15 Mei 2010

ROTI KERCA + DALCA DAGING


Semalam masa blogwalking kat blog NURINDAH ,ternampaklah dia wat roti kerca.Terliur lah plak...hehehe.So,pagi nie masak dalca daging tuk menu tengahari nanti.Sambil2 tu,wat roti kerca tuk dilawankan dengan dalca tu dan dimakan tuk breakfast...hehehe.Kenyang tul,so,tghari nanti takyah makan...dan tak payah masak nasi.Makan jer roti kerca tu sampai petang....hahahaa.Meh layan resipi yang CP dari nurindah, tapi saya kurangkan bahan2nya sebab yg makan hanya 2 orang jer kat umah nie......Pepun,tq nurindah,sebab sudi kongsi bersama resepi yg mudah nie.....


Roti kerca


Dalca daging........oleh kerana saya suka kentang,jadi dlm dalca nie,kentang jer yg banyak....huhuhu


Roti kerca + dalca daging = kenyang sampai ke petang...........hehehe


Roti Kerca



Bahan roti
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam
Air secukupnya
sedikit serbuk kunyit -tuk dptkan kaler kuning kat roti kerca tu
sedikit majerin


Penyediaan;
  1. Campurkan bancuhan tepung gandum dengan sedikit air, telur dan sedikit garan. Kisar hingga sebati.
  2. Sapukan sedikit majerin pada kuali leper NON STICK bila panas isikan sesenduk adunan tadi.
  3. Lenggangkan isi adunan dan biarkan berbentuk seperti lempeng.(macam buat kuih dadar )
  4. Setelah masak keemasan angkat dan gulungkan.
  5.  Guntingkan sebelum di hidangkan bersama kuah dalca daging.




DALCA DAGING



Bahan-bahan :
100gm Daging lembu, dipotong nipis dan direbus empuk
80gm kacang dal, direbus hancur
1biji bwg besar
2 biji bwg putih
2 inci kayu manis
Sekuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar serbuk rempah kari, dibancuh dgn sedikit air + 1 sudu kecil serbuk cili
1 batang lobak merah, dipotong panjang
2 ubi kentang, di belah 6
sebiji buah tomato, dibelah 4
1 cwn santan

Cara-cara:
  1. Tumiskan bwg merah dan bwg putih sehingga agak layu. Masukkan segala rempah ratus sehingga naik bau. Masukkan rempah kari , serbuk cili dan kacau.
  2. Masukkan daging dan kacang dal yg telah direbus empuk. Terus tambah air dan biar mendidih.
  3. Masukkan ubi kentang dan masak hingga kentang empuk.
  4. Masukkan lobak . Kalo suka terung dan kcg panjang,bole masukkan.
  5. Tuang santan dan masukkan garam secukup rasa. Terus kacau dan masukkan buah tomato sebelum diangkat.


2 ulasan:

  1. roti kerca tu macam adunan roti jala kot.. tapi mesti sedap tu..!!

    BalasPadam
  2. tul tu mulan...adunannya macam nak wat roti jala...tapi roti kerca nie stail lempeng...

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails