Assalammualaikum wbt....
Dah hari ke 16 ramadhan hari ni.Dan selama tu,tak sempat nak update blog ni.Berbuka pun dengan makanan yang simple2,jadinya menu yang pernah dan berulang2 ditayangkan kat blog.Makanya,berehatlah dulu dari mengupdate blog yang tak seberapa ni
Hari ni lepas subuh,sempat buat biskut untuk diri sendiri yang berdiet...hahaha
Biskut Badam ni tak guna gula kastor@gula putih,takde tepung gandum,takde telur,dan tak guna butter...hahahaha. Nilah hasil resepi yg di google untuk biskut yang no gluten,no white sugar....
Liza cuba try test untuk makan sendiri dulu.Dah siap biskutnya,tak boleh nak merasa..Tunggu berbuka puasa dulu baru bole rasa.
Okay,resepinya ni main try and error. Guna gula perang,tepung ubi kayu,tepung kentang,tepung jagung
--->campuran tepung2 ni,tepung yg organic,no GMO yer pastu tanpa butter/margerin,Liza guna minyak sayuran/jagung dan serbuk koko.
**Campuran tepung gluten free - 2 cawan tepung ubi,1 cawan tepung beras,2 cwn tepung jagung non GMO , 1/2 cawan tepung kentang****
BISKUT BADAM COKLAT
1 1/2 cawan tepung gluten free
3/4 cawan brown sugar/organic molasses sugar-kisar halus
4 sb serbuk badam
4 sb badan cincang halus
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sk baking powder
minyak jagung
Cara : Gaul tepung gluten free bersama serbuk koko.Masukkan serbuk badam,baking powderdan juga gula perang.Kacau hingga sebati.Masukkan minyak jagung sikit-sikit.Gaul sebati hingga membentuk doh dan boleh di gentel .Buat bentuk bulat dan tekan dengan garpu.Dalam masa yang sama,panaskan oven 180 darjah celsius dengan api bawah.Oven dah panas boleh masukkan adunan biskut tadi.Set masa dalam 10-15 minit hingga biskut masak keperangan .
Ok,selamat menjamu mata dulu.....daaaaa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen kat sini;: