Haaaa...saje letak tajuk mat salleh....kunun2nya nampak gempak...hehehe.Oklah,sebenarnya BISKUT KELAPA RANGUP nie Liza wat hari Khamis.Baru sempat nak tepek kat sini.Amik resipi kat majalah MW 2008 ,pnyalah lama,tapi tak tau edisi bulan berapa sebab main gunting dan cabut bahagian resipi jer tu,pastu simpan dalam fail...heehehe.Jom layan gambo dan resipinya tu yer....
Bahan-bahan
200g tepung gandum
50g tepung jagung
1 camca teh serbuk penaik
150g kelapa parut kering -warna perang( toast)
250g mentega
100g gula kaster
1 camca teh esen vanilla 1 biji telur
Paper cup
100g kelapa parut kering-warna putih
Cara-cara
1) Ayak tepung gandum,tepung jagung dan serbuk penaik , masukkan kelapa kering, gaul sebati dan ketepikan.
2) Krimkan mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang, masukkan telur dan pukul sebati.
3) Kaup balikkan campuran tepung dan gaul sebati hingga menjadi doh lembut.
4) Ambil doh dan uli seperti bebola kecil, gaul setiap bebola ke dalam kelapa parut kering dan masukkan dalam paper cup.
5) Bakar selama 15 – 20 minit pada suhu 180’C
akak suka sgt biskut kelapa..:)
BalasPadam