4 Mac 2010

UDANG GORENG OAT

Salam...

Bertemu lagi dalam blog yang tak seberapa nie...Saje aku buat blog nie untuk koleksi peribadi sendiri bagi tempoh 3 tahun aku kembali bergelar pelajar semula.....Nak lihat aktiviti diri sendiri selama tempoh 3 tahun aku bergelar pelajar dan hasil pencapaianku nanti.....Haa,semalam aku lambat ke school sebab malas dah melanda diri.So,aktiviti yang aku buat untuk hilangkan malas mengadap laptop dan belajar,belajar dan belajar,...apalagi,aku main masak2 untuk tekak sendiri...kenyang sampai ke petang.

Resepi nie paling simple dan mudah di bikin untuk orang malas.Masa melayari blog "Kak Jamilah-My KitchenTales" terpandanglah resepi Udang Goreng Oat nie yang mudah dan senang membuatnya.Jadi,apalagi...kat esbok tu adalah udang yang di beli kelmarin,so apalagi..........


Udang yang telah dicuci dan dibersihkan,di celup dengan telur sebiji dan digaul dengan oat.


Pastu goreng dalam kuali yang berisi minyak separh,goreng hingga garing.
Dan hasilnya........




Taaadaaaaa...............nielah hasilnya.Nampak berserabut,maklumlah aku bukan teror cam chef2 tu nak menghiasnya,setakat nak masuk mulut,janji sedap ditekak bukan sedap dimata.....hahaha.

Dan lawannya adalah :

Sambal goreng kacang buncis......................



Nielah lauk untuk sajian tengahari ku sampai ke malam untuk hari semalam dan hari nie baru sempat updated dan tepek kat blog.....huhuhu.Lepas bedal makan tu, barulah gi school...wat keje n memerah otak...Kul 6 lebih baru balik umah...Gitulah rutin harian ku sejak bergelar pelajar nie......malam plak,aktiviti tengok tv....sambil tu baca2 jurnal yang patut.Tapi selalunya,mata lebih tertumpu ke tv sebab otak dah tepu sebab dah bekerja dari siang.......So,waktu malam nak rest.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails