7 Ogos 2011

PUDING ROTI MARBLE

 Menu kuih tuk hari nie.................
Amik resepi dari blog Hana.Malas nak celoteh banyak.....layan gambar dan resipi cnp dari blog Hana yang dah lama menyepi tu...Apalah khabar berita dari Hana yer.....Selamat berbuka pose..





Bahan-bahan:sumber : Hana
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan serbuk koko. Kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. 




1 ulasan:

  1. puding ni nmpk sedap.. nak try la nanti.. kena cari bahan dulu.. hihii

    btw, hadiah awk saya dah dapat... :-) duduk kat p.buntar ek.. mak mentua pun dkt sana jugak.. dkt jalan abd raof

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails