12 Disember 2009

MUFFIN PANDAN/BLUEBERRY/

lizahanum@blogspot2009



Gambar kat atas tu(sorri,gambar tak cantik sbb snap tru my COKIA handphone) muffin yang dah siap untuk di makan....Kalo setakat aku je yang makan,memang tak larat.Takpe,akan jadi rezeki kengkawan yang ada di opis nanti...Murah rezeki diorang...heheheResepi yang aku guna untuk buat mufin ini adalah resepi dr seorang sifu yg aku panggil Ju ....Dia nie ada bukak kedai kek,jadi kerana dia tak kedekut ilmu,aku menuntutlah ilmu muffin nie dari dia....hahaha...Inilah hasilnya.
Bahan-bahannya( 18 biji mufin saiz besar)

  1. 300g tepung gamdum lagi halus

  2. 250g marjerin/planta/buttercup (gunalah yang mana suke)

  3. 250g gula icing

  4. 1/2 sudu teh baking powder

  5. 1/2 sudu teh soda bicabornat

  6. 1 sudu teh sponge mix (bole di dapati di supermarket/kedai menjual brg2 bakery)

  7. 4 biji telur gred A

  8. 2 sudu besar air

Cara-caranya

  1. Panaskan oven dengan suhu 180C

  2. Pukul gula icing dan marjerin hingga kembang (putih gebu)

  3. Masukkan telur perlahan -lahan sehingaa habis.

  4. Ayak tepung dan campurkan bersama baking powder + soda bicarbonat +sponge mix

  5. Masukkan kedalam adunan diikut dengan air.

  6. Masukkan perisa pandan/blueberry filling kedalam adunan.Kalau muffin pelangi,adunan tersebut dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk diletak dgn pewarna merah,hijau,coklat.....(ikut warna kegemaran anda)

  7. Letakkan dalam acuan muffin . Masukkan dalam oven dan bakar selama 20-25 minit.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails