START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

7 Mac 2010

RENDANG DAGING

Selalunya rendang ayam atau daging dimasak bila tiba hari lebaran, tapi tulah tetiba rasa teringin nak makan.Jadi, menu tengahri nie aku watlah rendang daging ini ikut resipi yang paling mudah....hehehe.

Bahan-bahan ( 2-4 orang )



1/2kg daging- potong kecik-kecik (memandangkan kat umah hanya berdua,so 1/2 kg tu pun dah kira byk)
1 peket kecik rempah rendang ADABI - aku memang malas,guna jer yg ada
2 sb cili kisar- guna cili boh yg sedia ada
1/4 cawan kerisik - kerisik pun beli yang dah ada lm peket

1 kotak santan
garam
gula melaka / gula
sedikit air asam jawa


****BAHAN KISAR**


2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1batang serai
1-1/2cm halia



Cara-cara

Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
Biarkan sehingga kuah agak pekat.


PERHATIAN: Masak dengan api perlahan
 
Rendang daging yang masih di dalam kuali.....tunggu daging empuk..



Nie plak yang dah siap di masak dan di hidang dalam pinggan..Memandangkan aku tak suke rendang yang kering sangat,jadilah rendang daging yang berkuah nie...Nnati lama2 dia akan pekat sendiri bila dah serap.Nie baru angkat dari kuali,nampaklah kuah nya yang banyak,....hehehe

  
Haaaaa....ni pandangan dari sudut tepi......

Dan lawannya adalah.....

Full set lengkap untuk menu tengahari Ahad........


Tiada ulasan:

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails