26 Ogos 2010

BERITA DARI KOSMO

Bazar Ramadan paling berisiko

(Sumber utama: www.kosmo.com.my)

KUALA LUMPUR - Bazar Ramadan mungkin menjadi tempat paling sesak dengan orang ramai yang mahu mencari juadah berbuka tetapi ia juga tempat yang paling banyak berlaku kes keracunan makanan sejak umat Islam mula berpuasa pada 10 Ogos lalu.

            Laporan Kementerian Kesihatan mendapati, daripada 13 kes keracunan makanan yang dilaporkan sejak 10 Ogos lalu, sebanyak tujuh kes didapati berpunca daripada makanan yang dibeli di bazar Ramadan.

             Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, kesemua kes membabitkan makanan yang telah basi tetapi masih dijual kepada pelanggan.

          "Kami kecewa dengan sikap pengendali makanan yang masih menghidang atau menjual makanan basi tanpa mengambil kira kesan terhadap kesihatan pelanggan mereka," katanya.

            Menurut beliau, tiga kes lagi berlaku di institusi seperti kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau kolej manakala lain-lain kes di kantin sekolah serta majlis persendirian



Note: Sejak Ramadhan,Liza  pergi Bazar sebanyak 2 kali jer...Itu pun beli kuih muih jer.Lauk pauk masak kat umah.....Semenjak kena food poisoning sampai 4-5 kali masuk "bilik temenung",memang letih dan tak larat ...Tobat da,tak mau beli lagi kat situ.Kalo peniaga yg betul2 ikhlas berniaga smbil beramal,diorang tak tergamak nak jual lauk pauk yg dah basi..........ntahlah.....Allah lebih mengetahui.



 

3 ulasan:

  1. betul betul...setuju..kalau ikhlas apa lah salahnya..pahala pun beganda bebulan puasa ni..saya pun baru sekali pi bazar ramadhan..mcm tak lalu je tengok menu bila penah terkena lauk basi.huhu

    BalasPadam
  2. salam

    kak sejah 10 tahun lepas tak pernah lagi beli makanan dari bazar r .. kerana dah serik keracunan di melaka..kebetulan akak jaga mak mentua sakit..kami sekeluarga beli lah berbagai makanan selepas jamah dalam 1/2 jam terus cirit 3 hari.. sejak tu akak dah serik tak kira dimana tempatnya..
    setiap thn sejak kejadian itu kak pergi cuma 3 /2 kali jer itupun nak beli makanan yg paling akak teringin jer yg masak jam tu contoh kebab..
    thn ni pun kami sekelurga belom jenggah lagi pasar r tu..tak lalu nak mkn .. biar kat rumah mkn sardin atau ikan bilis tak pee..janji masak sdri.. sbb yg pasar r tu depa masak sejak pagi tinggi risiko basi. dn kurang bersih pun ia...kalu terpksa beli beli lah yg panas2 selamat...telur lalat takut nak biak..hehe. maaf pjg berjela akak nie..

    BalasPadam
  3. wsalam

    kak ilah:memang kak,sejak dah terkena tu,memang sorilah nak beli kat bazar ramadan tu...betui ckp akak,wlpun sardin dan ikan bilis je,janji bersih dan selamat...hehehe.tq sudi berkongsi citer...

    izah: depa nie niaga nak untung je lebih tnpa pikir pembeli wlpun tak semua camtu...kesimpulannya,masak je kat umah wlpun lauk kicap cicah garam jer...hehehe

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails