19 Mei 2010

KWAY TEOW GORENG vs KACANG KUDA REBUS

Menu nie dibuat tuk minum petang ..Baru sempat nak tepek dalam blog nie....Maklumlah bz skit 2-3 hari nie...lagipun streamix buat hal...lagilah masalah nak update blog...no line internet... Okla,layan jelah gambo dan resepi yg paling sempoi nie...huhuhu





Kway Teow Goreng


Bahan-bahan:

300g kway teow
330g udang - malas nak  kopek kulit
200 gm taugeh
2 cili merah - hiris
6 ulas bawang putih - tumbuk
250 gm sotong — potong kecil
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
Garam dan lada sulah secukup rasa
3 sudu makan minyak masak


Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sotong. Goreng selama 2 minit lagi. Masukkan
     kerang.
3. Masukkan semua kicap, garam dan taugeh. Masukkan kway teow dan
     gaul rata-rata. Masak lagi 2 minit.


Hidangkan dengan hrisan cili.Sempoi tul....



 Kacang Kuda Rebus




Bahan-bahannya:

300 g Kacang kuda (dibersihkan dan direndam-saya rendam dekat 6 jam)
Air secukupnya
Sedikit garam
Gula ikut suka-saya suka rasa kacang rebus tu manis2 sikit...hehhee


Cara-caranya:
Masukkan kacang kuda didalam periuk bersama air, sedikit garam dan serbuk kunyit, rebuskan hingga kacang betul2 masak dan lembut, angkat dan toskan airnya. 

1 ulasan:

  1. my favourite kacang kuda ni,tapi xpernah cuba rebus sendiri,nanti nak cubalah...tq

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails