15 Ogos 2011

PASTRY GULUNG INTI LOBAK PUTIH

 Assalammualaikum dan selamat pagi Isnin..........

Baru sempat nak tepek menu ringkas tuk buke pose semalam....Oleh kerana empunya diri nie malas nak masak yang berat2,so semalam berbuka Pastri nie dengan bubur ayam sajer...Cukup dan mengenyangkan dan yang penting bole sampai ke sahur......................


BAHAN:
2 keping whole meal flexi pastri "KAWAN"
1 biji telur utk menyapu


BAHAN INTI :
1 btg lobak putih dipotong panjang2 dan direbus untuk buang bau hamis-buang air rebusannya
1 biji bawang besar-dihiris halus
2 ulas bawang putih-dihiris halus
6-7 ekor udang sederhana besar dibuang kulit
1 sudu besar serbuk cili
serbuk perasa ikan bilis Maggi
garam dan gula secukup rasa


* GORENG MACAM BIASA TUK  MEMASAK INTI*....hehehe,malas nak tulis panjang2 sebenarnya.


CARA-CARA

  • Letakkan inti pada kepingan pastri dan gulung-Liza buat gulungan besar....senang dan cepat...hehehe
  • Pastu sapu telur atas pastri tadi dan bakar dlm oven selama 20 minit atau sampai pastri masak dengan api atas bawah dengan suhu 160 darjah celcius.
  • Siap dan bole dihidangkan masa panas2..................






Tengah menunggu masa tuk masuk oven.................




Inti lobak putih yang telah siap di masak....Liza lebihkan gula sikit sebab nak bagi rasa2 manis dan pedas....



4 ulasan:

  1. uwaa...pg2 da terliur rase nih..hehe

    BalasPadam
  2. senangnya..terliur tengok tau

    BalasPadam
  3. Wah sedap namapknya tu liza..
    buat berbuka puasa sedap ni..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum liza...
    sedaaapnya inti lobak putih... mmg fav tu lobak putih.. terliur sudah!!

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails