8 April 2010

"PIZZA LIZA"

Oklah, pizza nie di buat pada hari ahad hari tu.Tak sempat nak update dalam blog sebab still berada kat umah mak di JB.So,bila ah sampai semula kat rumahku nie,apalagi...nak lah kongsi bersama resipi pizza sendiri untuk kengkawan yang lain.Selalunya makan pizza hut kat kedai jer...so nak cubalah buat pizza sendiri.Letaklah nama sendiri.....dan jadilah PIZZA LIZA................hahahaha.




Topping untuk di letak atas pizza,telah di masak dulu.....Macam-macam ada dalamnya....hahahaha



Piza yang tengah menunggu turn untuk di bakar dalam oven. Disebabkan takde dulang pembakar khas untuk piza,terpaksa gunakan tudung periuk....huhuhu


Piza bentuk empat segi..............hehehehe.
Oleh kerana buatan sendiri,letak topping atas penuh dengan keju dan bahan2 yang memang untuk keperluan tekak.......




Pizza yang tengah dibakar....huhuhu.Tak sabar sebenarnya nak makan pizza nie,tu yang masa bakar pun snap gambar....




Setelah siap di bakar.....Penuh topping kat atas pizza tu.Meriah dengan bahan2 dan keju................



Pandangan dekat....saje nak tunjuk betapa meriahnya topping kat atas pizza tu...huhuhu.Menggunakan keju cheddar saje kerana keju mozarela  dah kehabisan stok di pasaraya.

Walaupun tak secantik dan setanding pizza hut, janji pizza liza nie memang berbaloi untuk di makan, lebih-lebih lagi,toppingnya yang meriah dengan bahan-bahan yang sememangnya i like it...hahahah.



ADUANAN  PIZZA LIZA


Bahan A
500g tepung gandum
1 paket yeast mauripan
2 s/b gula
1 biji telur


Bahan B
3 s/b majerin/shorterning
250 ml air
1 s/k garam


Cara:
1. Gaul rata semua bahan A sehingga sama rata.
2. Masukkan bahan B air dan uli sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan uli lagi sehingga menjadi doh yg lembut 
    [anggaran 10 minit]
4. Bahagikan adunan pada 4 doh besar dan leperkan .
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) .Taburkan dengan
     inti pizza sebagai topping di atasnya.




INTI PIZZA


bahan
400 gm daging ayam kisar
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato
100 gm parutan keju
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan sos spagethi
1 s/k serbuk daun aregano
garam


cara
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan daging kisar dan tambahkan garam serta daun aregano,  sos
    spagethi dan cili sos.
4. Kacau hingga daging empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh dan aturkan tomato, capsicum, cendawan    dan
    sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.






NOTA:


sekiranya mahukan inti lain boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails