27 April 2010

TOMYAM STEAMBOT

Assalammualaikum....

Baru hari nie dapat update blog dan selama tak update blog nie,lama tu jugak dapurku cuti berasap.....hahaha.Sebenarnya,selama 3 hari aku bercuti ke Kelantan sambil menghadiri hari perkahwinan kawanku di sana.Balik dari sana,kena demam dan sakit2 sendi tulang plak...huhuhu.Penat berjalan dan dok lama dlm kete kot...walaupun just jadi co- pilot....Oklah,hari nie sempatlah wat Tomyam Steambot untuk menu makan malam.So,malas nak bebel panjang2,mari kite layan gambar dan resipinya yer.......


Menu set untuk tomyam steambot




Bahan- bahan (B) yang perlu ada......hehehe


Kuah tomyam steambot yang telah diletak bahan2 untuk dimakan


Nielah hasilnya...pastu letaklah dalam mangkuk bila nak makan......


Bahan-bahan ( 4 - 5 org )



A. BAHAN2 UNTUK SUP :
Air - 4 liter
1 biji bawang besar di potong dadu
2 ulas bawang putih dipotong halus
1 halia besar ibu jari di racik halus
2 kiub tomyam maggi
Garam secukup rasa
1 btg serai
1 sudu minyak masak utk menumis


B. BAHAN2 UNTUK ISI :
Bebola ikan/sotong/ketam
8 ekor udang
Putik jagung

Brokoli
Tauhu-2 keping
200 g kew tiew


C. BAHAN2 UNTUK SOS PENCICAH :

(paling mudah dan senang,saya cuma guna sos cili yg ditambah bwg putih dan dimasak atas api yg kecil.


CARA-CARA
  1. Tumis Bahan A -bwg merah,bwg putih dan halia.Masukkan air ,kiub tomyam dan reneh selama 15 minit. Masukkan garam dan serai.
  2. Didalam bekas steamboat,  masukkan satu persatu bahan B
  3. Biarkan selama 10 minit. Kemudian bolehlan dimakan dengan sos pencicah



6 ulasan:

  1. huhu...xmenahan tgk tomyamm...sedappppnyee...

    nk cuba buat ada masa nnti. huh...xsabar

    BalasPadam
  2. salam kak lizahanum,
    sukanya tgok stimbot. saya takpenah buat. ingat mmg kena guna bekas stimbot. rupanya guna periuk pun bole kak? hi, nak cubala! :)

    BalasPadam
  3. uglypooh:cubalah buat...senang jer tu....hehehehe..pasti terangkat nanti.

    BalasPadam
  4. indah:wsalam indah....tul tu,nak wat stimbot tak yah nak cari2 periuk stimbot...gune je periuk yg ada kat umah tu....masak atas dapur gas pun bole,pastu angkat da hidangkan panas2...hehehe.lagi senang...guna jer periuk nasi....janji masak.

    BalasPadam
  5. salam...
    nanti nak try la manu ni..
    mekasih banyak cikgu

    BalasPadam
  6. Wah, simplenye akk...tp sodap....bleh la rietta buat menu hujung minggu nie....dah lamer pown xmasak tomyam...asik pkai pes segera jew...hrap hrap menjadi...nebes juga nie...

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails