20 Mac 2010

KEK BROWNIES

Resipi kek brownies nie,di ambil dari blog kak Noraini di  http://resipinoraini.blogspot.com/. Anyway, nie percubaan pertama guna resipi akak nie. Alhamdulillah, jadi gak. Selalunya guna resipi kawan.....janji menjadi. Kak Ani, saya C n P akak punya resipi disini yer untuk dikongsi bersama2 rakan yg lain.....hehehe.Anyway thanks.


Bahan-bahannya :



(A)
120 gm coklat masakan
170 gm minyak masak

(B)
130 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik

(C)
3 biji telur
200 gm gula kastor
10 gm ovalette
1/2 sudu teh esen vanila
3 sudu besar susu pekat manis




Cara Membuatnya :


1. Cairkan coklat masakan di dalam periuk secara double-boiler. Apabila coklat telah cair, masukkan minyak masak dan gaul sebati. Angkat dan sejukkan.

2. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik.Ketepikan.


3. Satukan telur, gula dan ovalette dalam mangkuk pengadun dan putar hingga pekat dan gebu.


4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi diikuti dengan coklat cair yang telah sejuk. Gaul sebati. Masukkan esen vanila dan susu pekat.Gaul rata.


5. Sediakan tin bulat 8 inci digriskan dan lapik kertas serap minyak.


6. Tuangkan adunan dan kukus 45 minit hingga masak.Tutup periuk kukus dengan tuala nipis agar air wap tidak menitik pada kek.Tapi saya nie malas,tak tutup dengan tuala pun.


Coklat Ganache :


100 gm susu segar/UHT
300 gm coklat masakan, dicincang kecil-kecil
30 gm mentega


Cara Membuatnya:


1. Panaskan susu hingga mendidih.
2. Padamkan api dan masukkan coklat masakan.Kacau hingga coklat cair.
3. Masukkan mentega dan kacau lagi hingga ia sebati.
4. Sejukkan 2 jam supaya ia pekat dan tuangkan atas kek. Hiaskan.

 
Gambo kek sebelum di kukus.................


Semasa mengukusnya.................



Kek Brownies yang telah di salut coklat ganache...Nampak tul tak profesional sampai sememeh kek kat tepi  tu...huhuhu.Takpe,janji bole dimakan.


Hahahaha...nampak tul sememehnya walaupun setelah dipotong......hehehe.







Memang sememeh aku punya kek nie, maklumlah orang yang membuatnya nie tak de skill dan profesional....tapi memang berbaloi,boleh lawan secret resepi....hahahaha....cubalah.......puas hati.Yang penting....sodapppppppp!!!!!

1 ulasan:

  1. salam kak, masa kukus kek tu, penutup kukus tu tak perlu balut yer?air pengukus tu tak jatuh ker atas kek???

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails