4 Ogos 2011

CLAYPOT YEE MEE


Menu berbuka pose tadi,Liza buat hidangan Claypot yee mee...

Resipi dari Sheila Rusli dalam KETUK2 RAMADAN( 12.30 ptg)semalam .Selebriti bersama dia semalam adalah Zain Saidin.Sheila Rusli namakan masakan dia MEE WANTAN KICAP...cuma Liza buat style Liza dengan masak dalam claypot dan gunakan mi telur atau yee mee.Dan hasilnya....

Tadaaaaa............



Bahan-bahan:(2 org makan)
2 keping mi yee @ mee telur
2 ketul dada ayam-dipotong kecil
1 biji bawang besar-diracik halus

2 ulas bawang putih-diracik halus
1 inchi halis-dihiris halus
1 sudu kecil minyak bijan
5 ketul cendawan hitam yang segar di belah 2-nak guna yang kering pun bole,tp rendam dulu
2 ½ cawan stok ayam 
½ batang lobak merah (dihiris)
1 keping fish cake (dihiris)

2 tangkai sawi park choy
2 biji bebola ikan (dihiris)
2 sudu besar sos tiram

4 sudu besar kicap manis
5 tangkai cili kering-di basuh dan di potong 2
1 ketul tauhu-di potong 6 bhgn kecil
Daun bawang & cili merah (dihiris)
Bawang goreng untuk hiasan
Garam secukup rasa
Minyak masak tuk menumis
1 camca teh tepung jagung untuk memekatkan kuah

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam claypot dan tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan stok ayam dalam claypot. Masukkan kicap manis dan sos tiram.Gaul sebati.Masukkan ayam dan biarkan mendidih.
2. Apabila mendidih, masukkan sawi park choy, lobak merah, fish cake, bebola ikan, cendawan & garam. Masukkan tepung jagung bagi memekatkan kuah .
3. Keluarkan bahan-bahan ini dari claypot. Kemudian masukkan mi yee mee  ke dalam claypot.
4. Masukkan semula kuah yang  tadi. Apabila mendidih,  tutupkan claypot. Sesiapa yang suke telur bole masukkan telur.
5. Biarkan mendidih selama 3 minit. Ketika menghidang, masukkan minyak bijan, daun bawang & cili hiris dan bawang goreng. Angkat & hidangkan.










5 ulasan:

  1. Assallamualaikum Liza..
    Emmm..bestnya claypot yee mee.. Pandai Liza buat.. Nampak sama mcm yg biasa dijual di stall makanan.. Selamat meneruskan ibadah berpuasa ye Liza...

    BalasPadam
  2. wah, dah boleh buka kedai ni..

    BalasPadam
  3. Salam ramadhan kak liza,
    Terliur nampak claypot tu. Mesti sedap.

    BalasPadam
  4. Salam Liza..ngancamnya claypot yee mee tue,k.atie jarang tgk rancangan TV tue..hihi

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam....

    naz : tq naz...slmt meneruskan ibadah puasa jugak kat naz n family.

    zana : makan untuk diri sendiri dan family bole ler...nak buka kedai....hehehe.rasanya belum cukup ilmu di dada...

    indah : sedap kat tekak akak je lah...nak tahu edap,indah kena buat sendiri...hehehe

    kak atie :saya pun tertgok rancangan tu sebab tak gi mana2.....dok umah jer.kalo gi opis,takde lah nak nengoknya

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails