21 Ogos 2011

CORNFLAKES CRUNCHY


Ermmm...nielah n3 terakhir biskut raya yg Liza buat......esok lusa dah bz nak pack barang nak balik Johor.......Saje wat gempak letak tajuk ala2 Inggeris...hahaha.

Resipi, ikut  resipi asal  mak...Setiap tahun mesti buat...cuma bentuk dia berlainan.
Liza olah sikit tuk nampak menarik kat mata sendiri...hahaha.
Ni resipinya ................

BAHAN-BAHAN :

2 cawan cornflakes-diramas & hancurkan
250 gm mentega
250 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
50 gm tepung kastard
1/2 sudu soda bikarbonat
1 sudu esen vanila
1 biji kuning telur
200 gm gula aising
manik hati warna warni sebagai hiasan
telur sebgai sapuan atas biskut

CARA-CARA;
  • Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  • Masukkan kuning telur dan esen vanila-pukul lagi hingga sebati
  • Masukkan semua tepung dan cornflakes-gaul hingga sebati (Liza guna tangan jer)
  • Bentukkan ikut suka anda
  • Sapu telur atas biskut tu dan hiaskan dgn manik hati warna warni tu
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170 C dalam masa 15 minit
  • Sejukkan atas redai dan boleh disimpan dalam bekas .










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails