TERIMA KASIH KEPADA KENGKAWAN YANG SUDI FOLLOW.LUV's U ALLZ...

Related Posts with Thumbnails

11 September 2014

BILER BACA ARTIKEL NIE...MACAM BACA KISAH DIRI SENDIRI..............HURMMMMMMMM


Assalammualaikum......

Sejak dua tiga menjak nie,dan sejak merawat kembali diri ini..memang diri ini mudah tersentuh dan terasa hati...terima kasih jumpa pada kawan2 alam maya yang "private message" di muka buka bercerita perihal perkara yang sama2 diamalami dan pulak tu,memang sedang buat phd.....Insyaallah,dalam n3 akan datang,Liza akan printscreen komen2 tersebut untuk tatapan dan panduan bersama.Boleh anda nilai dan bagi pendapat yang bernas...JANGAN SEWENANG-WENANG mengatakan saya ni malas dan membuat pelbagai alasan...tapi hakikat sebenar,memang itulah yg saya hadapi......Bagi sokongan yang baik kerana tanpa sokongan,pelbagai tekanan akan dihadapi....Mungkin tak giler jer...NAUZUBILLAH.

Apa-apa pun silalah baca kisah sebenar seperti di bawah ini...Apa yg akak tu alami,itulah juga yang saya alami juga....
SesungguhNya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik buat saya dan akak ni(kisah yg di bawah nie)





BERPULUH tahun daripada muda hingga sekarang telah berusia setengah abad, Syafina (bukan nama sebenar) tidak pernah sihat sepenuhnya.
Dia kerap sakit. Sekejap sakit kepala, sekejap sakit pinggang, sekejap sakit bahu dan macam-macam lagi. Pada mata kasar, orang tidak akan faham jika dikatakan Syafina sering sakit. Ini kerana penyakit yang dihidapinya bukanlah penyakit yang boleh kelihatan.
Bertemu Syafina, yang merupakan rakan sekolah menengah, tubuhnya kini nampak berisi daripada dahulu.
Katanya, dia kini mendapat rawatan steroid bagi meredakan kesakitan yang dialami. Redalah sedikit, namun kemudian akan terasa sakit pada bahagian lain pula. Kesan sampingan akibat steroid, badannya berisi dan muka menjadi tembam.
Menurut Syafina, puas sudah dia berubat dengan doktor. Beberapa kali dia dimasukkan ke wad kerana tidak tertahan dengan sakit yang dialami.
Doktor ingin memantau dan cuba membantu sedaya mungkin. Di hospital, dia diberikan suntikan, lutut atau bahagian yang sakit ditekap dengan beg ais dan sebagainya.
Sesi fisioterapi sudah beratus kali diikuti, namun tiada hasil yang menggembirakan. Malah, dia sudah mengenali semua ahli fisioterapi yang membantunya di bahagian tersebut.
Pelbagai cara rawatan dilakukan, mengayuh basikal, berjalan di atas trek, belakang badan seperti diseterika dan bermacam lagi.
Bercerita bagaimana dia mula mengalami ‘sakit’ yang tidak kelihatan ini, kata ibu kepada tiga orang anak ini lagi, mungkin juga kerana dihantar orang yang tidak suka kepadanya, mungkin juga kerana saka atau memang makhluk halus tersebut bermastautin di rumahnya yang merupakan tapak tinggal makhluk tersebut.
“Semasa anak-anak masih kecil, saya perasan kehidupan rumah tangga saya sentiasa panas. Suami sangat panas baran dan mudah marah. Kadang-kadang saya tidak faham punca kemarahannya kerana dalam baik-baik, tiba-tiba dia akan jadi marah, menengking dan matanya merah.
“Saya banyak bersabar dan memendam rasa. Anak-anak selalu ketakutan kerana apabila suami marah anak-anak akan dipukul teruk. Ini berlaku sehinggalah anak yang sulung memasuki sekolah menengah dan anak kedua serta ketiga mula memasuki sekolah rendah.
“Tanpa saya perasan, rupa-rupanya suami mempunyai teman wanita. Sudah lama juga mereka berkawan cuma saya sahaja yang tidak mengetahui. Kalau tanya, pasti suami akan marah dan bergaduh," kata Syafina yang bekerja sebagai pengurus hartanah di sebuah syarikat swasta di ibu negara.
Tambahnya, oleh kerana dia bukan menantu pilihan ibu mentua dan teman wanita suaminya pula disukai oleh ibu mentua, suami menceraikannya dan berkahwin dengan teman wanitanya itu.
Selepas itu, ujar Syafina, kesihatannya mula terganggu. Ditambah dengan sedih kerana keruntuhan rumah tangga, sakit yang dialami makin bertambah.
Kepala dirasakan sakit seperti seperti hendak pecah, pinggang seperti hendak patah dan bahunya seperti ada yang bertenggek sehingga dia tidak dapat bangun menguruskan rumah tangga.
“Anak-anak saya amat memahami dan mereka tidak pernah menyusahkan saya. Apabila saya berbaring atau tidur sehari suntuk, merekalah yang akan membasuh baju, menyapu dan mengelap lantai, memasak mi segera dan pergi sendiri ke sekolah.
“Oleh kerana kesihatan tidak mengizinkan, saya kerap bercuti sakit. Mujur bos saya mengerti dan menyuruh saya berubat dahulu. Apabila sudah sembuh, barulah bekerja.
“Bagaimanapun ada beberapa orang staf yang selalu menyindir kerana tidak percaya saya sakit sebab mereka melihat saya biasa sahaja. Itulah yang saya kata, sakit yang orang tidak nampak ini susah kerana orang ingat kita berpura-pura.
“Banyak tempat saya pergi berubat. Saya memilih untuk berubat menurut perubatan Islam. Beberapa pusat rawatan Islam atau ustaz yang terkenal saya temui untuk berubat. Kebanyakan mereka mengatakan dalam badan saya ini tempat tinggal jin, daripada nenek moyang jin hinggalah ke cucu. Susah hendak membuang kerana mereka ini degil.
“Saya disuruh mengamalkan membaca ayat al-Quran, membaca surah Yasin setiap hari dan berzikir. Ada nampak perubahan dan berkurang tetapi kemudian sakit-sakit saya kembali semula.
“Hendak kata tak percaya kena percaya juga kerana dalam masa yang sama, saya pergi juga mendapatkan rawatan dengan pakar ortopedik di hospital. MRI, City Scan, X Ray semuanya sudah dilakukan dan hasilnya semua normal. Lutut yang sakit sehingga tidak boleh berjalan, disuntik dengan ubat. Sakitnya jangan cakaplah. Bayangkan jarum sebesar batang mancis dicucuk ke lutut, tetapi kerana hendak sembuh, saya relakan sahaja.
“Pernah juga saya menggunakan tongkat untuk ke pejabat atau ke tempat lain. Malu juga kerana orang mungkin berkata, muda-muda sudah pakai tongkat. Anak pernah hendak membelikan saya kerusi roda untuk membawa saya berjalan-jalan di pusat membeli-belah tetapi saya menolak kerana tidak mahu menyusahkan mereka," ujar Syafina yang kini telah bertemu jodoh dengan kawan sepengajian semasa di universiti dahulu yang juga telah menduda.
Dia bersyukur kerana dipertemukan jodoh dengan suami sekarang yang menerima dirinya seadanya.
Suaminya banyak membantu melakukan urusan rumah tangga apabila dia sakit dan tidak berdaya bangun.
Jelasnya, dia kini masih berulang-alik ke hospital untuk fisioterapi dan berjumpa doktor tetapi jarang-jarang berubat secara tradisional.
Di rumah, dia banyak mengamalkan mengaji al-Quran dan berzikir kerana dia percaya cara ini lebih berkesan walaupun lambat.
Bagi mengurangi rasa sakit pada anggota tubuhnya, setiap hari dia akan memakai pelapik pada kedua-dua lutut, stoking kesihatan dan barut yang menyokong bahagian pinggangnya.
Kata Syafina, dia reda dengan dugaan Tuhan kerana percaya Allah ingin mengangkat darjatnya dan mengurangi dosa-dosanya.
Dia masih bekerja cuma sesekali apabila tidak sihat, dia akan bercuti sakit


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140910/ke_01/Derita-diganggu-makhluk-halus#ixzz3CyV1lQTU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

background

DAISYPATH

Daisypath Anniversary tickers

LABEL

INILAH KISAHKU (150) KUIH (31) ROTI (30) 2014 (22) IKAN (19) KEK (18) PHD (18) MEE (17) NASI (16) WESTERN (16) AYAM (14) TRAVEL (14) INILAH DUNIA (13) SAYUR (12) SEAFOOD (11) BISKUT (10) DESERT (9) PASTRY (9) GIVEAWAY (8) BUBUR (7) CUTI2 INDONESIA (7) DAGING (7) AGAR-AGAR (6) APAM (6) PAI (5) PEMENANG GA (5) APA2 SAJE (4) AWARD (4) I LUV ISLAM (4) PROMOTE BLOG (4) SUP (4) BENTO (3) CONTEST GA (3) CUCUR (3) GIFT SURPRISE (3) LAUK-PAUK (3) LAYAN FEELING (3) PUDING (3) SALAM MAAL HIJARAH (3) SENARAI PESERTA GA (3) TEKA TEKI (3) BEN ASHAARI (2) CERITA DUNIA (2) CONFERENCE (2) CUTI2 BANGKOK (2) GA RAMADHAN (2) JELLY KELAPA (2) JOIN GA (2) JUMAAT (2) KONGSI MAKLUMAT (2) LAGU (2) LEMPENG (2) PROMOSI (2) ROJAK (2) SALAM AIDILFITRI (2) SALAM RAMADHAN (2) SUKE-SUKI (2) TAUHU (2) TOMYAM STEAMBOT (2) UBI (2) VIDEO (2) WAFEL (2) WISH (2) 2011 (1) 2012 (1) 2013 (1) ANTIK (1) AWARD DARI E-NA (1) AYAT PELINDUNG DIRI (1) BENTO 1 (1) BERITA (1) BREAD MAKER (1) CINTA (1) CONTEST (1) CUCUR JAGUNG (1) CUTI MEMASAK (1) CUTI2 AUSTRALIA (1) CUTI2 GOLD COAST (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 1 (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 2 (1) EMAS (1) FOLLOWER BERTUAH (1) I'm BACK (1) INFO (1) JAGUNG (1) JAHITAN (1) JALAN2 CARI MAKAN (1) JEREBU (1) JUAL BELI (1) KACANG PHOOL (1) KEREPEK (1) KEROPOK LEKOR (1) KRAKER (1) LANGKAWI (1) LAWAK ANTARABANGSA (1) LUCU (1) LUMUT PANGKOR (1) MADAH CINTA (1) MAKAN TENGAHARI (1) MASAK N MAKAN (1) MASAK2 DAN MAKAN2 (1) MEJA KEJE (1) MOTIVASI DIRI (1) MUFFIN (1) MUFFIN PANDAN/BLUEBERRY (1) MURTABAK (1) MY HOMETOWN-JB (1) NUFFNANG (1) ONLINE SHOPPING (1) OPIS (1) PASTA (1) PAU (1) PIE (1) POPIA (1) PUISI IMAN (1) RAMADHAN (1) REHAT (1) RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI (1) SATE (1) SERAM (1) SIHIR DAN PERDUKUNAN (1) SNACK (1) SOTONG (1) STOK (1) STUDENT (1) SUSHI (1) SWALE (1) SYUKUR (1) UDANG (1) doa (1) raya (1) salam aidiladha (1)