19 April 2010

MEE HOON SUP "SEMPOI"

As'laikum dam salam sejahtera. Hari ni, syukur alhamdulillah, hujan turun dengan lebatnya petang tadi,tapi taklah lama,setengah jam jer, maka segarlah rumput2, pokok2 bunga dan sejuk lah sikit udara...Tapi cuaca malam nie terasa bahang panas...Maybe nak hujan lagi kot. Menu makan malam untuk hari nie, saya buat mee sup paling sempoi  , main campak2 je, ikut apa yang ada dalam esbok tu...huhuhuhu. Maklumlah,kalo waktu hari bekerja nie,balik umah dah dekat kul 6.30 pm, so menu yang paling simple...nie jelah yang dapat di buat bagi mengenyangkan perut dan menyedapkan tekak...hahaha.Jom kite layan gambar mee hoon sup sempoi dan resipinya....huhuhu.



Mee hoon sup paling sempoi untuk makan malam nie....huuhuhu


Dari pandangan sudut yang berbeza......hahahaaa.

BAHAN-BAHAN
1 inci halia,racik halus
3 ulas bawang putih - hiris halus
3 biji bawang merah - hiris halus
1/2 batang lobak merah- hiris bulat
1 biji tomato, belah 4
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuib ayam "Maggi"
1 pokok daun sup
1 camca besar bawang goreng
1 camca teh lada hitam
2 liter air (atau secukunya)
Garam secukup rasa


BAHAN LAIN
Mee Hoon, dicelur hingga lembut, toskan
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Sawi pak choy, dicelur sekejap dan toskan
10 ketul bebola ayam AYAMAS


CARA MEMBUATNYA


UNTUK SUP :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis halia, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, tuang air. Masukkan kuib ayam, dan biar mendidih. Tambah bebola ayam , lobak merah, lada hitam , daun sup dan bawang goreng .Tambah garam secukup rasa dan renih 20 - 25 minit, masukkan tomato. Masak hingga tomato lembut, rasa dan jika ok boleh mati kan api.


UNTUK MEE SUP SEMPOI :- Ambil mee hoon dalam kuantiti yang diperlukan dan masuk dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama isi2nya sekali, hias dengan pak choy celur, hirisan daun sup/daun bawang,  bawang goreng dan hidangkan bersama sambal kicap(kalo ada).Saya tak sempat buat...almaklumlah,mee hoon sup sempaoilah katakan....hehehe. Hidangkan segera...dan makan masa panas...memang meletopz..

2 ulasan:

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails