START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

20 Mei 2010

BUBUR KACANG DURIAN


Bubur kacang nie wat petang semalam.Masa gi pasar malam,tetiba terpandang durian ,jam tu jugak teringin nak makan bubur kacang letak durian nie...perggghhh...blom masak lagi,dah terasa kat tekak nie...sib baik tak meleleh air liuq...hahahaha.Belilah 2 biji durian...saje nak pekena bubur kacang letak durian nie.....Resipi nie ikut resipi yg selalu mak buat,so anaknya nie pun ikut camtu gaklah.....hehehe

  

 Bubur kacang durian


 
Bubur kacang durian yang ada 4 ulas duriannya tu.......huhuhu




BAHAN-BAHANNYA
1 cawan kacang hijau (saya rendam dulu selama sejam, pastu direbus empuk)

10-12 ulas durian
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir /gula merah
1 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit garam


Cara - cara
1. Campurkan semua bahan- bahan kecuali durian.
2. Kacau di atas api yang perlahan sehingga hampir mendidih.
3. Masukkan durian dan kacau lagi sehingga mendidih
4. Siap untuk di hidang.


Tips Hidangan :
1) Jangan berhenti mengacau kuahnya untuk mengelakkan santan pecah @ meruap.
2) Tahap kemanisannya mengikut cita rasa sendiri

Tiada ulasan:

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails