Memaparkan catatan dengan label DESERT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DESERT. Papar semua catatan
30 November 2017
13 April 2015
HOMEMADE ICE CREAM CHOCOLATE & BANANA SPLIT
BAHAN-BAHAN HOMEMADE ICE CREAM
:Sumber FB Ara Atan
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula
1/4 cwn gula perang
3/4 cwn susu full cream
1 setengah cwan whipping cream anchor
1.5 tsp esen vanilla
Secubit garam
1/2 cwn gula
1/4 cwn gula perang
3/4 cwn susu full cream
1 setengah cwan whipping cream anchor
1.5 tsp esen vanilla
Secubit garam
Blend semua bahan diatas -saya guna blender biasa jer
Sejukkan dalam freezer selama 3 jam
Blend sekali lagi hingga soft
Dan freezer sampai beku
Sedia untuk dinikmati.
Sejukkan dalam freezer selama 3 jam
Blend sekali lagi hingga soft
Dan freezer sampai beku
Sedia untuk dinikmati.
BANANA SPLIT
2 biji pisang berangan
4 skop ice cream-ikut suka,nak berapa banyak pun bole....
1 sudu kecil chocolat rise
1 sudu kecil chocolate rise warna warni
kismis ikut suka
beberapa keping cornflake
2 biji pisang berangan
4 skop ice cream-ikut suka,nak berapa banyak pun bole....
1 sudu kecil chocolat rise
1 sudu kecil chocolate rise warna warni
kismis ikut suka
beberapa keping cornflake
Hias dalam pinggan ikut suka hati anda,janji sedap di ngapp ke mulut.......
4 Julai 2013
OREO CREPE DESERT WITH CORNFLAKE
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...........
Sebenarnya nie n3 tertunggak....buat hari minggu hari tu.Masa merasmikan induction cooker baru sebab dah takmo guna dapur gas dah.Liza nak buat 'CREPE OREO' yang ala2 crepe durian yang gebu cam bantal kecik tu...Tapi di sebabkan tak jadi lempengnya disebabkan dimasak guna multi cooker elektrik,crepenya tak membentuk cantik.Tu yang keburukannya bila memasak guna elektrik akibat fobia nak guna dapur gas cam kat citer NIE...
Oleh kerana otak nie kreatif...buat gak hiasan cam gini.Janji boleh makan...hahaha.Resipi crepe tu boleh tengok kat sini Myresepi.Pastu letak whipping cream segera dalam tin,dan letak oreo hancur dan cornflakes.Letak dalam peti ais 15 minit....kuarkan danpastu makan....memang sedap walaupun jadi desert bentuk lain.....MrH pun cakap sedap....tak pernah dia makan desert camtu lagi...hahaha...sebenarnya nak buat crepe oreo ,jadi bentuk lain plak...apa2 pun memang terbaik kat tekak kami berdua jer...kalo anda nak tahu kesedapannya,buatlah...takyah susah2 buat bentul bantal comel tu......hehehehe
12 Ogos 2011
KUIH TAKO
Kuih Tako dalam gelas cumel.......
Assalammualaiukum.....Kuih Tako nie di buat sebagai pencuci mulut semasa berbuka semalam.First time buat sebab bukan penggemar setia kuih tako time bulan2 pose.Jadi,kerana nak tau apa rasanya bile wat sendiri,so mencabarkan diri untuk ketahui apa istimewanya Kuih Tako nie lebih2 lagi letak dalam gelas kecil....hehehe.Dan dah ramai blogger2 masakan yang dah buat menu nie...so,resipi nie Liza amik kat blog kak Ita.Mohon izin tuk kongsi resipi akak kat blog saya nie yer.....Thanks,dan memang sedap.....
KUIH TAKO
Lapisan Bawah
25 gm tepung hoen kwe - hijau
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina - di potong dadu
Lapisan Atas
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan sartan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air
secubit garam
Liza guna gelas kecil jer sebab takde daun pandan.
Aturkan potongan sengkuang Cina dalan gelas kecil tu.
Campurkan semua bahan Lapisan Bawah dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam gelas yg diisi sengkuang tadi.
Kemudian ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais.
Sengkuang cina tu,Liza letak banyak...sebab nak makan sendiri kan......letaklah berapa banyak yg anda suke.....hahahhaa
Daaa.................terima kasih sudi cuci2 mata kat sini
3 Mei 2011
BUBUR BARLI & JAGUNG
Assalammualaikum....
Bubur nie,Liza wat pagi tadi sebelum gi opis.Memandangkan barli yg direbus untuk diminum sebagai penyejuk badan ,dekat sepriuk,jadi,Liza amik separuh untuk wat ala2 pengat gitu.Manis dan menambahkan lemak dibadan sbb guna santan...hahaha.
Meh layan gambo dan resepi yg ada yer.....Liza guna resepi cam bubur cha-cha tu,cuma ganti barli dan jagung..Pastu,letak dalam esbok,balik nanti nak pekena sejuk2 punya...perggghhhh.mengancam tekak...hahaha
Layannnnzzzzzzzz....
BAHAN-BAHAN:
1/4 cawan barli (di rebus sampai empuk)
1 tin jagung manis
1 kotak santan
300 ml air
150 gm gula pasir
½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
2 helai daun pandan (disimpul)
300 ml air
150 gm gula pasir
½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
2 helai daun pandan (disimpul)
CARA-CARA :
Masukkan santan, air, gula, garam & daun pandan.Tunggu hingga mendidih.
Masukkan jagung manis & barli. Kacau rata. Biarkan sekejap.
Siap untuk dimakan panas2 atau nak sedap lagi masuk dlm esbok.Makan waktu sejuk......best woo makan time cuaca panas...hehehe
8 Mac 2011
DULCE DE LECHE (versi BAKAR KAT OVEN)
Lama dah Liza skodeng kat blog Hana,KakAyu ,dan blogger2 yg lain.Memang teruja nak wat sebab nak tau apa rasanya,tapi takut nak cuba sbb tak berani nak hadapi kalo meletup...huhuhu.Memang dalam internet banyak versi cara2nya mcm ne nak wat.Tapi dalam byk2 method tu,Liza nak cuba kaedah bakar dlm oven sebab rata2nya ramai yg dah wat guna kukus dlm pressure cooker,so Liza try lah wat petang tadi.Kira senanglah jugak sebab masuk oven jer,pastu set suhu lebih kurang 220C.....Dan akhirnya.......Liza jumpa guna kaedah oven kat SINI. InsyaAllah,sekiranya pressure cooker yg Liza order dari rumah ChikMimi dah sampai kat umah ,Liza nak cuba wat plak guna pressure cooker....hehehe
CARA-CARANYA :
BAHAN:
1 tin susu pekat manis (apa2 jenama pun bole)
air panas
air panas
1. Panaskan oven kepada suhu yg tinggi (Liza guna
220 darjah celcius).
2. Buka penutup tin susu dan tuangkan dalam mangkuk pie atau mangkuk pembakar.Balutkan dengan aluminium foil.Letakkan mangkuk ini dalam dulang pembakar yg berisi air panas separuh dari paras mangkuk berisi susu pekat.Macam kat gambar atas tu....Pastikan air panas tu tak masuk dalam mangkuk yg berisi susu tu
.
3. Masukkan dalam oven dan dibakar dalam masa 1 jam.Dah sampai 1 jam,buka foil aluminium tu tuk pastikan susu tu dah pekat dan berwarna perang cam caramel.Kalo belum,tambah masa lagi. Liza tambah 20 minit lagi.
Inilah ruponya bile dah kuar dari oven.....Sejukkan dulu sekejap,barulah dikacau sampai kelihatan smooth.
4. Bila dah kelihatan likat dan berwarna perang pekat,keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.Kacau adunan tersebut sehingga kelihatan smooth
Tunggggguuuuuuuuuu.....akan datang resipi2 guna DDL nie nanti.......hehehhe
21 Februari 2011
AIS KRIM GORENG
Menu petang semalam yg terliuq tgok ais krim goreng kat blog otai2 masak.So,oleh kerana nak tau kelazatannya,Liza cubalah try test wat kat umah.Wat pagi2 semalam,pastu,petangnya goreng.Sedappp tul.........huhuhu.Thanks kakNor,Hana n K.LinaPg...sudi kongsi resepi.
AISKRIM GORENG by Lina Pg
3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
4. Tekan acuan telur yang bulat tu supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar).
5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman
sumber: Ina@Hana
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan:
* 10 keping roti putih
* 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
* Plastik wrap ( untuk balut roti)
* Minyak
Cara-cara:
1. Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
2. Skopkan aiskrim ke atas roti.3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
4. Tekan acuan telur yang bulat tu supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar).
5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman
6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak
18 Februari 2011
PULUT DURIAN
Just nak share apa yg Liza makan tuk petang tadi......Kat sini dah musim durian,so apa lagi,durian berlambak2 dijual disini.Malas nak tepek resepi sebab semua dah tau camne nak masak pulut durian kan..hehehe.Jom layanz gambar.Jemput makan yer........
5 Disember 2010
JAGUNG MANIS BERKELAPA
Errmmmm...menu petang semalam Liza wat nie jgak. Ikut resipi dalam buku 'Kompilasi Masakan Sabah'.Nak tau bukunya camne,bole klik kat sini. Dalam buku nie resipinya diberi nama KAMBUSI. Tapi Liza letak tajuk sendiri(ikut nahu BM yg betul...hehehe).
Jom tgok resipinya yer....Senang jer dan sedap gak...
BAHAN-BAHAN
1 cawan jagung (Liza beli yg dlm peket )
1/2 cawan santan pekat(guna yg kotak jer )
1/2 cawan air
4 sudu besar gula (ikut suka-tapi Liza tak suka manis sgt)
Kelapa parut ( Liza guna genggaman tgn Liza jer...hahaha)+garam secubit
CARA-CARA
- Rebus jagung bersama santan dan air.Masukkan gula.(Dlm buku resipi tu ,banyak skit step dia,Liza wat cara yg mudah...hehehe).Masak sampai kering.
- Bila dah kering,tutup api.
- Kelapa parut yg dah digaul garam,dikukus selama 5 min.Biar kelapa tu masak.Nanti makan,tak sakit perut...hehhehe.Sebab,dlm resipi buku nie,dia tak kukus....Liza kukus,ikut citarasa sendiri...(Pandai-pandai je Liza tukar resipi ek......hahahaa).
- Pastu,kelapa yg dah kukus nie digaul dengan jagung tadi.Gaul sekata.
- Dan boleh dihidangkan.Memang sedap,lain dari yg lain.
30 Oktober 2010
PENGAT LABU MANIS
Semalam pun Liza wat pengat labu sebab tengok labu yang dah beli dekat seminggu lebih,tergolek kat tepi dapur...tak tau nak wat apa,tetiba teringat kalo masak pengat labu pun sodap ,lebih2 lagi lawankan dengan roti macam kerak bumi tu....bertambah2 lagi sodap........hahahaha.Jom layan resepi yang adooo tu dan gambar yer.....
Bahan-bahannya:
1/2 biji labu- labu yg Liza beli nie memang manis
1 kotak santan1 keping gula melaka-dipotong2 kecil
1 helai daun pandan - disimpul
garam secubit rasa-bagi rasa lemak
gula - bila perlu shj
Cara-caranya:
- Labu dibuang kulitnya dan dan bijinya ,pastu dipotong kecil2.
- Masukkan labu yg telah dicuci dan dipotong ke dlm periuk yg berisi santan.
- Masukkan gula melaka dan daun pandan.
- Masak diatas api yg perlahan.Kacau seketika agar santan tidak pecah.
- Jika kurang manis bolehlah ditambahkan gula.Dan letak garam secubit rasa bagi melemakkan kuah pengat tu.
- Apabila telah masak bolehlah dipadamkan api.
- Pastu,makan panas2 dan lawan dengan teh o...........memang power.hehehe
16 Oktober 2010
PENGAT PISANG
Ermmm...
Nie plak dibuat tuk hidangan minum petang.....Pisang yang dibeli masa wat nagasari tu still ada lebih,so apalagi,Liza wat Pengat Pisang lah plak.Jom layan gambo dan resepi yang ado nie yer.......huhuhu.
Oleh kerana "syiok sangat" menonton tv dan lupa ada masak pengat kat dapur,pisangnya nampak lembik sebab terlalu lama nak tutup api gas...huhuhu.Sib baik ok dan bole dimakan...hahahha.
Bahan - Bahan:
5 - 7 biji pisang - di buang kulit, dihiris serong
Segenggam biji sagu saiz besar - di basuh dan dituskan
3 - 4 sudu besar gula merah
1 kotak santan pekat
2 - 3 sudu besar gula pasir -ikut suka samada nak manis atau tak
Garam secukupnya-untuk wat rasa lemak
Sehelai daun pandan - diikat.
Cara
- Santan di masak bersama air secukup nya. Masukkan daun pandan dan gula melaka, kacau sehingga gula larut.Masukkan sagu yang di tuskan tadi. Kacau lagi.
- Setelah sagu agak kembang, masukkan pisang yang sudah di hiris. (jgn masuk pisang terlalu awal,nanti hancur dan lembik sangat.)
- Letak gula secukup rasadan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.
- Setelah kuah pengat agak pekat, dan sagu kembang sepenuhnya (tak ada yang masih putih) - angkat dan hidangkan panas.
Langgan:
Catatan (Atom)












