4 Ogos 2010

SIAKAP 3 RASA

Salam hari Rabu......

Ada lagi seminggu untuk kite menyambut RAMADHAN bulan mulia.Dan mungkin blog nie akan bercuti juga sempena bulan puasa....Ha,time nie lah nak menghabiskan duit kat Bazar Ramadhan...hahahaha.Oklah,taknak cakap banyak,n3 nie baru sempat Liza masukkan dalam blog nie sedangkan masaknya hari minggu hari tu.Jom layan gambo dan resepinya yang semua orang tau.

Siakap 3 rasa.....(bak kata kumpulan Mamu Raja Lawak-rasa sayang,cinta dan kasih....hehehe)


BAHAN-BAHAN

1 kg/seekor Ikan siakap

Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukupnya
Lada boh secukupnya
1 sudu besar serbuk cili
8 biji lada besar/merah
1 biji bawang putih (dicincang halus)
4 biji bawang merah (dicincang halus)
2 keratan nenas (dipotong dadu)
3 batang serai (di titik)
1 sb tepung jagung


BAHAN SOS (secukupnya)


Sos Ikan
Sos Tiram
Kicap Soya
Garam
gula
Lobak putih masin(yg selalu mkn dgn bubur)



Cara-cara

  1. Satukan garam, serbuk kunyit dan serbuk cili.Serta gaul juga dengan tepung jagung untuk ranggupkan ikan.Sapukan pada ikan sehingga rata.
  2. Goreng ikan sehingga garing menggunakan api sederhana.Letakkan di atas pinggan kaca bagi peresapan suhu yang sekata.Jadi aroma ikan akan terserlah.Ketepikan
  3. Panaskan kuali...Tumis bawang putih sehingga wangi dan kekuningan.Masukkan bawang merah.
  4. Masukkan lada merah, goreng seketika.Kemudian masukkan nenas.Kacau sebati.
  5. Masukkan 2 cawan air.Masak sehingga mendidih.Setelah mendidih, masukkan bahan sos.
  6. Di dalam mangkuk, bancuh tepung jagung dengan air masak (Pastikan air tidak panas bagi mengelakkan bancuhan menjadi berketul-ketul).
  7. Masukkan (6) ke dalam (5).Kacau semua bahan sehingga sebati dan masak.
  8. Siram kuah di atas ikan.Hias dengan bawang goreng mengikut kreativiti masing².Sedia di hidang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails