9 Ogos 2010

KUiH BAKAR PANDAN

Menu minum petang nie dah lama wat,baru sempat nak update...huhuhu.Bz sikit sejak dua menjak nie...hahaha.Maklumlah,blog saya yg satu lagi perlu diupdate hari2....walaupun baru beroperasi seminggu,alhamdulillah ada je sms dan email yg bertanya tentang kain cotton yang available.....terpaksa liza peruntukan masa lebih sikit untuk menjawab pertanyaan tersebut.Liza nie saje2 nak test market tuk pasaran kain cotton tersebut,tapi tak sangka plak,ada je pelanggan yang tak disangka2 membelinya....hehehe.Tak menang tangan sebab Liza nie ada kerjaya,pastu studi plak sekarang nie....hahaha,saje nak memeningkan kepala sendiri.Resipi nie Liza ikut dari MR,...jom layan gambar sebelum Liza nak cuti dan relaks tuk RAMADHAN nanti.




Baru kuar dari oven



Tada.....
Bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
3 cawan jus pandan [ 10 helai daun pandan diblend]
1 cawan gula pasir
3 biji telur B
3 s/b majerin
1 s/k garam
1/2 s/k pewarna hijau
Bijan goreng tanpa minyak




Cara


1. Panaskan oven 180'C selama 15 minit. Gunakan api atas dan bawah.
2. Gaulkan semua bahan supaya sebati. Tapiskan. ~ [saya blend je...senang)
3. Tuangkan dalam loyang  yg telah disapukan minyak.
4. Bakar selama 1 jam tapi setelah 30 minit taburkan bijan dan teruskan bakar lagi.
5. Sejukkan dan potong. Hidangkan


 

2 ulasan:

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails