15 April 2010

MEE HAILAM

Untuk diner hari Khamis nie,malas sebenarnya nak makan nasi.Tekak nie teringin sangat nak makan mee hailam.Rasanya,dah lama tak makan mee hailam,samaada mee hailam buatan sendiri atau pun makan kat kedai...huhuhu.So,mee hailam nie pun bukannya susah sangat pun nak buatnya.Lebih-lebih lagi,diri ini yang memang malas nak lama-lama di dapur.So,kiranya...bahan2 untuk mee hailam nie,kira main campak2 jer...hehehe. Oklah,nie gambar nya dan resepi campak2 ku yang paling simple.......


Mee hailam dari sudut pandangan atas...hehehe


Bahan-bahan ( 2-3 orang makan )

1/2kg mee kuning-celur
6 ketul bebola ayam
7 ekor udang sederhana
2 ulas bwng putih
1 biji  bwng besar
sedikit halia-racik
1 keping fishcake
1/2 ikat sayur sawi
1/2 batang carrot-potong
1 biji tomato
1 biji lada besar merah
*Kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih&buah pelaga
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar tepung jagung-bancuh bersama air
Minyak,Air&sedikit garam




Cara-cara
  1. Panaskan periuk dgn sedikit minyak.Tumis bahan2 * sehingga naik bau.Tumis juga bawang2 & halia yg diracik tadi.
  2. Masukkan semua bebola ayam &udang.
  3. Masukkan air ikut suka byk mana kuah..masukkan  kicap.Tambah sedikit garam kalau kurang masin.
  4. Setelah mendidih kuah,masukkan sawi&carrot..masukkan juga tomato& cili.Akhir nya,masukkan tepung jagung yg dibancuh tadi.Siap dan dihidangkan untuk dingapppp....
 
 
 
Pandangan tepi mee hailam




Mee hailam paling simple dan mudah di masak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails