20 Disember 2009

LABU AIR MASAK SOO HOON




Ni pulak adalah masakan yang rebus-rebus je.Menu untuk orang yang berdiet.Takde tumis-tumis punya....Masak ketam tadi dah tumis-tumis,so untuk menu sayurannya pulak ,aku rebus jer.Memang dasar orang malas,nak cepat jer.Tapi oklah,walaupun malas tapi berbaloi untuk anak tekak dan perut anda......hahahahah.Tak caya,cubalah menu orang pemalas nie.

Bahan-bahan

Labu air sederhana besar- (dibuang kulit dan potong kecil-kecil)

1 peket soo hoon yang ada pucuk,tahu kering dan cendawan hitam (kat pasaraya ada jual )- direndam biar kembang

Bawang merah -2 biji di potong dadu

Bawang putin-2 ulas di potong dadu

3 batang cili merah - dihiris halus untuk hiasan

1 sudu teh serbuk lada putih

1 kiub kecik perasa ikan bilis

Secubit garam

Cara-cara
  1. Rebus air dalam periuk kecil lebih kurang 2 cawan air bersama labu air dan bawang yang dipotong dadu tadi .Biar hingga didih.
  2. Masukkan serbuk lada putih dan kiub ikan bilis .
  3. Masukkan soo hoon yang telah direndam.
  4. Biarkan seketika dan perasakan dengan garam
  5. Tutup api dan hidangkan kedalam pinggan dan di mkan bersama ktam berlada tadi.

InsyaAllah,menu orang malas yang macam saya nie,memang berbaloi.Rutin harian yang memerlukan banyak masa sebagai seorang pelajar,tapi skill memasak tu kena di praktikkan.Walaupun tak terlawan masakan chef-chef terkenal tu,janji boleh mengalas perut dan ada juga orang yang puji...Sodappppp............hehehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails