START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

14 April 2010

MUSHROOM SOUP n GARLIC BREAD

Salam....hari nie teringin benar nak cuba wat mushroom sup and garlic bread setelah singgah baca kat blog En Mat Gebu.Senang gaklah nak membuatnya...tapi tulah remeh sikit nak menunggu kat dapur lama2...hehehehe.Tapi takpelah,berbaloi gak bila dah siap membuatnya.....hehehe. Sodap kat anak tekakku....Terima kasih banyak pada En Mat Gebu kerana berkongsi resepi untuk saya cuba.Dan di bawah nie adalah resepinya....Pada En Mat Gebu,saya mohon untuk CnP resepinya yang memang marveles.....hehehe.Tapi sorrilah En Mat,saya ada oter sikit resepinya ikut apa yang ada kat dapur.......


Mushroom soup bersama garlic bread.....


BAHAN-BAHAN MUSHROOM SOUP :



250 g cendawan butang jenis segar -tapi saya beli yg kaler kelabu
800 ml air
250 ml susu sejat IDEAL
1 kiub ayam "Maggi"
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 1/2 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA


Cendawan dibasuh dan toskan. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan.


Panaskan mentega dlm kuali , masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata2. Gunakan api kecil.


Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.


Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga pekat. Tambah sedikit garam sekiranya perlu.Hidang dan tabur sedikit cincangan daun parsley dan  serbuk lada hitam bersama garlic bread .
 
 
Roti Perancis segera yang di sapu mentega khas......
 
 
BAHAN MENTEGA "KHAS 4 garlic bread"

2 camca besar mentega*
2 ulas bawang putih, diparut*
Sedikit serbuk lada hitam*
1 camca teh cincangan parsley*(*disatukan dan kacau rata2)


Mushroom soup berwarna sedikit kelabu sebab tak dapat cari mushroom yang berwarna putih bersih...hehehe.


Garlic bread tu tergaring sgt...sebab terlama dalam oven...apa2 hal pun,walaupun garing,sedap gak bila dah dicicah mushroom soup tu....

Tiada ulasan:

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails