6 Februari 2011

AYAM LEMAK CILI PADI&NENAS

Assalammualaikum...salam sejahtera petang2 ahad nie.Hari nie tak gi mana2,dok umah jer,so menu tengahari tadi sempatlah masak resepi kat bawah nie..Prabiskan bahan2 yg ada dalam esbok.Menu yg ringkas dan mudah ikut style mak liza masak....Jom tgok gambar dan layan resipi yg ringkas.




BAHAN-BAHAN:

5-6 ketul ayam 
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 sm halia*
2 batang serai*
2 sm kunyit hidup*
20 batang lada padi hijau*
2 batang lada merah*
sedikit bawang goreng (optional)
1/2 kotak santan
2 biji kentang -dibelah 4
1 biji nenas kecil-di belah ikut suke
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa



Cara:

  • Kisar bahan-bahan bertanda *. 
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 kisar tersebut lalu masukkan daun kunyit . Tumis hingga garing dan masukkan ayam .Kemudian masukkan kentang dan nenas. Bubuh garam, gula dan sedikit santan. Masak sehingga ayam benar2 masak lalu masukkan lebihan santan tadi bersama sedikit bawang goreng. Kecilkan api dan  kuahnya pekat sedikit.

pastu dilawankan dengan sayur 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails