16 Januari 2018

TORTILLA TUNA GULUNG

Assalammualaikum wbt...hai..selamat petang.

Menu bento saya pada hari ni,menu yang paling sempoi..tapi mengenyangkan...

v
v
v
v

 Tortilla Tuna  Gulung

Bahan-bahan
2 kpg tortila wrap 6 grains (jenama Mission )
4 sudu besar tuna in water (Liza guna  ayam brand)
2 bj bwg merah,2 ulas bwg putih dan 3 tgkai cili merah -hiris halus
1 sb minya zaitun
lada hitam dan gram secukup rasa

Cara-cara
 Tortila WRAP tu panaskan di atas kuali non stik tanpa minyak.Angkat dan ketepikan
Letak minyak zaitun dlm kuali.
Masukkan bwg merah,bwng putih dan cili merah yg telah di hiris.
Masukkan tuna dan kacau rata hingga sebati.
Perasakan dengan lada hitam dan garam.
Angkat dan biarkan sejuk.
Tortila tu di belah jadi kepingan kecil.Masukkan inti tuna yg sudah sejuk.
Dan gulungkan sehingga habis.





Condiments yg lain untuk dimakan sekali adalah,strifry arrowhead dengan kobis bunga,kacang peas dan jagung steam diperasakan dgn lada hitam dan garam.

Buah-buahan dan yogurt utk snacking...




Sekian...wassalam




2 ulasan:

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails