START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

6 Februari 2011

MUFFIN & KEK PISANG


Buat kek nie petang tadi sebab ada member nak datang.Lagipun tetiba teringin nak makan kek pisang buatan tangan sendiri...hehehe.So,apa lagi.....Ikut resepi dlm majalah MW.







Bahan-bahan :


(A)
2 biji telur
120 gm gula kastor
200 gm butter

(B)
150 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
2 biji pisang  montel, dilecek hancur
1 sudu teh esen pisang
sedikit garam

Cara Membuatnya :

  •  Satukan bahan A dan pukul pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu.
  • Masukkan pisang lecek, garam dan esen pisang.Gaul dengan senduk hingga sebati.
  • Ayak tepung gandum,serbuk penaik dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit dalam adunan diatas dan gaul hingga sebati.
  • Sediakan cawan mufin dan loyang.
  • Isikan adunan 3/4 penuh. Bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 25 minit hingga masak.

Ngah menunggu masa tuk di bakar dalam oven








Tiada ulasan:

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails