26 Februari 2011

LEMAK CILI API IKAN KERISI & BELIMBING BULUH



Assalammualaikum dan selamat petang Sabtu wat sume yang menyinggah kat blog Liza nie......Moga sumenya ceria2 selalu dan berbahagia hendaknya bersama2 orang tersayang.Hampir seminggu gak blog Liza berehat sbb tuan empunya diri membzkan diri...hehehe.Hari minggu jer baru berkesempatan nak tgok2 blok kengkawan dan blog sendiri di update.Oklah,hari nie sebab adrenalin dalam badan ngah dalam keadaan mood yg baik,jadi kerajinan diri tuk masak memang bagus.Dapatlah jugak nak tepek resepi yg tak seberapa nie kat blog nie.Janji taklah bersawang banyak......Hari nie rajin masak dengan wat 3 hidangan menu tuk tengahari,almaklumlah,pagi2 tadi breakfast yg ringan2 jer...teh o secawan bersama roti.So,tengaharilah waktu bergumbira tuk perut nie makan2 dan malamnya plak tak makan....diet....hehehee...

Oklah,malas nak coret panjang2...jomz layanzzzzzz gambar dan resipi yg tak seberapa.Ikut mood nak main campak2,asalkan jadi....




Bahan-bahan:

4 ekor ikan kerisi
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 batang serai diketuk
15 biji belimbing buloh
garam & gula secukup rasa


Bahan kisar

20 biji cili api
2 ulas bawang merah
2 sm kunyit hidup


Cara-cara:

  •  Ikan kerisi dibersihkan.
  • Masukkan semua bahan yg dikisar  dan ikan kerisi kecuali santan pekat dalam periuk dan masak dengan api perlahan.
  • Kacau sekali sekala supaya kuah tidak pecah minyak.
  •  Bila nampak kuah nak mendidih masukkn santan pekat dan rasakan garam dan gula.
  •  Kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minya.
  • Bila mendidih tutup api dan boleh hidangkan










5 ulasan:

  1. TERINGIN SANGAT MASAK LOMAK DENGAN BELIMBING NI, TAPIKAN SUSAH NAK DAPAT BELIMBING NI YA. aNTA SIKIT KAT UMAH.

    BalasPadam
  2. Salam liza..
    Emmmm my paberet lauk2 mcm ni.. Lebih2 lg ada belimbing buluh tu.. emmmmmm..yummy..

    BalasPadam
  3. wsalam....

    kak paty: nak dapat belimbing nie memang susah,kdg2 cari kat pasar pun takde,itupun sbb hari tu bernasib baik dpt jumpa belimbing nie.

    naz:tq naz...

    BalasPadam
  4. nampak sedap le...
    iols ikan kerisi sokmo buat sambal goreng....

    nak kena cuba le plak
    buat masak lomak cili api neh!

    BalasPadam
  5. Ikan kerisi tu kalau digoreng dulu, baru masukkan ke dalam santan lagi bertambah enak.......

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails