihat...hahaha..Tak goreng tau...
Meh layan resepi yang dah Liza olah dan derhaka dari resepi asal yang orang lain viralkan tu.


TAUHU BERGEDIL VERSI SIHAT
(2-4 orang makan)

Bahan-bahan :
2 bungkus tauhu kering yang selalu digunakan untuk tauhu bakar ( ada 20 ketul,Liza beli kat tesco)
4 biji kentang holland (tekstur dia lembut bila dah direbus,senang lenyek)
3 ulas bawang putih -hiris halus
2 biji bawang besar-hiris halus
2 tangkai daun bawang/sup -hiris halus
2 -3 biji telur
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
200g Daging kisar- jenama ramly
1 sb minyak zaitun untuk tumis bahan-bahan inti bergedil
1 tangkai cili merah sebagai hiasan

Cara -cara :
  • Kupas dan rebuskan kentang holland direbus hingga lembut.Bila dah lembut,toskan air dan lenyek.
  • Tumis bawang merah,bawang putih dengan minyak zaitun.Masukkan daging kisar dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan kentang.Perasakan dengan garam,lada sulah dan akhir sekali taburkan daun bawang.



  • Tauhu kering tu dibelah bentuk X ditengah tauhu untuk memudahkan inti disumbatkan ke dalamnya.Buat hingga habis.
  • Telur dipecahkan dalam mangkuk dan diletak secubit garam
  • Celupkan tauhu berinti tu kedalam telur satu persatu



  • Oleh kerana versi sihat sebab tak mau goreng berminyak-minyak,selepas celup dengan telur tu sehingga abis,susun dalam air fryer.
  • Tetapkan suhu air fryer dalam 140 darjah dengan masa 15 minit.


Siap...hiaskan dengan ditabur cili merah.Cicah dengan kuah kicap cili........
tadaaaaaa

v
v
v
v

Selamat menjamu selera dan mata😎😎😎😎



Sekian




NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails