START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

12 Ogos 2011

CUCUR UDANG TAUGEH
































Menu buka pose tadi.................layan gambar je yer sebab tuan punya blog malas nak tulis panjang2.Resipi pun main campak2 ,janji sedap dimata dan di tekak.



CUCUR  UDANG TAUGEH
  • 300 gm tepung gandum, ayak dan tepikan.
  • 2 genggam taugeh
  • Isi udang yang telah dibuang kulit -ikut berapa banyak udang anda nak letak
  • 1 tangkai daun kucai-dipotong kecil2
  • 2 tangkai daun bawang-dipotong kecil2
  • 2 tangkai daun sup- dipotong kecil2
  • 1-2 biji bawang besar hiris nipis
  • 2 biji cili merah dihiris halus
  • Garam
  • 1/2 kiub serbuk perasa ikan bilis
  • Air stok udang- kulit dan kepala udang direbus dgn air
  • Minyak untuk menggoreng

CARA-CARANYA:

Masukkan semua bahan dalam mangkuk yang sesuai untuk menggaul rata bahan2 diatas kecuali minyak.Pastikan air stok udang yang dituang tidak menyebabkan adunan tepung terlalu lembik dan perlu tuang sedikit demi sedikit.Kacau rata adunan.Panaskan minyak dan sudukan bancuhan cucur dalamm kuali bila minyak dan betul2 panas.Angkat bila cucur kelihatan kekuningan dan toskan dengan kitchen towel.Hidangkan dengan sos yg anda suka.




Tiada ulasan:

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails