Assalammualaikum.....
Hari minggu nie memang takde perkara penting yang nak buat sangat.So,untuk menu tengahari,rasa-rasanya apa yang ada dalam peti ais tu,itulah yang aku masak untuk lunch hari ini.Memang tak dinafikan yang aku nie kalau bab-bab masak memang malas,tapi kerana perut perlu diisi,apa lagi masaklah jugak.Ikut resepi sendiri.Main agak-agak je bahannya,janji boleh dimakan...hahaha
Bahan-bahan (2 orang makan)
Ketam bunga - 4 ekor (di buang kulit keras dan belah 2)
Cilir kisar - 4 sudu besar
Bawang merah - 4 biji di potong dadu
Bawang Putih - 2 ulas dipotong dadu
Santan pekat - 1 cawan
Cili sos & tomato sos - 2 sudu besar
Garam & Gula - ikut suka
Minyak utk menumis
Cara-cara
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah,bawang putih dan cilir kisar hingga naik bau.
- Masukkan ketam dalam kuali dan gaul hingga sebati.
- Masukkan sos cili,sos tomato seta perasakan dengan garam dan gula.
- Akhir sekali masukkan santan pekat.Gaul hingga sebati dan ketam masak sepenuh.
- Hidangkan kedalam pinggan dan hias ikut kesukaan anda.(Kat sini memang tak sempat nak hias,letak atas meja terus je mkn dgn nasi panas-panas....fuyoooooo...)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen kat sini;: