Assalammualaikum..............wbt
Hari nie saya malas nak taip panjang2..............
Biarlah gambar berbicara di sini untuk jamuan mata anda semua......................
Menu hari nie semuanya berasaskan western.
Walaupun malas,tapi kena masak jugak sebab kalo makan kat luar pun..tak tau nak makan apa....bosannnn kadang2 tu kalo makan kat luar.Apa2 pun,memasak nie terapi diri...berpeluh2 kat dapur tu dah terbuang ;ah jugak kalori2 yang ada di badan nie...hehehehe..Yelah tu kan.....
Apa2 pun....
JOM MENJAMU MATA ye
RESEPI PUMPKIN SOUP
Bahan-bahan:
1/2 biji labu manis- direbus dan dilecek
1/2 cawan susu sejat
1/2 cawan air
garam dan gula-secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung-tuk pekatkan kuah
1 labu bawang merah-didadu halus-halus
1 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam di tumbuk kasar
1 sudu kecil oreganu leaf
2 sudu besar minyak zaitun tuk menumis
Cara-caranya :
1.Tumis bawang merah dan bawang putih dengan 2 sudu besar minyak zaitun
2.Masukkan labu manis yang telah dilecek(saya tak blender pun sup labu ni bg halus sebab saya suka yang ada rasa2 kasar bawang)
3.Masukkan susu sejat dan air
4.Kacau sampai didih.
5.Perasakan dengan garam dan gula serta lada hitam
6.Masukkan tepung jagung bagi pekatkan kuah
7.Masukkan oreganu leaf
8.Tutup api bila dah didih sup labu ni
Boleh di hidangkan dengan roti bawang putih
Garlic bread - tengok resepi kat SINI
SPAGHETI GORENG BLACK PEPPER
1/2 bungkus spagheti San Remo - rebus hingga masak
Daging kisar -ikut suka nak berapa banyak banyak
1 labu bawang merah - di dadu halus
1 ulas bawang putih- di ketuk dan cincang halus
3 sudu besar lada hitam kasar
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar minyak zaitun utk menumis
Taugeh dan bawang goreng tuk hiasan
Cara-cara :
1.Tumis bawang merah,bawang putih dengan minyak zaitun
2.Masukkan daging kisar.
3.Perasakan dengan garam dan gula
4.Masukkan lada hitam
5.Akhir sekali masukkan spagheti dan taugeh.
6.Kacau rata dan tutup api .
7.Hiaskan dengan bawang goreng
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen kat sini;: