Memaparkan catatan dengan label IKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IKAN. Papar semua catatan

3 Mei 2018

GRILL SALMON & THE GANG......


Okay.....

Lunchbox I hari ni paling simple------>Grill Salmon and The Geng.(Air lemon,buahan,salmon ,sayuran)...Ermmm cukup lengkap dengan piramid makanan yang memerlukan karbo,protein,fiber...dan yang penting,cukup dengan keperluan kalori diri sendiri.



Grill Salmon & The Gang 
(2 orang makan)

2 ketul ikan salmon - (perapkan dengan 2 sk lada hitam kasar,1 sk serbuk kari ikan,garam secubit,gula perang secubit)-->pastu grill dalam kuali nonstik hingga masak
Kacang edamame-rebus dalam 7-10 minit dengan garam secukup rasa.Jangan rebus terlalu lama tau.
Timun jepun dan tomato cerri -sebagai hiasan dan ulaman
Keledek oren 2 biji & 2 biji kentang -rebus hingga empuk (letak garam dlm air rebusan tu yer

Bahan2 yang dah siap,disatukan dlm bekas dan hias ikut suka mata dan tekak sendiri...hahaha.

Okay,siap..boleh bawak bekal ke pejabat.
v
v
v
v
v

Selamat menjamu mata 

************************************

20 Januari 2018

ASAM PEDAS KIMCHI


Assalammualaikum dan selamat petang hari Sabtu..

Hari minggu ni takde aktiviti bersiar2 atau window shopping dengan mrHbby..So,Liza praktikkan skill di dapur..hahaha

Ok..Menu hari tak berbento, just simple jer..

ASAM PEDAS KIMCHI

Bahan-bahan :

4 ketul ikan merah
2 senduk cili kering yg telah dikisar bersama 2 bj bawang merah ,6 ulas bwg putih,1 inci halia
2 cawan air
Garam secukup rasa
Gula perang secukup rasa
1 sb minyak zaitun untuk menumis
2 sb kimci dan sawi jeruk
1 bj tomato sbg hiasan

Cara-cara :

Tumis cili blender dgn minyak zaitun.Kacau hingga kering.Masukkan air ,kimci dan sawi jeruk.Tutup periuk bagi didih.Akhirnya masukkan ikan dan perasakan garam gula hingga air mendidih sekali lagi dan ikan masak sepenuhnya.Saya tak letak asam jawa sebab kimci dan sawi jeruk dah ada rasa masam.Hiaskan dengan tomato.Kalau sesiapa suka letak perasa ajinomoto/msg,silakan,ikut kesukaan masing.Saya memang tak suka guna msg.




Sila makan selepas 1 jam masak bagi ikan tu serap dan sebati kuahnya,barulah umpphhhh....Kimci tu saya tak reti nak buat,saya just beli kat pasaraya Tesco yang ada jual.Tapi sesiapa yg rajin nak buat kimci,silalah google resepinya.

Nilah kimci yang saya gunakan untuk asam pedas ni.

v
v
v
v





Daaaa...sekian.

Selamat berhujung minggu.




13 Jun 2016

SATU HARI DI BILIK OPISKU ............


Assalammualaikum wbt....

Salam ramadhan yg ke 8....

Takde citer yg best....cuma nak habaq yg sekarang ni musim student tengah exam...

Jadinya,mood sekarang sedang membz kan diri menyiapkan markah kerjakursus terutamanya yang takde exam nie...

Student dah asyik tanya...takpe,sabar ye nak......mak sibuk sikit nak masuk markah nie.......


Bosan2...masuk markah online dalam sistem,meh kita tengok Ciku Ciki...nama ikan laga kita....hehehehe


Gambar close up......kita dah tukar kolam renang dia bg besar sikit pandangan depa berdua nie...Bukan apa,sebab masa I tayangkan Ciku Ciki yg awal2 tu,ada hamba Allah mesej suh tukar bekas yg lebih besar sebab mcm tersiksa depa dlm bekas nie...

Bekas kat bawah nie...

v
v
v


 
Apa-apa pun,terima kasih pada sahabat tersebut kerana mengingatkan diri ini untuk lebih mengasihi sesama makhluk.....

So,i tukar ke bekas lebih besar sikit sebab baru berkesempatan nak gi kedai akuarium utk cari bekas besar sikit nie....Nanti ikan dah besar sikit,I beli yg lagi besar yer......


Sekian.....nak nap dulu jap sementara tunggu zohor...hahahaha..tu yg bestnya ada bilik sendiri..boleh kunci pintu dan tido.......

28 Januari 2015

BENTO # 4 - BRUNCH (BREAKFAST + LUNCH ) HARI NIE


Assalammualaikum wbt...

Mood saya hari nie baik sangat2...alhamdulillah.Malah, kerajinan saya juga bertambah-tambah...almaklumlah sekarang student tengah cuti,jadinya mood bersantai2 di opis bermula setelah penat berhempas pulah menanda paper final student....

Bento saya hari nie adalah PASTA RONGGENG UDANG dan CEKODOK ROTI JAGUNG....
Menu untuk BRUNCH saya hari ni....


tapi kannnn.....

Saya masak jugak untuk menu LUNCH MrHb saya jugak...jadinya dia tak perlu keluar duit utk beli makanan tengahari sebab saya dah tolong masakkan menu pagi dan tengahari dia sekali...JIMAT KAN.....hehhee...Alang2, siap lepas utk makan malam punya...hahahahaha...

v
v
v
v


Ikan kerisi lemak cili api dan Sawi tumis air....menu yg amat sempoi untuk orang2 yg bekerja waktu pejabat seperti saya...hehehe

Walaupun saya tak berjaya di dunia...saya nak berjaya di akhirat kelak...berbakti dan berjihad di jalan Allah dgn menjalankan tugas dan tanggungjawab kecil menyediakan makanan utk pasangan hidup.Walaupun tak seberapa pada pandangan orang lain,tapi pada pandangan DIA..amatlah besar....... 

Ok....selamat menjamu selera dan menjamu mata......
Esok saya nak cuti2 makan angi di negeri Lagenda bersama Mr Hb..........

Sekian.

Wassalam

20 Ogos 2011

KEROPOK LEKOR

 Assalammualaikum dan selamat pagi Sabtu....

Lama Liza tak masukkan n3 menu berbuka....bukan apa,asyik masak menu2 yang simple,malas nak tepek kat blog...
So,bile rajin wat menu nie,dan amik resipi dari BLOGRESIPI  dan BR juga ikut resipi jiya kat myresipi.Tapi tulah,myresipi tak bole nak buka....ada problem...huhuhu.Sori jiya,bukan tak mo link,nanti myrespi dah ok,akak linkkan yer.......

Memang puas hati sebab buat sendiri bole letak ikan banyak2,jadi lebih rasa ikannya......


Keropok nie lepas di celur dulu dn barulah 
digoreng................tgok minyak dia tu....menambahkan kolestrol tu




Yang nie plak,tak di celur dalam air panas,lepas di gentel dan uli terus goreng.....pun sodap gak....

Keropok Lekor 
sumber :Jiya & BR


BAHAN-BAHAN:(Liza buat separuh adunan jer)


1 kg ikan kembung 
5-10 ulas bawang putih
1 kg tepung ubi/kanji 
2 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder
Garam secukup rasa
Perasa
Air


CARA-CARANYA:
  1. Asingkan isi ikan dari tulang.
  2. Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.
  3. Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli…
  4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer…
  5. Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.
  6. Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.


Hasil yang telah di gentel dengan saiz yang tak sama.......hahaha.Malas sebenarnya tu,janji ada nampak ala2 kepok lekor...




18 Ogos 2011

IKAN DORI BERLADA

























Assalammualaikum dan selamat pagi khamis..


Menu semalam yang dimasak tuk berbuka.Baru sempat nak tepek kat sini.....Malas nak citer panjang2,layan jelah gambar nie dan resepinya yang Liza ikut dari SINI .
Nak resipi ,masuk sednri kat situ yer....Empunya diri malas nak tepek kat sini.......hehehe.






10 Ogos 2011

KERUTUP IKAN

Menu buka pose tadi.....................hari nie masak yang simple2 ajer....selalunya daging dan ayam jer yg Liza buat kerutup,tapi hari nie selamba badak jer nak coba2 kalo masak kerutup ikan.Kita yang buat dia,janji bole makan,,,,,,................

BAHAN-BAHAN:



4 ekor ikan-digoreng (Liza guna ikan kembung...tu jer yg ada dlm esbok)
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik




1/2 bawang besar*


1/2 inci halia*


2 ulas bawang putih*


1 batang kulit kayu manis*


2 kuntum bunga lawang*


2 kuntum bunga cengkih*


2 biji buah pelaga*


3 sudu besar minyak*


*bahan di tumis
Cara Penyediaan
  • Bersihkan ikan dan digoreng garing.
  • Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi.
  • Kemudian masukkan campuran rempah tadi.Masak sehingga pecah minyak
  • Masukkan ikan yg digoreng tadi dan santan. Masak sehingga  kuahnya betul-betul pekat.
  • Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
  • Siap untuk dihidang.
Pastu di lawankan dengan 




First time makan terung pipit nie,sedap..............


6 Julai 2011

BAWAL MASAK HITAM BERKERISIK


























Assalammualaikum............
Apa khabar kawan2 semua...Lama tul Liza tak masuk entry masak memasak kan...hehehe.Saje nak berehat sebentar bagi menenangkan diri dan selama nie pn masak ala kadar jer,sekadar mengalas perut,jadi nak tunjuk kat blog.....tak gah...malu plak...
So, hari nie sempatlah tunjuk menu sempoi yang mudah....jom layan resepi  yg adooo nie....main campak2 apa yg ada kat rumah



Bawal Masak Hitam Berkerisik
Sumber : resepi mak

Bahan-bahan :



3 ekor bawal sederhana besar (digoreng dulu)
2 sudu besar kicap pekat
kicap manis/masin secukupnya
rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan cengkih)
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar serbuk kari ikan
2-3 sudu makan kerisik
air secukupnya


Bahan-bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
Cara-cara :
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam periuk/kuali. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian, masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ikan bawal yang sudah di goreng  tadi. 
  3. Masukkan kicap manis/masin secukupnya, garam, gula, kerisik dan air asam jawa. Kacau rata-rata.
  4. Setelah kuahnya hampir pekat, tutuplah api. Biarkan ia merenih seketika.
  5. Hidangkan masa panas....perggghhhh




5 Jun 2011

ASAM PEDAS CLAYPOT & KANGKUNG BELACAN,MENU SEMPOI TENGAHRI NIE....

Asam pedas ikan selar yg di masak dalam claypot.......ermmm,rasa lain kalo masak kat priuk biase...apasal tah....ker,claypot nie yg bermasalah....hehehe



Menu sempoi hari nie..........malas nak tepek resepi....

Oleh kerana petang Ahad nie dok melepak jer kat rumah sebab semalam dah seharian kuar jenjalan sambil layan X-Men First Class, so hari nie dok diam2 kat umah...menjimatkan poket...hahahaha


Jom layanz gambo je yer......

1 Mei 2011

FILLET IKAN DORI BERSOS PEDAS


Assalammualaikum.................
Menu tertunggak nie dimasak pada hari Jumaat .Oleh kerana semalam (Sabtu ) , Liza gi KL semata2 nak pi Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC dan jalan2 di pasar malam Jalan TAR semata2 nak makan2 angin mengimbas kenangan lalu sewaktu berdating dulu2...so baru hari nie sempat nak tempek kat blog nie....huhuhu.

Layan jelah gambar nie dan resepinya yg Liza amik dari dapur  INTAN KITCHEN. Tak pernah lagi wat menu nie sebab tak teringin pun nak beli fillet ikan dori tu,sbb tak tau nak dipelbagaikan dengan resepi apa.Tapi bile termasuk blog INTAN KITCHEN,nampak tertarik plak nak cubanya.Memang sodappp.....
Thanks bebanyak kepada tuan punya resepi...Kak Azlita Aziz.Liza amik resepi nie yer ,minta izin dan dihalalkan....hehehe








FILET IKAN DORY BERSOS PEDAS

BAHAN-BAHAN

3 keping filet ikan-Liza beli ikan dori yg jual kat JUSCO tu
1 camca teh serbuk lada sulah
1 biji putih telur
sedikit tepung jagung
1 genggam Mix vegi
5 ketul cendawan shitake-dihiris nipis



Bahan Kisar

4 ulas bawang putih
2 cm halia
5 biji cili api

Bahan Sos
2 sudu besar sos tomato
2 camca besar sos cili

1 camca besar sos tiram pedas
1 sudu besar kicap MANIS

1 kiub ayam
sedikit air


CARA-CARA

Ikan dicuci bersih dengan perahan limau nipis untuk hilangkan bau hanyir. Gaul  ikan dgn serbuk lada sulah dan kemudian celupkan dlm putih telur dan lumurkan pula dgn tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng filet ikan hingga kuning keemasan. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.

Ambil 3 sudu besar lebihan minyak mengoreng ikan tadi dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan bahan sos ,mix vegi dan cendawan shitake.Masak hingga kuah pekat dan mendidih. Tuangkan sos itu atas ikan yg telah dihidang atas pinggan. Hidangkan panas.




31 Mac 2011

ASAM PEDAS BUNGA KANTAN

 Assalammualaikum.......................
Baru berkesempatan nak tepek menu diner semalam....hehehe.Orang lain sume dah tepek kat blog memasing menu hari nie punya,tapi Liza........Takpelah,janji tepek gak kat blog kan........Sori yer....Owang lain masak asam pedas tuk makan tengahari,Liza plak,wat makan malam......hehehe.Pastu,pagi tadi...faham2 jelah kalo dah makan pedas2 cam gini...esok pagi,bole kira masuk Tan.........huhuhu.Resipi main campak2......Janji masuk tekak sodapppp....hehehe.Jomz layan resipi yg ado yer...





BAHAN :



3 potong ikan merah

3btg bunga kantan- dibelah empat
4 sudu besar cili kisar - Liza beli jer cili kisar kat kedai,tak sempat nak kisar2
2 biji bawang besar-dihiris halus
2biji bawang putih-dihiris halus
1/2 (setengah) inci halia-dihiris halus

1 kpg asam keping

air secukupnya

garam dan gula secukup rasa
sedikit myk utk menumis





CARA:


1. Panaskan myk dlm periuk. Tumiskan  bawang2 yg dihiris dan halia,pastu masukkan cili kisar. Kacau sampai cili kisar masak dan barulah  dimasukkan air. Tmbh garam & gula secukupnya.


2. Dah menggelegak kuahnye tu barulah masukkan ikan dan bunga kantan. Sesekali kacau hingga masak. Siap utk dihidang...

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails