TERIMA KASIH KEPADA KENGKAWAN YANG SUDI FOLLOW.LUV's U ALLZ...

Related Posts with Thumbnails

22 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA.......





Assalammualaikum......wbt

Pejam celik,pejam celik....tup-tup,tinggal seminggu je  lagi kita semua akan menyambut Aidilfitri .Dan minggu2 terakhir nie,sahabat2 makin ligat meningkatkan ibadah sunat dgn berterawih dan qiamulail dalam menanti hari2 LAILATUL QADAR, tapi pasti ramai juga diantara kita yang bz buat persiapan menyambut raya terutamanya kaum wanita kita.....hehehe. Sebelum terlupa  dan nak cuti berblogging bermula hari nie sehingga abis raya, Liza nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua kengkawan ,serta mohon ampun  jika terlanjur kata, tersilap bahasa,ada gurau dan senda yang mengecilkan hati kengkawan semua,.....MAAF ZAHIR &BATIN.

Doakan semoga perjalanan pergi dan balik ke JOHOR BAHRU berjalan dengan lancar dan semoga dipermudahkan.Buat kengkawan yang berada di perantauan tu,jangan sedih2,teruskan perjuangan...insyaAllah,tahun depan kita sama2 beraya kat sini.AMIN........

Dengan ungkapan tulus ikhlas......


Salam rindu buat semua.
Bye!Berhati2 di jalan raya yer. Moga berjumpa lagi lepas raya .


21 Ogos 2011

CORNFLAKES CRUNCHY


Ermmm...nielah n3 terakhir biskut raya yg Liza buat......esok lusa dah bz nak pack barang nak balik Johor.......Saje wat gempak letak tajuk ala2 Inggeris...hahaha.

Resipi, ikut  resipi asal  mak...Setiap tahun mesti buat...cuma bentuk dia berlainan.
Liza olah sikit tuk nampak menarik kat mata sendiri...hahaha.
Ni resipinya ................

BAHAN-BAHAN :

2 cawan cornflakes-diramas & hancurkan
250 gm mentega
250 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
50 gm tepung kastard
1/2 sudu soda bikarbonat
1 sudu esen vanila
1 biji kuning telur
200 gm gula aising
manik hati warna warni sebagai hiasan
telur sebgai sapuan atas biskut

CARA-CARA;
  • Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  • Masukkan kuning telur dan esen vanila-pukul lagi hingga sebati
  • Masukkan semua tepung dan cornflakes-gaul hingga sebati (Liza guna tangan jer)
  • Bentukkan ikut suka anda
  • Sapu telur atas biskut tu dan hiaskan dgn manik hati warna warni tu
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170 C dalam masa 15 minit
  • Sejukkan atas redai dan boleh disimpan dalam bekas .










BISKUT SARANG SEMUT


Projek hari minggu....Rasanya minggu nie minggu terakhir Liza bz sebelum balik raya kat Johor.Dan sememangnya biskut nie memang tak pernah buat seumur hidup sebab mak memang tak pernah ajar dan buat kuih nie.Tahu biskut nie sedap sebab makan time raya kat umah member.Dia kata setiap tahun,biskut nie wajib dibuat....rupa2nya sonang jer resipi dia yer......Liza tahu makan je dulu2,sekarang ramai kengkawan blog yg buat biskut nie tuk raya 2011,Liza pun buatlah jugak.Skodeng resipi nie kat rumah Naz Cute Oven tu.Dan seperti biasa,empunya diri malas nak tepek resipi kat sini.....rajin2kanlah jenguk kat rumah Naz  yer...hehehehe.







TAUHU BAKAR

 Assalammualaikum....

Mesti kengkawan sume tengah sibuk2 di dapur menyediakan juadah tuk buka pose sat lagi...hehehe.Oleh kerana Liza dah habis masak,sempatlah buka blog jap.Nak tepek menu tertunggak semalam.....hehehe.Baru sempat nak letak kat sini....dekat2 nak raya nie,bz sikit sebab sibuk blaja,buat kuih raya dan jahit baju raya.............hahaha.Orang tamak memang camtu...sume benda nak buat......

Okaylah,resipi tauhu bakar nie,Liza skodeng kat dapur kak NURIDAH .So,anda jenguk kat sana yer kalo nak tau resipinya.....saya cuma oter sikit ikut apa yg ada kat dapur saya.....malas nak tepek resipi ka sini,anda sume tgok kat sinun yer......daaaaa........................
Nak hidangkan juadah berbuka pose jap lagi...
Selamat berbuka...............................







20 Ogos 2011

COCONUT CRUNCH COOKIES

Haaaa...saje letak tajuk mat salleh....kunun2nya nampak gempak...hehehe.Oklah,sebenarnya BISKUT KELAPA RANGUP nie Liza wat hari Khamis.Baru sempat nak tepek kat sini.Amik resipi kat majalah MW 2008 ,pnyalah lama,tapi tak tau edisi bulan berapa sebab main gunting dan cabut bahagian resipi jer tu,pastu simpan dalam fail...heehehe.Jom layan gambo dan resipinya tu yer....



Bahan-bahan

200g tepung gandum
50g tepung jagung
1 camca teh serbuk penaik
150g kelapa parut kering -warna perang( toast)
250g mentega
100g gula kaster
1 camca teh esen vanilla
1 biji telur


Paper cup 
100g kelapa parut kering-warna putih


Cara-cara
1) Ayak tepung gandum,tepung jagung dan serbuk penaik , masukkan kelapa kering, gaul sebati dan ketepikan.

2) Krimkan mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang, masukkan telur dan pukul sebati.

3) Kaup balikkan campuran tepung dan gaul sebati hingga menjadi doh lembut.

4) Ambil  doh  dan uli seperti bebola kecil, gaul setiap bebola ke dalam kelapa parut kering dan masukkan dalam paper cup.

5) Bakar selama 15 – 20 minit pada suhu 180’C









KEROPOK LEKOR

 Assalammualaikum dan selamat pagi Sabtu....

Lama Liza tak masukkan n3 menu berbuka....bukan apa,asyik masak menu2 yang simple,malas nak tepek kat blog...
So,bile rajin wat menu nie,dan amik resipi dari BLOGRESIPI  dan BR juga ikut resipi jiya kat myresipi.Tapi tulah,myresipi tak bole nak buka....ada problem...huhuhu.Sori jiya,bukan tak mo link,nanti myrespi dah ok,akak linkkan yer.......

Memang puas hati sebab buat sendiri bole letak ikan banyak2,jadi lebih rasa ikannya......


Keropok nie lepas di celur dulu dn barulah 
digoreng................tgok minyak dia tu....menambahkan kolestrol tu




Yang nie plak,tak di celur dalam air panas,lepas di gentel dan uli terus goreng.....pun sodap gak....

Keropok Lekor 
sumber :Jiya & BR


BAHAN-BAHAN:(Liza buat separuh adunan jer)


1 kg ikan kembung 
5-10 ulas bawang putih
1 kg tepung ubi/kanji 
2 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder
Garam secukup rasa
Perasa
Air


CARA-CARANYA:
  1. Asingkan isi ikan dari tulang.
  2. Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.
  3. Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli…
  4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer…
  5. Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.
  6. Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.


Hasil yang telah di gentel dengan saiz yang tak sama.......hahaha.Malas sebenarnya tu,janji ada nampak ala2 kepok lekor...




18 Ogos 2011

IKAN DORI BERLADA

























Assalammualaikum dan selamat pagi khamis..


Menu semalam yang dimasak tuk berbuka.Baru sempat nak tepek kat sini.....Malas nak citer panjang2,layan jelah gambar nie dan resepinya yang Liza ikut dari SINI .
Nak resipi ,masuk sednri kat situ yer....Empunya diri malas nak tepek kat sini.......hehehe.






BISKUT BADAM BERSALUT COKLAT URAI



Assalammualaikum..............

Hari cuti sempena Nuzul Quran, Liza amik peluang untuk buat Biskut Badam Bersalut Coklat Urai nie...

Saje dok bosan2 kat umah,buatlah sikit biskut ala kadar nie untuk diri sendiri ,mak dan mak mertua.....walaupun tak secun macam biskut2 kat dalam majalah,tapi keranggupan dia tu memang ada.....tukang tester dah puji,kembanglah jugak walaupun petang tadi buat sensorang...
Jom layan resepi yg Liza olah sendiri ikut resipi yg dulu cuma dihias dgn coklat urai tuk menyedapkan mata dan tekak...hahahaha








BAHAN-BAHAN:
(sumber: Liza)


250 g mentega 
50 g gula halus 
1 biji kuning telur 
1 camca teh esen vanila 
200 g tepung gandum
30 g tepung jagung 
300 g badam kasar
100 g nestum
250 g coklat masakan-dicairkan
Coklat putih- utk hiasan
Coklat urai-utk hiasan


Cara-cara

Putar mentega, gula halus dan kuning telur hingga kembang. Masukkan esen vanila. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Kacau rata. Campur badam kasar bersama nestum dan diuli sebati. Tuang coklat masakan yang di cairkan.Simpan di dalam peti sejuk, 20 minit bagi adunan keras untuk mudah di canai dan rangup.Canai dan terap adunan mengikut bentuk kesukaan. Bakar pada suhu 170'C selama 15-20 minit.Sejukkan sebelum dicelup dengan coklat putih dan dihias dengan coklat urai.



































17 Ogos 2011

JOM JOIN 3rd GA UMIYUMI.......

Assalammualaikum..............

Lama dah Liza tak men"join"kan diri tuk turut serta dalam mana2 GA ....BZ memanjang jer....huhuhu.Tapi kali nie,nak menyibuk plak nak turut serta dalam GA Umiyumi nie sebab nak dapatkan buku nie yang hanya ada di nun jauh kat Western Australia tu.......hadiah buku tu seperti kat bawah nie



Boleh klik kat SINI tuk tau maklumat lanjut....................

Jomlah sape2 yg berminat nak join,mari kite beramai2 join.......

Daaaa.......nak sambung keje dulu.....



15 Ogos 2011

PASTRY GULUNG INTI LOBAK PUTIH

 Assalammualaikum dan selamat pagi Isnin..........

Baru sempat nak tepek menu ringkas tuk buke pose semalam....Oleh kerana empunya diri nie malas nak masak yang berat2,so semalam berbuka Pastri nie dengan bubur ayam sajer...Cukup dan mengenyangkan dan yang penting bole sampai ke sahur......................


BAHAN:
2 keping whole meal flexi pastri "KAWAN"
1 biji telur utk menyapu


BAHAN INTI :
1 btg lobak putih dipotong panjang2 dan direbus untuk buang bau hamis-buang air rebusannya
1 biji bawang besar-dihiris halus
2 ulas bawang putih-dihiris halus
6-7 ekor udang sederhana besar dibuang kulit
1 sudu besar serbuk cili
serbuk perasa ikan bilis Maggi
garam dan gula secukup rasa


* GORENG MACAM BIASA TUK  MEMASAK INTI*....hehehe,malas nak tulis panjang2 sebenarnya.


CARA-CARA

  • Letakkan inti pada kepingan pastri dan gulung-Liza buat gulungan besar....senang dan cepat...hehehe
  • Pastu sapu telur atas pastri tadi dan bakar dlm oven selama 20 minit atau sampai pastri masak dengan api atas bawah dengan suhu 160 darjah celcius.
  • Siap dan bole dihidangkan masa panas2..................






Tengah menunggu masa tuk masuk oven.................




Inti lobak putih yang telah siap di masak....Liza lebihkan gula sikit sebab nak bagi rasa2 manis dan pedas....



TART NENAS PANDAN.....projek hari minggu


Projek hari minggu yang memang da rancang nak buat tart......buat ikut resepi seperti kat SINI. Cuma dekat adunan tu,Liza letak perasa dan pewarna pandan........lupa plak nak letak kat telur yg disapu kat tart tu pun warna hijau,kalo tak lagi cunnnnnnnn.......hahahaha....

Layan gambar je yer sebab malas nak tepek resepinya.Resepinya bole tgok kat post yg di link tu........





Sebelum dibakar.............................


14 Ogos 2011

PUDING CENDOL


Assalammualaikum..........
Hari nie nak tunjuk desert tuk buka pose tadi...Liza buat Puding Cendol dan resipinya ikut bulat2 dari K.Nor Secubit Garam.Tapi tulah,nape yg Liza punya cam ada ketui2 kat lapisan atas tu...huhuhu.Thanks k.Nor,saya amik resipi akak dan try test tuk tekak sendiri ......Pepun,memang terbaik walaupun Puding Cendol k.nor lagi nampak cantek dan terbaik dari puding yng Liza buat nie.......hahaha.

Layanz gambo dan resipinya malas nak tepek kat sini,bole tengok sendiri kat blog  K.Nor yer.........zazzzzzzzzzzz




















12 Ogos 2011

KUIH TAKO

Kuih Tako dalam gelas cumel.......


Assalammualaiukum.....Kuih Tako nie di buat sebagai pencuci mulut semasa berbuka semalam.First time buat sebab bukan penggemar setia kuih tako time bulan2 pose.Jadi,kerana nak tau apa rasanya bile wat sendiri,so mencabarkan diri untuk ketahui apa istimewanya Kuih Tako nie lebih2 lagi letak dalam gelas kecil....hehehe.Dan dah ramai blogger2 masakan yang dah buat menu nie...so,resipi nie Liza amik kat blog kak Ita.Mohon izin tuk kongsi resipi akak kat blog saya nie yer.....Thanks,dan memang sedap.....



KUIH TAKO
Lapisan Bawah
25 gm tepung hoen kwe - hijau
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina - di potong dadu

Lapisan Atas
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan sartan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air
secubit garam


Liza guna gelas kecil jer sebab takde daun pandan.
Aturkan potongan sengkuang Cina dalan gelas kecil tu.
Campurkan semua bahan Lapisan Bawah dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam gelas yg diisi sengkuang tadi.
Kemudian  ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais.



Sengkuang cina tu,Liza letak banyak...sebab nak makan sendiri kan......letaklah berapa banyak yg anda suke.....hahahhaa


Daaa.................terima kasih sudi cuci2 mata kat sini



MEE HOON GORENG LADA PUTIH




























Masak mee hoon nie ikut resipi Kak Inahar.So malas nak tepek resipi...anda masuk blog kak inahar yer...hehehe

Daaa.........

CUCUR UDANG TAUGEH
































Menu buka pose tadi.................layan gambar je yer sebab tuan punya blog malas nak tulis panjang2.Resipi pun main campak2 ,janji sedap dimata dan di tekak.



CUCUR  UDANG TAUGEH
  • 300 gm tepung gandum, ayak dan tepikan.
  • 2 genggam taugeh
  • Isi udang yang telah dibuang kulit -ikut berapa banyak udang anda nak letak
  • 1 tangkai daun kucai-dipotong kecil2
  • 2 tangkai daun bawang-dipotong kecil2
  • 2 tangkai daun sup- dipotong kecil2
  • 1-2 biji bawang besar hiris nipis
  • 2 biji cili merah dihiris halus
  • Garam
  • 1/2 kiub serbuk perasa ikan bilis
  • Air stok udang- kulit dan kepala udang direbus dgn air
  • Minyak untuk menggoreng

CARA-CARANYA:

Masukkan semua bahan dalam mangkuk yang sesuai untuk menggaul rata bahan2 diatas kecuali minyak.Pastikan air stok udang yang dituang tidak menyebabkan adunan tepung terlalu lembik dan perlu tuang sedikit demi sedikit.Kacau rata adunan.Panaskan minyak dan sudukan bancuhan cucur dalamm kuali bila minyak dan betul2 panas.Angkat bila cucur kelihatan kekuningan dan toskan dengan kitchen towel.Hidangkan dengan sos yg anda suka.




10 Ogos 2011

NASI GORENG CENDAWAN HITAM

Menu berbuka pose tadi yang di makan bersama Kerutup Ikan dan Sambal terung pipit.Menu ringkas yg  sesuai tuk 2 orang makan ...........malas nak celoteh banyak2,layanz gambar je yer..................




























BAHAN-BAHAN:(2 org makan)
2 cawan nasi putih 
2 biji bawang besar hiris halus
3 ulas bawang putih cincang
* segenggam  ikan bilis - boleh juga gunakan udang kering
* 1/2 sudu teh sudu serbuk lada hitam
* tumbuk bersama ikan bilis, cendawan dan lada hitam
 4 biji cendawan hitam kering direndam sebentar dan dipotong halus
Brokoli  2 tangkai  - potong halus
Telur 1 biji


CARA-CARANYA :
Masak macam nasi goreng biasa






KERUTUP IKAN

Menu buka pose tadi.....................hari nie masak yang simple2 ajer....selalunya daging dan ayam jer yg Liza buat kerutup,tapi hari nie selamba badak jer nak coba2 kalo masak kerutup ikan.Kita yang buat dia,janji bole makan,,,,,,................

BAHAN-BAHAN:



4 ekor ikan-digoreng (Liza guna ikan kembung...tu jer yg ada dlm esbok)
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik




1/2 bawang besar*


1/2 inci halia*


2 ulas bawang putih*


1 batang kulit kayu manis*


2 kuntum bunga lawang*


2 kuntum bunga cengkih*


2 biji buah pelaga*


3 sudu besar minyak*


*bahan di tumis
Cara Penyediaan
  • Bersihkan ikan dan digoreng garing.
  • Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi.
  • Kemudian masukkan campuran rempah tadi.Masak sehingga pecah minyak
  • Masukkan ikan yg digoreng tadi dan santan. Masak sehingga  kuahnya betul-betul pekat.
  • Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
  • Siap untuk dihidang.
Pastu di lawankan dengan 




First time makan terung pipit nie,sedap..............


background

DAISYPATH

Daisypath Anniversary tickers

LABEL

INILAH KISAHKU (152) KUIH (31) ROTI (30) 2014 (24) IKAN (19) KEK (18) PHD (18) MEE (17) NASI (16) WESTERN (16) AYAM (14) TRAVEL (14) INILAH DUNIA (13) SAYUR (12) SEAFOOD (11) BISKUT (10) DESERT (9) PASTRY (9) GIVEAWAY (8) BUBUR (7) CUTI2 INDONESIA (7) DAGING (7) AGAR-AGAR (6) APAM (6) PAI (5) PEMENANG GA (5) APA2 SAJE (4) AWARD (4) I LUV ISLAM (4) PROMOTE BLOG (4) SUP (4) BENTO (3) CONTEST GA (3) CUCUR (3) GIFT SURPRISE (3) LAUK-PAUK (3) LAYAN FEELING (3) PUDING (3) SALAM MAAL HIJARAH (3) SENARAI PESERTA GA (3) TEKA TEKI (3) BEN ASHAARI (2) CERITA DUNIA (2) CONFERENCE (2) CUTI2 BANGKOK (2) GA RAMADHAN (2) JELLY KELAPA (2) JOIN GA (2) JUMAAT (2) KONGSI MAKLUMAT (2) LAGU (2) LEMPENG (2) PROMOSI (2) ROJAK (2) SALAM AIDILFITRI (2) SALAM RAMADHAN (2) SUKE-SUKI (2) TAUHU (2) TOMYAM STEAMBOT (2) UBI (2) VIDEO (2) WAFEL (2) WISH (2) 2011 (1) 2012 (1) 2013 (1) ANTIK (1) AWARD DARI E-NA (1) AYAT PELINDUNG DIRI (1) BENTO 1 (1) BERITA (1) BREAD MAKER (1) CINTA (1) CONTEST (1) CUCUR JAGUNG (1) CUTI MEMASAK (1) CUTI2 AUSTRALIA (1) CUTI2 GOLD COAST (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 1 (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 2 (1) EMAS (1) FOLLOWER BERTUAH (1) I'm BACK (1) INFO (1) JAGUNG (1) JAHITAN (1) JALAN2 CARI MAKAN (1) JEREBU (1) JUAL BELI (1) KACANG PHOOL (1) KEREPEK (1) KEROPOK LEKOR (1) KRAKER (1) LANGKAWI (1) LAWAK ANTARABANGSA (1) LUCU (1) LUMUT PANGKOR (1) MADAH CINTA (1) MAKAN TENGAHARI (1) MASAK N MAKAN (1) MASAK2 DAN MAKAN2 (1) MEJA KEJE (1) MOTIVASI DIRI (1) MUFFIN (1) MUFFIN PANDAN/BLUEBERRY (1) MURTABAK (1) MY HOMETOWN-JB (1) NUFFNANG (1) ONLINE SHOPPING (1) OPIS (1) PASTA (1) PAU (1) PIE (1) POPIA (1) PUISI IMAN (1) RAMADHAN (1) REHAT (1) RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI (1) SATE (1) SERAM (1) SIHIR DAN PERDUKUNAN (1) SNACK (1) SOTONG (1) STOK (1) STUDENT (1) SUSHI (1) SWALE (1) SYUKUR (1) UDANG (1) doa (1) raya (1) salam aidiladha (1)