Assalammualaikum dan slamat malam........
Dah lama tak nunjuk n3 masak memasak...So,oleh kerana rajin malam nie,menu makan malam yg sempat Liza buat seperti kat bawah yer....Ramai kengkawan blogger masakan dah banyak menayangkan kat blog masing2....Liza jer yg ketinggalan ketapi tuk tayangkan kat sini...huhuhu..Takpe,...........biar lambat asalkan selamat..(hahahaha,tak masuk/kena langsung utk n3 nie)
Jom layan gambar nie je yer...resepi seperti kat SINI, tapi Liza gantikan roti dengan biskut kraker cap ping pong.Resepi sempoi untuk orang tak rajin macam I...hehehe
Kalo nak tengok yg lagi best punya resipi,boleh tengok Norzailina Nordin.
Bahan-bahan :sumber resipi dari SINI
1 bungkus biskut krim kraker
400 g daging kisar
3 biji kentang-dipotong dadu kecil2
2 sb rempah kurma-bancuh dgn sedikit air
1 sb serbuk cili
1 biji bawang besar dicincang halus
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin susu cair
Keju mozarela -ikut suka nak letak kat atas biskut -Liza tak letak sebab malas nak beli
3 sb minyak zaiton untuk menumis
Garam dan gula
Cara-cara:
Untuk inti: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan merah hingga naik bau.Masukkan rempah kurma dan serbuk cili.Kacau rata dan masukkan daging.Perasakan dengan garam dan gula.Masak hingga kering dan sejukkan.
Untuk roti lapis : Biskut direndam sekejap dalam susu cair ,susun biskut di bahagian dasar loyang hingga tiada ruang kosong.Taburkan inti daging di atasnya .Buat lapisan seperti kaedah tadi hingga abis semua bahan-bahan tadi.Bakar dalam oven selama 45 minit atau sehingga masak.Hidangkan dengan sos yg anda suka.Makan gitu saje pun sodap.....
Sebelum di bakar dalam oven
Ngah membakar diri...............

