19 Februari 2011

ASAM PEDAS AYAM


Assalammualaikum.......Selamat petang sume.
Hari nie,dok merajinkan diri memerap kat umah.Pastu main masak2.Pastu makan.Pastu tido,bangun dan makan......hahaha.Bosan tahap gabanlah nie,tak tau nak kemana...dok kat rumah jer membesarkan body.Jom layan menu tengahari tadi.ASAM PEDAS AYAM dan LEMAK JANTUNG PISANG.




BAHAN-BAHANNYA:

4 ketul ayam bahagian dada, dibersihkan
2 keping asam gelugur
4 sudu besar minyak masak
1 helai daun kunyit
Gula dan garam secukupnya
2 cawan air

BAHAN KISAR:

10 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
1 sm halia
Sedikit belacan
4 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
1 sm kunyit basah



Cara:


Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan ayam dan air. Masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat .Hias ikut suke anda.



BAHAN-BAHANNYA:




1 biji jantung pisang -tak tau jenis pisang

1 batang serai, dititik
1 biji bawang besar-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
2 keping asam keping
1 cawan pati santan
5 genggam cili padi-ditumbuk
2 inci kunyit hidup-ditumbuk
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air




CARA-CARANYA:

  • Kupas jantung pisang sampai jumpa bahagian cerah dan lembut. Belah 4 dan celur 5 minit dlm air mendidih, toskan. Potong kecil2.
  • Dalam periuk, masukkan  bahan2 tumbuk, dan sedikit air (anggaran 3/4 cawan) gaul rata dan masukkan jantung, didihkan. Masukkan serai.Tuang pati santan dan masak hingga jantung pisang lembut.
  • Perasakan dengan garam dan gula.






2 ulasan:

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails