18 Januari 2013

CRAB STICK CHEESE PIE...


Assalammualaikum wbt....

Salam pagi Jumaat..Harap semua kengkawan sihat hendaknya....

Pagi2 nie sempat buat pie nie...inti dah siap sedia buat malamnya,pepagi lepas subuh kuarkan kulitnya dari esbok...kul 7.30am tadi bakar dan tak sampai 5 minit (sebab guna pie maker) dah siap...garing plak tu...


Makan seketul memang kenyang ...................tengahari takyah lunch dah....karbohidrat protein dan segala bagai dah siap terkandung dalam pie tu.....memang kenyang..



Bahan- bahan :

Kulit pastry yang Liza buat guna resepi INI ( Kalo malas,beli jer yang segera jenama KAWAN atau PAMPAS)

Utk inti :
Crab stick sepeket besar
250g mix veggie
2 biji bawang merah-hiris halus
2 sudu minyak zaitun -utk menumis
Serbuk lada sulah-ikut suka nak letak berapa banyak
Garam gula secukup rasa
Sebungkus keju cheddar

Cara: 1.Tumis bawang merah yang telah dihiris hingga naik bau.Masukkan semua bahan kecuali keju.Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula.Angkat dan sejukkan.

2.Letak kulit pastry yang telah di canai atas pie maker.Masukkan inti  dan tabur keju.Tutup dengan kulit pastry lagi bahagian atasnya.Tutup pie maker.Tunggu masak bila lampu hijau ready dah bernyala.Siap...memang cepat...tak sampai 5 minit dah masak...

Berbaloi sungguh Liza kirim beli kat kawan ...hehehee


 Nie dia...dah masak...garing dan ranggup..




Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........................

SELAMAT MENJAMU SELERA...




1 ulasan:

  1. bestnyer...suka semua resepi dr blog kak liza. senang nak try...

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails